Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2014

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 sudah boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 bagi tahun 2014 mulai 24 April 2014.

Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pelajar Tingkatan 6 ini akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2014.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>No.MyKad ATAU Angka Giliran dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pelajar baru Tingkatan Enam Bawah 2014 perlulah datang mendaftar di sekolah yang ditetapkan pada 5 Mei 2014.
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.
  • Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Mereka yang membuat rayuan perlulah memenuhi syarat-syarat kemasukan murid ke Tingkatan 6 bagi tahun 2014.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 dan mendapat tawaran Tingkatan 6 diberi pelepasan awal iaitu 2 Jun 2014.  Mereka ini perlu mendaftar masuk ke Tingkatan 6 di sekolah yang telah ditetapkan pada 4 Jun 2014.
  • Mereka yang terpilih ke PLKN Kumpulan 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Matrikulasi & IPTA

  • Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM sesi 2014/2015 juga boleh dibuat mulai 24 April 2014.
  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi secara amnya tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.
  • Mereka yang ditawarkan ke Tingkatan 6 masih ada peluang untuk mendapat tawaran Matrikulasi dan IPTA.

Maklumat

Pertanyaan

  • Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  • Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8884 9370.

17 thoughts on “Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2014

  1. Liyana Suhaimi says:

    Jika membuat rayuan untuk kemasukan Tingkatan 6, bagaimana cara untuk mengetahui status/keputusan rayuan dan pada bilakah pelajar rayuan dikehendaki untuk mendaftar ke sekolah?

  2. Jika saya menolak tawaran matrikulasi dan membuat rayuan masuk tingkatan 6,adakah saya akan lewat masuk sekolah berbanding pelajar tingkatan 6 yang lain?

  3. pakai baju camne masa hari pertama pendaftaran?

  4. borang utk tukar jurusan nk ambik kat mna??please!!!

  5. mcm na bkeh tutup sya nak print surat tawaran ny………please

  6. macam mane nak print kalau dah tutup ?? kalau tiada surat tawaran boleh tak ??

  7. mcm mana nk print borang kemasukan ting 6 nie???help me..PLEASE….

  8. macam mana nak print surat tawaran form6 ni kalau dah tutup? urgent.

  9. kalau tak ada surat tawaran yang dicetak untuk ke tingkatan 6 tapi telah terima tawaran tersebut melalui online,saya masih boleh mendaftar kah ? sebab sya masih belum cetak surat tawaran

  10. Saya belum cetak surat tawaran. Macam mana nak cetak surat tawaran kalau laman web semakan dah ditutup? Tolong berikan caranya: ( pls

    • ALIFF HAIKAL says:

      Hai suzian, saya pom sama dgn awk juga, saya pom xdpt print borang itu. Adakah awk dah dpt kannya..?? Tlong bgtau ya..

  11. elrisnay says:

    mcm mna mau tau spya yg pljr ting 6 yg mmbuat rayuan d msukkn dan d dftrkn bla bru ada kptusn dia??dan untk pnggln kdua ni mcm mna?

  12. Nur Syahirah says:

    Kalau Saya mohon macam mana nak tahu tindak balas nya?

  13. Klu result tk bagus boleh tak rayuan utk tig6? Tlg bls..

  14. sy nk tau camner nak uat ryaaun masuk ke sekolah teknik sy mmg nk msuk teknik.yg sye heran kwn sye yg xde A dan lebih kurang jew result ngan sye tp sye ade 2A..kt klas sye xdpt bwk prinsip akaun n add math..n sye nk amik kimpalan kt teknik setapak mmg sye minat untuk amik kimpalan tue.n nk blajar lebih lg..tlg laa sye..

  15. CHRISTIANA ANAK JOHN TUNGKAT says:

    Klau sudah masuk pra diploma boleh keluar dan masuk semula tingkatan 6 sebab sudah mendaftar masa pendaftaran?

  16. macam mana nak cetak surat tawaran kalau laman web dah tutup?? harap membantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.