Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier Bagi Lepasan SPM & Setaraf

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau ambilan Jun 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 7 Januari 2013.

IPTA dan POLITEKNIK PREMIER

Permohonan Melalui UPU

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM melibatkan semua universiti yang ada pengambilan Asasi dan Diploma dan tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Bagi permohonan ke Politeknik yang lain, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/setaraf dan Lepasan SKM.

KATEGORI PERMOHOHAN

Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;

  • Kategori A

    Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.

  • Kategori B

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.

  • Kategori C

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

  • Kategori D

    Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012.

PROGRAM PENGAJIAN

Program pengajian yang boleh dipohon bagi lepasan SPM adalah

  • Di IPTA

    • Program Persediaan – Asasi / Tamhidi
    • Diploma
  • Di Politeknik Premier

    • Diploma

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

PERMOHONAN

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu.
  • Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60.
  • Contoh Slip BSN.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf;
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
    4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    5. Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier bagi program pengajian yang memerlukan temu duga;
    6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA / Politeknik Premier; dan
    8. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA / Politeknik Premier.
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN

Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;

  1. Syarat Permohonan
  2. Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
  3. Syarat Pemilihan Program
  4. Dasar Penentuan Aliran Sains dan Aliran Sastera
  5. Dasar Markah Kokurikulum
  6. Penyediaan dan Pengiraan Merit
  7. Penajaan
  8. Dasar Pertukaran Program Pengajian
  9. Dasar Pertukaran IPTA
  10. Dasar Rayuan
  11. Dasar Bagi Kategori Setaraf SPM

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier melalui UPU bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 15 April 2013.

MAKLUMAT & PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama pada tahun-tahun lepas.
  • Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program pengajian yang ingin dipohon.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
    Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
    62200 WP Putrajaya.

    Hotline UPU: 03 8870 6767
    Helpline UPU: 03 8870 6777
    Talian Am: 03 8870 6755/6766
    Kaunter: 03 8870 6778
    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: [email protected]

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

19 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014

  1. [...] Bagi permohonan ke IPTA dan Politeknik Premier sila rujuk Permohonan Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier Lepasan SPM/setaraf. [...]

  2. [...] akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU dan pemilihan program pengajian yang tepat untuk kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi [...]

  3. Fid Salam says:

    saya lupa kata laluan permohonan..saya da cube cara yg ditunjuk kn tp xbleh..ad cara len x?

  4. [...] Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014 [...]

  5. saya tersalah isi markah koko,dan saya telah kehabisan bilangan untuk kemaskini,bagaimana saya nak betulkan markah koko tersebut??

  6. [...] Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014, ada 8 pilihan program. [...]

  7. saya ade beli no upu.. tapi yg keluar semua nya politeknik.. dan saye punye slip tu JPT bukan IPT.. bolet terangkan ape beze nye..??

  8. cmner nk tau status pmohnan nie ekk?

  9. ade bg mail tak atau sms kalo keputusan ke IKBN atau Kolej Komuniti keluar.. nanti?

  10. macam mana nak download salinan permohonan sekiranya telah hilang?

  11. shaline says:

    salinan permohonan saya telah tercicir…. apa harus saya buat sekarang?

  12. sye dah isi borang upu tu dan sye lepasan SPM 2010 dgn ulangan SPM 2011 tu maksud nye sye KETEGORI D,Sye dah letak Pemohonan Ketegori D tp masalahnya die tulis (ANDA SALAH KETEGORI).
    dan bila sye masukkn ketegori B bleh plak,, Cam mna tu????

    sesiapa please Help me!!!

  13. Sesiapa Yg sudi Tlong sye,, nih emel sye ([email protected])

  14. [...] yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat [...]

  15. sofiyuddin says:

    sy lepasan SPM 2004, skarang bekerja di sektor kerajaan sudah 6 tahun… layakkah saya memohon IPTA atau politeknik? dan boleh saya tahu, selain kemasukan bulan september, bln brape lg kemasukan dibuat?

  16. nur aisyah says:

    Saya dah copy borang permohonan politeknik dalam pendrive, tapi pendrive saya hilang. Jadi, saya dah tiada salinan borang permohonan yang lain. Apa yang harus saya buat?

  17. faris afiq b mohammad farid says:

    susah ndak semak pendaftaran ke politeknik premier

  18. WAFIQ BIN MADZLI says:

    Pada minggu lepas, anak saya telah memohon untuk melanjutkan pengajian di politeknik namun terlupa untuk mencetak salinan permohonan.
    Pohon bantuan dan tindakan seterusnya yang perlu saya lakukan.
    Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>