Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara JPA

TERKINI :

- Semakan Keputusan permohonan SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA SESI II/2009 boleh dibuat mulai 03 November 2009. Pemohon-pemohon yang berjaya diwajibkan untuk mengemaskini status penerimaan tawaran (terima /tolak) sebelum atau pada 15 November 2009.

Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00 seorang. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Jenis-Jenis Pinjaman

Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.

Pinjaman Biasa
Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Bidang-Bidang Pengajian Yang Ditaja
Bidang-bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada 3 kategori umum iaitu bidang kritikal, bidang keutamaan dan bidang-bidang lain (Sains Sosial/Sastera Iktisas) seperti berikut :

Bidang–bidang Kritikal

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Veterinar

Bidang-bidang Keutamaan

  • Sains dan Teknologi (tidak termasuk Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
  • Kejuruteraan (tidak termasuk Elektrikal & Elektronik, Mekanikal dan Awam)
  • Senibina / RIBA Part II
  • Perakaunan / ACCA

Bidang-bidang lain (Sains Sosial & Sastera Ikhtisas) seperti:-

  • Undang-undang
  • Ekonomi
  • Kewangan/Perbankan/Pemasaran/ Perniagaan Antarabangsa
  • Perhubungan Antarabangsa
  • Komunikasi

Kursus-kursus yang diikuti hendaklah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat-syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 25 tahun semasa permohonan dibuat
  • Pelajar telah pun berjaya menamatkan sekurang-kurangnya satu semester (bagi pelajar lepasan diploma) atau setahun pengajian di luar negara dan telah berjaya masuk ke tahun berikutnya (tertakluk kepada syarat-syarat khusus).
  • Ibu/Bapa/Adik-Beradik/Pelajar bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam disenaraihitamkan / mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman (daripada JPA atau badan-badan pinjaman kerajaan yang lain)
  • Ibu/bapa tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan (sekiranya pernah/sedang berkhidmat dengan kerajaan)
  • Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa (Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas  peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan)

Cara Memohon
Tawaran permohonan pinjaman akan dibuat 2 kali setahun berdasarkan kepada tarikh kemasukan ke universiti-universiti di luar negara. Permohonan pinjaman hendaklah dibuat melalui online di Permohonan Pinjaman Yuran Luar Negara Sesi 2009. Manakala dokumen sokongan dikemukakan secara fizikal (hardcopy).

Permohonan secara online mula dibuka mulai tarikh-tarikh berikut:

  • 1 Disember (bagi tarikh tutup 28 Februari)
  • 1 Jun (bagi tarikh tutup 31 Ogos )

Tarikh tutup permohonan secara online yang ditetapkan adalah pada:

  • 28 Februari (Bagi pelajar-pelajar di Australia, New Zealand dan negara-negara yang mula pengajian pada bulan Januari, Februari dan Mac)
  • 31 Ogos (Bagi pelajar-pelajar di UK, Ireland, India, US dan negara-negara lain yang mula pengajian pada bulan Julai, Ogos, September)

Sebarang kemusykilan mengenai permohonan pinjaman, sila hubungi pegawai berikut:

  • Cik Hawa Liyana binti Hashim, Penolong Pengarah, Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara) Tel: 03 8885 3386 Faks: 03 8889 2170 e-mail: pinjaman.yuran@jpa.gov.my atau
  • Puan Che Som bt Samat, Pembantu Tadbir, Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara) Tel: 03 8885 3406, Faks: 03 8889 2170 email : chesom@jpa.gov.my

Maklumat lebih terperinci mengenai pinjaman ini boleh didapati di Garis Panduan Permohonan Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
85 Comments Post a Comment
  1. anis says:

    wah, terima kasih banyak-banyak! :)

  2. nilam says:

    Anis,
    Sama-sama.

  3. ivy604 says:

    selamat sejahtera.bolehkah saya tanya bila senarai nama yang mendapat pinjaman yuran pengajian di luar negara akan keluar?

  4. hani says:

    assalamualaikum ..saya nak tanya bila keputusan pinjaman jpa untuk pengajian luar negara dikeluarkan?

  5. nilam says:

    Ivy604 dan Hani,
    Salam… Buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

  6. Qi says:

    Hi..saya seorang non-bumiputera..sekarangnye saya akan memasuki University di US dengan major dalam Actuarial Science pada bulan Januari tahun depan..Jadi, bolehkah saya apply untuk pinjaman ini pada tahun depan selepas saya habis semester pertama pada bulan Mei? Bilakah dan macam mana saya boleh tahu bahawa pinjaman saya telah dilulusi atau tidak? Melalui emel?

