Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011

Logo MPMMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Pertengahan Tahun 2011 akan boleh menyemak keputusan mereka pada hari Isnin 13 Jun 2011.

Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011 boleh diperolehi dengan cara berikut;

  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT No. MyKad dan hantar ke 15888 atau taip MUET No. MyKad dan hantar ke 36363 mulai pukul 12:01 tengahmalam.
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 9:00 pagi.
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos.

Rayuan Semakan Semula

  1. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka boleh membuat rayuan penyemakan semula kertas peperiksaan dengan membuat bayaran RM 70.
  2. Tarikh tutup rayuan semakan adalah pada 27 Jun 2011.

MUET Akhir Tahun 2011

  1. Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Pertengahan Tahun 2011 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET pada ujian akhir tahun 2011.
  2. Mereka yang berminat menduduki MUET Akhir Tahun 2011 dikehendaki membuat pendaftaran secara dalam talian di www.mesp.gov.my/online.
  3. Tarikh tutup pendaftaran MUET Akhir Tahun adalah 21 Julai 2011.

MUET 2012

Mulai tahun 2012, ujian MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun dan dijangka akan berlangsung pada bulan Mac, Julai, dan November.

Pertanyaan

Sila hubungi MPM di talian telefon 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau emel ppa@mpm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.