Keputusan Permohonan IPTA & Politeknik Premier UPU 2014 Lepasan SPM

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2014/2015 telah boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini 10 Mei 2014.

Semakan Keputusan UPU

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

  • Menghubungi talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777.
  • Di empat saluran berikut:
  • Secara SMS dengan menaip UPU RESULT [No.Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888

Semakan Keputusan UPU Secara SMS Lepasan SPM

Pemilihan UPU

Secara ringkasnya pemilihan oleh UPU dan menentukan seseorang calon untuk berjaya atau tidak mendapat tawaran adalah;

  • Pilihan program pengajian yang dipohon (Kompetitif @ Tidak Kompetitif);
  • Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh IPTA/Politeknik bagi program berkenaan;
  • Persaingan dari segi markah merit. Pemohon yang mendapat markah merit lebih tinggi akan dapat dulu.

Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA

Keputusan Permohonan ke Program Pengajian SIJIL/DIPLOMA Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijadual akan diumumkan pada 16 Mei 2014.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA/ Politeknik dalam tempoh tujuh hari iaitu sebelum atau pada 17 Mei 2014 ini.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA/ Politeknik yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.

Surat Tawaran

  • Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Surat tawaran tersebut boleh dicetak mulai 11 Mei 2014. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi di dalam surat tawaran tersebut.

Pendaftaran

  • Mereka yang menerima tawaran perlu hadir ke pendaftaran pelajar baru di IPTA dan Politeknik Premier pada tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan hadir pada tarikh tersebut akan dianggap telah menolak tawaran.
  • Dasar KPM tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA atau Politeknik Premier atau antara IPTA atau Politeknik Premier.
  • Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad.

Bantuan Kewangan

Rayuan UPU

  • Permohonan e-Rayuan hanya akan dibuka mulai 16 Mei 2014.
  • e-Rayuan boleh dibuat di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi.
  • Calon yang gagal mendapat tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke IPTA atau Politeknik Premier adalah terhad.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 26 Mei 2014.
  • Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/ Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/ Politeknik Premier empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA/ Politeknik Premier, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Peringatan

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (UPU) menasihatkan pelajar-pelajar agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang melibatkan sebarang bayaran wang tunai bagi kemasukan ke universiti.

Khidmat Runding Cara

  • Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara berkaitan permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier di bangunan KPM di Putrajaya.
  • Kaunter khidmat runding cara ini dibuka mulai 12 Mei hingga 26 Mei 2014 pukul 9.30 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat).

Maklumat

  • Maklumat di atas sebagai panduan umum sahaja. Sila rujuk laman web rasmi BPKP (UPU) dan  Facebook UPU.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan keputusan permohonan ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

2 thoughts on “Keputusan Permohonan IPTA & Politeknik Premier UPU 2014 Lepasan SPM

  1. […] Permohonan ke Program Pengajian DIPLOMA IPTA dan Politeknik Premier telah diumumkan pada 10 Mei 2014 yang […]

  2. I have a unik id 2012.and want to apply.how can

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.