    Terima kasih..

  7. lina says:

    Salam Nilam,
    Saya ade pertanyaan. Sekarang saya sedang menuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara. Program yg saya sedang ambil adalah program berkembar 2+2 with one of the university in US. Saya akan habis pengajian di Malaysia pada hujung tahun ini dan jika adde razeki september next year saya akan ke sana.

    Masalah nya, saya masih lagi tidak mempunyai tajaan dari mana2 pihak. Saya ade mengahantar borang di Mara untuk penajaan SPT tetapi disebabkan Mara tidak mempunyai peruntukan, permohonan saya dan rakan2 ditolak.

    Saudara Nilam tahu x di mana saya boleh mencari penaja yg boleh menaja program seperti program saya ni. Saya mendapat 9a dlm spm, 3.3 di matrikulasi dan cgpa saya sekarang adalah 3.14.

    Adakah saya masih berpeluang untuk melanjutkn pelajaran ke US? Adakah saya layak untuk memohon for Sime Darby Scholarship? Perlukah saya mendapatkn tawaran dari University di US terlebih dahulu? Harap dapat bantu saya. Terima kasih.

  8. nilam says:

    Qi,
    Hi… Jika bagi peringkat Diploma memang boleh tetapi jika peringkat ijazah perlu setelah setahun. Keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web eSILA Jabatan Perkhidmatan Awam dan tarikh semakan bergantung kepada pengumuman yang dibuat oleh JPA di laman web tersebut. Saya tidak pasti samada makluman melalui e-mail ada dibuat, diharap mereka yang ada pengalaman dapat berkongsinya di sini.

    Lina,
    Salam… Sebenarnya anda cuba memohon lagi dengan MARA pada tahun hadapan, mungkin sudah ada peruntukan. Pada kebiasaannya untuk memohon pinjaman atau biasiswa, pihak penaja perlukan anda telah pun belajar di universiti berkenaan atau sudah mendapat surat tawaran kemasukan.
    Di antara biasiswa yang anda boleh cuba tahun depan adalah Yayasan Sime Darby Overseas Undergraduate Scholarship Programme, Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2009, Yayasan Khazanah Global Scholarship Programme dan AMCHAM-MACEE Scholarship. Saya cadangkan juga anda berhubung dengan pihak MACEE untuk mendapatkan maklumat tentang pembiayaan belajar di Amerika Syarikat.

  9. lina says:

    saya kurang pasti adakah biasiswa2 yg ada tu boleh dimohon oleh saya. kebanyakan biasiswa meletakkan syarat supaya pemohon mestila tidak pernah enroll di mana2 uni sebelum ni, freshman. saya as a transfer student, boleh ke apply? saya tidak tahu kt mane nk cari sponsor yg boleh taja transfer student. i’m so clueless. can u give me any idea which institution would like to sponsor me. thanks anyway nilam for helping me.

  10. farafarihah says:

    Saya ingin membuat rayuan pinjaman perubatan jpa untuk anak saya yang sedang belajar di universiti Tanta, Mesir.Saya mempunyai empat orang anak,tiga belajar di ipta dan ipts.Saya tidak bekerja..Saya harap permohonan ini dapat perhatian daripada pihak tuan/puan.

  11. nilam says:

    Lina,
    Sebenarnya kebanyakan biasiswa atau pinjaman memerlukan anda telah mendapat surat tawaran ke universiti atau telah menamatkan sekurang-kurangnya satu semestar pengajian.
    Sebagai contoh Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA mensyaratkan anda telah menamatkan sekurang-kurangnya satu semestar untuk pengajian Diploma dan setahun pengajian untuk pengajian Ijazah.
    Sila rujuk kategori Pinjaman dan Biasiswa untuk melihat beberapa pilihan yang anda sebagai panduan.

    Farafarihah,
    Sila hubungi terus JPA berkenaan Program Pinjaman Khas Perubatan, dengan menghubungi pegawai yang berkenaan di talian 03 8885 3406. Di samping itu anda mungkin boleh layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.

  12. Liyana Nordin says:

    hi nilam.

    saya baru tamat diploma in hospitality from unitar. keputusan exam pun alhamdulillah. nak sambung degree tapi cube utk dapatkan luar negara. ada peluang x utk dapatkan pinjaman? any pinjaman. bank or any biasiswa. sebab so far, saya belum jumpa pinjaman jpa or mana2 utk pengajian luar negara utk course berkenaan. and if yes ada, camna saya nak apply ye? and is it true jpa ada strict requirements utk universiti luar mana yg boleh? can i get the lists of universiti luar negara yg jpa approve?

    tenkiu soo much nilam.

  13. nilam says:

    Liyana Nordin,
    Saya juga belum ternampak tawaran pinjaman atau biasiswa secara khusus untuk pengajian yang anda ikuti. Walaupun begitu anda boleh cuba semak kategori Pembiayaan, Biasiswa dan Pinjaman. Di samping itu anda boleh terus menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 1110 atau 1155 dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di talian 03 8885 3000 untuk mendapatkan maklumat.
    Anda boleh semak samada ijazah luar negara tersebut diiktiraf oleh JPA di laman web Pengiktirafan Kelayakan.

  14. Yee says:

    Bila permohonan untuk skim pinjaman yuran pelajaran luar negara bagi sesi 2010 akan dibuka?(sepatutnya pada 1 DEC ,bukan?)Website apa untuk permohonan online?(saya tak dapat cari permohonan untuk skim itu di laman jpa atau esila)
    Terima kasih .

  15. nilam says:

    Yee,
    Permohonan tersebut akan dibuka dalam tempoh terdekat ini. Tarikh 1 December cuma sebagai panduan am sahaja. Maklumat mengenainya akan diumumkan dilaman web eSila.

  16. Hana says:

    bagaimana untuk memohon bantuan biasiswa untuk pelajar yang mendapat tawaran ke luar negara seperti Indonesia?

  17. nina says:

    salam..
    sy pelajar perubatan tahun 2 dan mndapat pinjaman luar negara.masalahnye pinjaman yg diberi hanya lepas untuk membayar yuran pengajian dan tidak cukup untuk membayar kos sara hidup di sini..sekiranye saya memohon biasiswa negeri agar dapat menampung kos hidup di sini adakah pinjaman jpa ini akan ditarik balik??
    terima kasih..

  18. lunar says:

    Hi, adakah permohonan untuk akhir tahun ini telah dibuka? Websitenya tak dapat dibuka.

  19. zaira says:

    salam,
    anak saya telah gagal dalam permohonan pinjaman khas perubatan luar negara. Anak sy sedang belajar tahun kedua perubatan di Mesir. Macamana saya nak buat rayuan.Minta tolong Nilam beri penjelasan, terimakasih

  20. khairin says:

    salam.anak saya sedang belajar di sekolah swasta.berminat sangat utk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di mesir.adakah layak untuk memohon mana-mana biasiswa memandangkan dia dari sekolah menengah swasta?harap dapat membantu.

  21. nilam says:

    Hana,
    Salah satu daripadanya anda boleh memohon Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara ini. Di samping itu anda boleh juga boleh memohon daripada Yayasan Negeri, Baitul Mal, syarikat swasta apabila iklannya dikeluarkan.

    Nina,
    Salam… Pada kebiasaannya seorang pelajar cuma boleh menerima satu biasiswa @ pinjaman sahaja. Anda memang boleh memohon biasiswa @ pinjaman yang lain tetapi pastikan anda telah disahkan menerimanya sebelum anda membatalkan biasiswa @ pinjaman yang sedia ada.

    Lunar,
    Maklumat mengenainya dijangka akan mula dipaparkan mulai 24 Disember ini dan permohonan bagi Sesi I/2010 akan dibuka mulai 1 Februari 2010 hingga 28 Februari 2010.

    Zaira,
    Salam… Anda mungkin boleh menghubungi Program Pinjaman Khas Perubatan, dengan menghubungi Pegawai JPA di talian 03 8885 3406. Di samping itu anda mungkin boleh layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.

    Khairin,
    Salam… Memang ada peluang untuk anak anda memohon biasiswa walaupun sedang belajar di sekolah swasta. Secara amnya anda perlu peka dengan tawaran-tawaran biasiswa yang akan diiklan. Di samping itu anda boleh menghubungi beberapa badan yang boleh membantu proses menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir.
    Saya cadangkan anda layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.

