Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2010/2011 STTP

Calon-calon Bumiputera warganegara Malaysia bekas pelatih KKTM/IKM adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di luar negara di bawah Skim Tindikin Tenaga Pengajar (STTP).

Peringkat Pengajian

  • Tawaran pinjaman STTP adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Pertama.
  • Tawaran ini adalah untuk kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2010 hingga bulan Februari 2011.

Bidang Pengajian

  • Hanya terbuka untuk bidang pengajian kejuruteraan sahaja.

Syarat Akademik

  • Memiliki Diploma yang diiktiraf dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya
  • Pencapaian CGPA 3.50 ke atas.

Syarat Umum

  • Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Bekas pelatih KKTM/IKM.
  • Tidak pernah mengikuti kursus di peringkat pengajian yang sama di bawah pembiayaan sendiri atau dianjur oleh mana-mana badan penganjur termasuk MARA.
  • Aktif dalam ko-kurikulum semasa di kolej/Institusi/universiti.
  • Lulus SPM dengan kredit Bahasa Melayu dan Matematik.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.

Syarat Tawaran

  • Wajib menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan memperolehi markah sekurang-kurangnya 5.5 ke atas bagi ujian IELTS atau 550/65 bagi ujian TOEFL.
  • Perlu mendapat cuti belajar tanpa gaji/pengesahan perletakan jawatan dari majikan bagi calon-calon yang sedang berkhidmat. Calon-calon di dalam perkhidmatan tetap pendidikan/perguruan atau mempunyai ikatan perkhidmatan di kalangan tenaga pengajar di IPTA dan IPTS adalah tidak layak untuk memohon.
  • Mendapat kelulusan penangguhan kontrak perkhidmatan/penangguhan bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
  • Wajib hadir dan lulus kursus orientasi/kursus kenegaraan anjuran MARA-BTN.
  • Pemohon mestilah telah manamatkan semester akhir pengajian pada tarikh permohonan dibuat.

Permohonan

  • Borang permohonan boleh diperolehi dengan menyertakan/membawa sijil kelulusan akademik /transkrip keputusan peperiksaan yang berkaitan ke alamat berikut:-
    • Pengarah
      Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
      Tingkat 20, Medan MARA, Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur.
      (U/P : Unit Pengantarabangsaan)
  • Permohonan melalui pos juga boleh dibuat dengan menyertakan salinan sah sijil kelulusan akademik/transkrip akhir yang berkaitan serta sampul surat berukuran 25sm x 37sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem bernilai RM1.00.
  • Hanya calon-calon yang layak sahaja akan diberi borang permohonan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan salinan-salinan dokumen yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan pinjaman MARA STTP ini perlu sampai di alamat di atas sebelum atau pada 31 Mac 2010.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat rayuan tidak akan dilayan.

Maklumat

Related posts:

  1. Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2009/2010 Skim SPC
  2. Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara JPA
  3. Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010
  4. Keputusan Biasiswa MARA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2009
  5. Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 485 articles by

3 Comments

  1. sha says:

    salam
    i am tutor in one of da universities in m’sia..i’ve rejected spc mara last year because i thought i can get scholarship from KPT to further my master..then i have been informed dat KPT couldn’t afford to send tutor to oberc..so frustrated..but i believe, Allah knows da best for me..

  2. salam,kemasukan pinjaman mara pengajian tinggi luar negara sesi 2010-2011da available ke belum ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives