Semakan Keputusan Permohonan UPU 2012 Lepasan SPM

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013 dijadualkan boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka selepas pukul 12 tengahari hari ini 7 Mei 2012.

Terima kasih kepada semua yang berkongsi maklumat ini di Facebook dan laman web ePutra.

Semakan Keputusan UPU

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA/ Politeknik dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 15 Mei 2012.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA/ Politeknik yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.

Surat Tawaran

  • Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Surat tawaran tersebut boleh dicetak mulai 8 Mei 2012. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi di dalam surat tawaran tersebut.

Pendaftaran

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA dan Politeknik Premier dijadualkan seperti berikut;

  • Program Diploma IPTA – 3 Jun 2012.
  • Program Diploma Politeknik Premier – 8 Julai 2012.
  • Program Asasi
    • Asasi Sains Pertanian UPM – 17 Mei 2012
    • Asasi Sains UMS – 21 Mei 2012
    • Asasi Pintar UKM – 23 Mei 2012
    • Tamhidi USIM – 23 Mei 2012
    • Asasi Sains & Asasi Pengajian Islam UM – 27 Mei 2012
    • Asasi Sains UNIMAS – 27 Mei 2012
    • Asasi UIAM – 2 Jun 2012
    • Asasi UiTM – 2 Jun 2012
    • Asasi UPNM (Pelajar Kadet) – 20 Mei 2012
    • Asasi UPNM (Pelajar Awam) – 24 Jun 2012 

Bantuan Kewangan

Rayuan UPU

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier diumumkan.
  • Calon yang gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 18 Mei 2012.
  • Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/ Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Pilihan Tawaran

  • Dijangkakan ramai calon yang mempunyai keputusan cemerlang akan menerima lebih daripada satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain seperti Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Tingkatan Enam dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA/ Politeknik Premier adalah terhad.
  • Sebagai panduan kami paparkan komen Saudara Anak Rantau di Facebook ePutra;
    • Keputusan UPU dijangka akan diumumkan esok (7 Mei 2012). Nak terima tawaran UPU atau matrik?
    • Matrikulasi: Jika anda semua ‘berhati kecil’, tidak yakin dengan diri sendiri, liat untuk bekerja keras, inginkan kejayaan datang menggolek, maka eloklah anda tolak tawaran matrik walaupun ‘sebelah kaki’ sebenarnya sudah dapat masuk U.
    • Masuk Asasi: Anda berpeluang menikmati sesi pembelajaran dalam bidang yang anda minat serta suasana kehidupan di kampus di IPTA. Tak kena lelong ke nanti? Kalau pointer rendah tetap dilelong dan kena ambil kursus yang tiada kena mengena dengan bidang semasa di Asasi.
    • Buat Diploma: Menyediakan anda untuk bekerja selepas tamat diploma. Nak sambung degree, tempat agak terhad kerana keutamaan diberi kepada lepasan STPM/ Matrik/ Asasi. Tak kena lelong? Betul…. tak dilelong sebab lepasan diploma ni kalau tak dapat tu, tak dapat la sampai habis. Kalau nak dapat, kena pointer tinggi-tinggi. Bila dah masuk U, hanya U tertentu saja yang serapkan pelajar diploma dia sendiri terus ke tahun 2. Yang lain, masuk tahun 1 macam orang lain juga.

Maklumat

  • Sila rujuk Soal Jawab Tawaran Kemasukan IPTA 2012.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan keputusan permohonan ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : [email protected]
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

38 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan UPU 2012 Lepasan SPM

  1. abang first says:

    first!!!!!!!!!!!!!

  2. syakirra says:

    ada x sesiapa dpt asasi tesl uitm?

  3. nk tnye…maksud ada maklumat yang berdaftar dengan matrikulasi tu macam mane ye?????tolong2!!!

  4. adakah bila kite dah tekan penerimaan tawaran matrik,dia terus ada maklumat yang berdaftar?????????ke kalu kite btul2 pergi daftar kt matrik t baru ada maklumat yang berdaftar ngn matrikulasi???cnfius…tolonglah

  5. Assalamualaikum , bolehkah saya membuat rayuan bagi program yang tidak saya mohon pada permohonan upu fasa ke-2 . contohnya saya tidak memohon program diploma akauntasi di politeknik ungku omar(puo) ketika mengisi permohonan upu fasa ke-2 , tetapi apabila hendak membuat rayuan saya memohon program tersebut , bolehkah begitu ? harap kerjasama dari pihak tuan untuk menjawab soalan saya ini . terima kasih .

    • boleh aje says:

      boleh sangat..lagi bagus krana kos yang kau x dapat tu saingan tinggi ..so cuba la kos yang lain slain hari tu..

  6. Kalau dh mndftar Uitm, dan pas tu plak dpt tawaran IPG, boleh tk tarik diri dari Uitm?

  7. seseorang says:

    kalau target nk g asasi,tp dapat diploma uitm…mcm mana nk buat rayuan nk minx asasi tu ??

  8. tidakadil94 says:

    aku xdpaT ape2 lgsong.dpat 3A pun xdpt msuk u.. pelik btol

  9. erm.. knp sya dpt 5A pn ndak dpt msuk ipt.. sya ambl kos pngjian prniagaan.. rmai ka yg mhon kos ne.. smpi sya kna tndng kluar..??