  22. yus says:

    Tuan,

    Saya sekarang adalah tahun ketiga di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk kursus kejuruteraan. UKM mempunyai satu program untuk belajar di negara Germany untuk tahun terakhir. Oleh itu , saya ingin memohon pinjaman duit untuk membolehkan saya melanjutkan pelajaran di sana. Bagaimana saya boleh membuat permohonan sebegitu? Saya amat minat atas program Double Degree yang didapati di UKM ini.

    Harap tuan dapat memberi malum balas kepada saya secepat mungkin. Ribuan terima kasih didahului atas bantuan tuan.

    Sekian terima kasih.

  23. yus says:

    Saya sekarang adalah tahun ketiga di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk kursus kejuruteraan. UKM mempunyai satu program untuk belajar di negara Germany untuk tahun terakhir. Oleh itu , saya ingin memohon pinjaman duit untuk membolehkan saya melanjutkan pelajaran di sana. Bagaimana saya boleh membuat permohonan sebegitu? Saya amat minat atas program Double Degree yang didapati di UKM ini.

  24. nilam says:

    Yus,
    Saya syorkan anda berbincang dengan pegawai berkenaan di UKM mengenai pembiayaan pembelajaran ke negara German untuk tahun akhir kursus anda. Di masa yang sama hubungi juga pegawai JPA yang dinyatakan di atas untuk mengetahui samada anda layak untuk memohon pinjaman ini. Untuk makluman, permohonan bagi Sesi I 2010 akan dibuka mulai 1 Februari 2010 hingga 28 Februari 2010 tetapi anda disarankan dapatkan maklumat daripada JPA pada awal Januari nanti.

  25. nylenne says:

    hi…i’m a student of matriculation college. i would like to know if there’s any scholarship under jpa for a matriculation student to further study in japan…in engineering field. i’m going to finish my study in matriculation in april. if there’s any, how can i apply for the scholarship?

  26. Suri says:

    (SKIM PINJAMAN UNTUK BELAJAR DIKOREA BAGI DEGREE TEACHING KOREAN LANGUAGE)

    Kepada yang berkenaan,

    Saya merupakan bekas pelajar di UiTM Shah Alam, mengambil jurusan Diploma Sains Komputer dan telah tamat belajar pada tahun 2000.

    Sekarang saya berumur 34 tahun dan tidak bekerja.
    Saya belajar di UiTM Shah Alam “Bahasa Korea tahap ke-3″.
    Saya belajar hampir 2 tahun.
    Saya akan melanjutkan pelajaran di Korea dalam jurusan “Degree Teaching Korean Language”.

    Kerana cita-cita saya ingin mengajar bahasa korea di Sekolah menengah atau di universiti. sekarang ini memang sangat kekurangan tenaga pengajar bagi bahasa korea.Di Uitm shah alam sendiri, hanya ada seorang guru Bahasa Korea berbanding guru bahasa Mandarin. Sekarang ini, ramai yang berminat untuk belajar Bahasa Korea berbanding dahulu. Saya ingin mengisi kekosongan tenaga pengajar. Tapi yang paling pentg saya amat meminati Bahasa Korea ini. Bahasanya dan tulisannya yang unik.

    Saya telah melihat kedalam website universiti (Seoul University dan Ewha University) dan
    saya cukup syarat yang dikenakan untuk mengambil jurusan berkenaan.
    Saya amat-amat sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana tetapi saya tidak mampu dari segi kewangan. Saya telah berbincang dengan pensyarah saya dan dia amat menggalakkan saya untuk belajar di Korea.

    Saya masih belum berkahwin. Ayah pencen dan ibu saya surirumah.
    Oleh itu, saya teramat sangat ingin membuat skim pinjaman untuk belajar di luar negara.
    Detail nya akan saya sertakan.

    Tolonglah, saya amat sangat memerlukan pinjaman ini, jangan membunuh impian saya yang telah sekian lama saya pendam ini. saya telah berusaha untuk mendapat pinjaman dengan PTPTN, Yayasan Terengganu, MARA, tetapi mereka tidak mengadakan pinjaman untuk belajar di Korea dan Jurusan Bahasa Korea.

    Bagaimana untuk mendapatkan Pinjaman Dari JPA?
    Jika ada peruntukan, bagaimana caranya untuk membuat pinjaman ini.

    Jika tiada pinjaman dari JPA?
    Ke mana arah tuju saya untuk membuat pinjaman? boleh nyatakan?
    Mesti ada pinjaman kerajaan beri untuk rakyatnya tidak mengira umur?

