Keputusan permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama dijangka akan boleh disemak pada 23 September 2011 ini.
Semakan Keputusan Skim Pinjaman JPA 2011
Semakan keputusan permohonan skim pinjaman yuran pengajian ini boleh dibuat mulai tarikh di atas seperti berikut;
- Di laman web eSila atau terus ke pautan Semakan Keputusan Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara 2/2011.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara ini boleh dibuat dengan menghubungi:
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya
(u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)Tel :03-8885 3436/ 3892/ 3564
Faks :03-8889 2172
E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my
: Keputusan permohonan biasiswa JPA PIDN 2011 dijangka akan diumumkan pada hujung bulan ini.