  10. sy dpat matrik,tp lbih berminat nk msuk upu..tp,upu pulak x dpt..sy dah buat rayuan dan dpt tau kputusan kuar mnggu ke 2 blan jun..dftar matrik pulk 28 mei ni..klau x pegi matrik,dan rayuan upu pun x dpat,habislah sy..ade cdangan x,same ade nak tggu rayuan upu atau pegi je matrik walaupun sy lgsung x minat matrik?

    • Cuba baca tajuk Pilihan Tawaran, saya cadangkan pergi matrik

    • jawapan bernas says:

      pegi shaja matrik,,, jangan jadi "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran"..lagipun rayuan itu berdasarkan kekosongan tempat di IPTA pilihan anda…

  11. [...] ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi lepasan SPM dan setaraf telah diumumkan pada 7 Mei 2012 yang lalu. Seramai 46,698 pemohon telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program [...]

  12. salam,adakah kos seni kulinari di uitm banyak saingan buat masa sekarang

    • mungkin, sbb skelas hnya 17-18 org shj, brbnding dgn kos2 lain yang mmpunyai 30 org lbih stiap kls..

  13. Sy pelajar matrikulasi tetapi telah memohon rayuan utk program asasi unimas, macam mana nk kluar dari program matrikulasi ni dan mendaftar utk program asasi?

  14. DRICECOLA says:

    ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH!!!!

    SAYA NAK TANYA, SORRY CAPS LOCK BUTTON ROSAK.

    BILA SCHOLARSHIP MARA UNTUK COURSE MEDICINE 2012 AKAN DIBUKA?

    UNTUK COURSE MEDICINE 2012.
    BOLEH KE MINTAK JPA AND MARA SEKALI GUS? OR KENA PILIH SALAH SATU JE?

    YOUR INFORMATION IS NEEDED URGENTLY!

    SEKIAN, THANKS :)

  15. DRICECOLA says:

    ADMIN, PLEASE RESPOND TO MY COMMENT.

    SAYA PERLUKAN BANTUAN ANDA SANGAT2.

  16. takda nama says:

    salam.. ni ranking saya nk buat berdasarkan pengalaman sy sendiri sebagai student dan berjumpa dgn student2 lain dr pelbagai background. ranking jenis2 pra-universiti utk lepasan spm mengikut kualiti student bila dah grad pre-u masing2
    1. a-levels/IB (sebab diiktiraf seluruh dunia, student lebih berpandangan jauh, confident, byk ilmu)
    2. diploma (sebab student sangat matang dan bersedia utk nk masuk alam pekerjaan, byk ilmu, pengeculian kredit di peringkat ijazah sarjana muda (esp nk transfer ke UK/australia), environment uni)
    3. STPM/foundation (diiktiraf dunia utk STPM, silibus bagus cuma environment study yang kurang conducive sebab ala2 sekolah, foundation plak environment bagus sbb dlm universiti)
    4. matrix (uwekkk… student tak matang, yg kanak2 kekal jd kanak2.. silibus bahasa melayu, MUET yg boleh praktis sehari sebelum dengan kawan pun berlambak2 band 3 saja, lelong, tempat blaja tak conducive ala sekolah dan hanya utk kegunaan sistem pendidikan malaysia sahaja)

    dr diploma la senang nak smbung degree di universiti yang sama, pengecualian kredit maksimum. certain2 course macam engineering dan accounting mmg senang2 boleh dapat msuk 2nd year terus di UK + tanpa ielts (kalau diploma uitm sbb fully english, yg lain aku tak sure). diploma sangat laku kalau pointer tinggi dan bukan susah nk score tinggi sebab perjalanan diploma yang lama dan relax. ramai student diploma score tinggi kat MUET, band 4/5 bersepah…

  17. BILA TARIKH PERMOHONAN KEMASUKKAN AMBILAN KEDUA KE IPTA SESI 2012/2013 AKAN DI UMUMKAN??

  18. bilakah tarikh tawaran pelajar lepasan spm 2012 ke uitm boleh disemak?????

  19. Bilakah tarikh keputusan permohonan upu lepasan spm 2012 boleh disemak ??

  20. relax la semua. saya rasa tak salah kalau sambung matrik ke apa ke, janji korang score betul2. azam untuk berubah. jangan la sedih kalau tak dapat asasi kalau result spm pun cukup2 ja. tak payah nak berangan sangat k. diploma pun ok apa. ikut la masing2. cuma zaman sekarang ni PERSAINGAN la. kbhai.

  21. Salam, hai :)
    nk tanya ni. sye dpt interview utk asasi tesl, uitm. klau sye tk pegi interview or in case sye failed dlm interview tu. adakah sye akan diterima utk msk U lain? atau klau sye failed sye kena tunggu utk second intake?

  22. Aleysha says:

    Helo.sy dpanggil utk pegi intrview dploma uitm.tp sy x pegi sbb sy x minat.plihan ptama sy asasi sc uitm.adakah sy masih bpeluang dpt tawaran asasi uitm?

  23. mcm mne nk buat rayuan..dah tkn link tu tpi xde pape pom yg kluar…hm…ryuan stat 24mei hingga 2jun…tpi dlm blog nie trikh ttup 18mei yg mne stu nie?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>