Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013

Permohonan Melalui UPU Ke TEVT, Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/Setaraf dan SKM

Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2012/2013 atau ambilan Jun/Julai 2012 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf serta lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah dibuka mulai 9 Januari 2012.

TEVT dan ILKA

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut:

Permohonan Melalui UPU

  • KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
    – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
    – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
    – Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    – Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI)
    – Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
    – Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
    – Polikteknik
    – Kolej Komuniti
  • MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
    – Institut Kemahiran MARA (IKM)
    – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
    – Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Bagi permohonan ke IPTA dan Politeknik Premier sila rujuk Permohonan Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier Lepasan SPM/setaraf.

FASA

Memandangkan jumlah pemohon yang ramai dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

  • Fasa 1

    Pendaftaran Maklumat Pemohonan – 15 November 2011 – 31 Disember 2011

  • Fasa 2

    Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – 9 Januari 2012 – 2 April 2012

Mereka yang tidak membuat pendaftaran semasa Fasa 1 dahulu masih boleh membuat permohonan semasa Fasa 2.

Bagi lepasan SKM mereka boleh mula memohon mulai 9 Januari 2012.

KATEGORI

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada 5 kategori iaitu;

  • Kategori A

    Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2011 sahaja.

  • Kategori B

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau 2009.

  • Kategori C

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2008 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

  • Kategori D

    Pemohon menggunakan keputusan SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011.

  • Lepasan Sekolah Menengah (Tiada Kelayakan SPM)

    Pemohon memiliki sekurang-kurangnya Kelayakan UPSR / SRP / PMR – diuruskan oleh Agensi/Institusi berkaitan atas dasar over and above.

Bagi lepasan SKM terbahagi kepada 3 kategori iaitu;

  • Kategori 1

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 1.

  • Kategori 2

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 2.

  • Kategori 3

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 3.

PROGRAM PENGAJIAN

Program pengajian yang boleh dipohon adalah

  • Lepasan SPM

    • Sijil & Sijil Lanjutan
    • Diploma
  • Lepasan SKM

    • Sijil & Sijil Lanjutan
    • Diploma & Diploma Lanjutan

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA.

PERMOHONAN

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 2 April 2012.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM10.60 atau hubungi UPU di 03-8870 6755/6766/6767/6777 untuk mendapatkan nombor yang baru secara percuma. Sila rujuk Makluman UPU.
  • Contoh Slip BSN.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan agensi-agensi yang berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bersama mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke TEVT, Politeknik dan ILKA berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 75% markah akademik 10% markah kokurikulum dan 15% pendapatan, tempat tinggal, dan tanggungan (SES).
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf; atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
    4. Memenuhi syarat khas kursus seperti yang ditetapkan oleh institusi/agensi;
    5. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan kursus dipohon;
    6. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    7. Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh institusi/agensi bagi kursus yang memerlukan;
    8. Kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    9. Bilangan tempat yang disediakan di institusi/agensi
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah dan surat makluman kepada ILKA dan SMT/SMV.

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke TEVT, Politeknik dan ILKA melalui UPU bagi lepasan SPM dan SKM ini akan ditutup pada 2 April 2012.

MAKLUMAT

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf dan Lepasan SKM Sesi Akademik 2012/2013 ini sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62200 WP Putrajaya.

    Hotline UPU: 03 8870 6767 atau Helpline UPU: 03 8870 6777

    Talian Am: 03 8870 6755/6766

    Kaunter: 03 8870 6778

    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: [email protected]

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi TEVT, Politeknik dan ILKA yang berkenaan.

59 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013

  1. […] Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi …. […]

  2. saya nak tnya kalau isi upu boleh lagi ke isi yang tevt,ilka tu.?

  3. nk tnye kalau x isi fasa 1 leh apply lagi ke x?

  4. salam…
    sye nak tnye…sya ada skm thap2,,dan sye mahu smbng thap3 kt ikbn..dapat tak saye memohon kursus…?
    klau kita msuk ikbn ada bayaran apa2 tak ..??

  5. apakah syarat kelayakan ke ausmat

  6. […] Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013, ada 5 pilihan program. […]

  7. sala.. nak tanya adakah sudah boleh mendaftar bermakna UPU saya betul??

  8. baizurah1 says:

    hi,saya mahu masuk politeknilk di johor .. kamu buat bagi borang saya ok.saya mahu buat daftar ya…

  9. […] Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013 […]

  10. […] Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013. […]

  11. […] Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi pengambilan sesi Julai 2012 perlu dibuat secara online melalui UPU di Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013 […]

  12. saya da apply fasa2..pastoe nk kne wt ape agi yew??? tolng bantu

  13. mcg mne sy nk mhon ikbm bachok? kt sna ada tk aliran teknologi automotif?

  14. mohd faisal bin abdullah says:

    Salam,sy ada skm thap 2,sya nk smbung tahap 3 dan tahap 4 kt ciast bleh? Tp sya nk part time je,sbb sya dh kwen ada anak 2.. Tolong bleh x?

  15. salam, saya ada lesen pw2, boleh tak guna kelayakan ni untuk masuk ke ikbn dusun tua untuk ambil lesen pw4 dan bagaimana caranya. TQ

  16. muhamad hasan says:

    saya akan habis skm tahap2 bulan jun nanti. leh tak saya apply tvet utk kemasukan julai nanti.

  17. saya nak tanya untuk pihak adik saya. adik saya terlewat utk isi borang online kemasukan ke upu termasuk ke ikbn untuk ambilan julai 2012. macamana adik saya nk apply untuk ambilan seterusnya? bila ambilan kedua ikbn dalam tahun 2012 ni? boleh x isi borang secara manual bukan secara online memandangkan baru terlepas 2 hari dari tarikh tutp

  18. dapat dibuka lagi tak permohonan kemasukan ke TEVT lepasan SPM ambilan Julai 2012 ni..? saya baru tau tentang permohonan ni..

  19. Nak tumpang tanya., i want to apply for Teknologi Marin. Available dekat IKBN mana ? Boleh saya dapat contact number sebab April 2 last date to apply. So i want to know when i can appy next. Please Help me.

  20. norafifah bt yusop says:

    salam nk taw bla tarikh nk kuar kptsan blaja ilp k.k pa suma 2 eh???

  21. KALAU NK DAFTAR SEKARANG BOLEHA MASUK LG TAK UTK KEMASUKAN JULAI 2012..LEPASAN SPM..

  22. Ellyster says:

    bila keluar keputusan permohonan kemasukan ke politeknik(TVET)……?????

  23. ADE KE KURSUS PERKAPALAN?????

  24. nurul huda_91 says:

    saya nak tanya saya dah isi permohonan upu ilka saya semak tak dpt ke teringin sambung belajar jurusan jahitan pakaian wanita sila balasnya

  25. salam…cmne kalau kita x hantar borang upu tapi nk masok iktbn kuala perlis..??sbb yg de borang manual adalah iktbn sepang je..leyh mohon lagi ke??

  26. syu_syuhada says:

    salam.keputusan pemohonan ikb bila dibuka?
    ikbn hantr surant atau cek kat upu ha????

  27. jumsari misnan says:

    nak tanya sikit nie , kita dah boleh semak ke kemasukka poli tevt bagi sesi julai 2012 ?

  28. […] Mereka yang ada membuat Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) & Institut … melalui UPU bagi bagi lepasan SPM & setaraf lepasan SKM sudah boleh menyemak keputusan […]

  29. saya dari kolej komuniti,saya dah ambil sijil modular kebangsaan.
    sekarang boleh tak saya sambung diploma dan dekat mana saya mahu sambung.

  30. saya dari kolej komuniti,saya dah ambil sijil modular kebangsaan.
    bolehkah saya sambung diploma dengan sijil modular kebangsaan??

  31. Saya tiada spm, tapi ada skm tahap1. Boleh tak mohon tak?

  32. salam..tumpang tnya..saya dpt msuk kolej komuniti..nak thu lepasan kolej komuniti ni boleh sambung diploma tak??bagaimana caranya???

  33. […] yang ada membuat Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) & Institut … melalui UPU bagi bagi lepasan SPM & setaraf lepasan SKM sudah boleh menyemak keputusan […]

  34. salam.. nak tnya sikit, saya bru lpasan spm untk 2011.. tapi saya tak sempat nak apply ikbn untuk fasa 1 & 2, now still ada ruang untk apply tak??

  35. salam,sye nk tnye..permohnan 2012,2013 niey sye ggl…kalau sye nk wt permohonan thun depan boleh tak? ape yg sye kne buat

  36. la nee bole msuk lg kah ? ke politeknik ?

  37. camne nk daftar niy..ade sape2 boleh tolong?

  38. salam…saya nak tnya bagi pihak adik saya..dye dah terlepas untuk kemasukan januari 2013..so,bila lagi boleh buat permohonan untuk kemasukan 2013?

  39. Muhamad Sabri says:

    Salam tuan rumah,

    Saya hendak bertanya, saya ingin mengambil Sijil dalam bidang Penyimpan Kira-Kira secara part time, tapi saya tidak tahu institut yang mana ada menawarkan pengajian secara part time, harap boleh bantu saya dalam hal ini.

    Terima Kasih.

  40. Salam..sy nk tye lpasan skm blh apply politeknik tak? adakah layak? bila permohonan untuk memohon bgi sesi tahun 2013?

    Harap Maklum, Sekian.
    TQ

  41. nur syafika says:

    saya nak sambung skm tahap 3? boleh tak?

  42. assalamualaikum,,,,,,,saya pelajar lepasan kolej komuniti 2012,,,,,mcm mne nak mohon masok politeknik….

  43. salam saya nk tnya …saya lepasan skm tahap 3 ..nk smbung pengajian kat ciast buleh tak?untuk thap 4 punyer?????

  44. saya nk tanya,, bilakah permohonan akn dibuka untuk institut kemahiran sahaja spt politeknik,ikbn dll

  45. MOHD BOKHARI says:

    salam.saya ada seorang sepupu dia pelajar lepasan kolej komuniti dan dia nak tanya sekiranya dia hendak sambung belajar diploma bolehkah dia memohon pinjaman mara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>