    Tolonglah,
    yang ingin belajar menuntut ilmu sampai ke tua,
    Suriani Muda

    25 12 2009

  27. khairina says:

    hmm..sekarang nih…pelajar maktab lepas spm…yg nk jadi cekgu la..bukan diploma lagi mcm dulu…sekarang kami sume teacher trainer adalah dalam proses ijazah..kami belajar selama 1 tahun setangah (persediaan) dan 4 tahun( degree) .selama 5tahun setengah didalam maktab yang sama..kos ini masih baru..dan batch pertama selepas 5 tahun setengah mereka pelajar baru je tamat belajar bulan 12,2009..dan saya adalah pelajar di tahun 2 kat maktab..Maktab kini di kenali sebagai institut pendidikan guru…

    saya berhajat hendak smabung master in special education kat oversea…kalau mampu…

    saya nak tanya…

    layak ke saya yang keadaan cuma pelajar ijazah lepasan maktab utk belajar luar negara untuk amek master kt luar dalam bidang special education …sbb status saya cuba lepasan maktab je??

    lepas tu solan ke dua…kalau kalau la bole…ada ke biasiswa yang nak support saya ke sana???utk pengetahuan anda..kami semua pelajar maktab menerima elaun daripada pihak Kementerian pelajaran dan badan pendidikan guru (bpg)…??

    saya teringin sangat nk smabung master in education dalam pegkhususan special edution bile saya tamat degree kelakk

  28. kat says:

    boleh ke student yg melebihi umur 26 memohon belajar di luart negara..and…boleh memohon pinjaman ke..??

  29. ETS says:

    Salam Nilam,

    Saya telah menamatkan pengajian ijazah pertama di IPTA dalam negara 4 tahun lepas, dan bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana di universiti luar negara sessi 2010. Saya ada sedikit kemusykilan tentang Skim pinjaman yuran pengajian luar negara JPA.

    Adakah Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara disediakan hanya untuk ijazah pertama (Bachelor degree)? Bagaimanakah untuk pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana (Masters dan PhD) di luar negara?

    soalan kedua, adakah bayaran balik Skim Pinjaman Yuran Luar Negara mesti dilangsaikan 100%, atau berdasarkan gred keputusan pengajian seperti Pinjaman Ijazah Sarjana Pengajian Luar Negara (SPC) MARA?

    Terima Kasih for your help and kind courtesy.
    EagerToStudy

  30. syahmi says:

    assalamualaikum…
    saya merupakan pelajar semester ke 2 di Centre For Foundation Studies IIUM.
    saya mengambil bidang human sciences di sini.
    saya berminat untuk melanjutkan pelajaran di UK atau Australia di dalam bidang political sciences atau communication.
    justeru, saya ingin mengetahui apakah cara untuk saya mendapat pinjaman dari JPA?
    saya akan menamatkan sem terakhir iaitu sem ke 3 pada bulan 5 ini.
    oleh itu saya ingin mengambil langkah awal untuk membuat persedian yg sepatutnya…
    di harap nilam dpt membantu saya mencapai cita2 saya…

  31. leo says:

    Nilam,
    Pinjaman in disediakan hanya untuk degree je ke?Bukan untuk Master skali?

  32. nilam says:

    Nylenne,
    Skim ini hanya untuk mereka yang telah memulakan pengajian di universiti yang berkenaan. Tahun lepas ada Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2010 – Monbukagakusho:MEXT tetapi tahun ini baru dibuka untuk bidang perguruaan sahaja.

    Suri,
    Saya tidak pasti mengenai tawaran biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke Korea. Bagi JPA saya cadangkan anda hubungi : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 5, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. Telefon : 03 8885 3436 / 3892.
    Diharap ada pembaca lain yang mempunyai maklumat yang boleh membantu anda.

    Khairina,
    Saya andaikan anda sekarang sedang mengikuti KPLSPM untuk PISMP. Oleh itu kalau tak silap saya anda akan terikat dengan Kementerian Pelajaran selepas tamat proses pembelajaran nanti. Berdasarkan situasi itu anda perlu menyemak dengan IPG peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat kursus nanti dan juga samada anda perlu berkhidmat dahulu atau terus melanjutkan pelajaran.

    Kat,
    Bagi skim ini tidak layak.

    ETS,
    Salam… Skim ini hanya untuk ijazah pertama sahaja. Bagi peringkat yang lebih tinggi perlu memohon melalui skim lain, buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat mengenai skim yang lain itu. Jumlah yang perlu dibayar balik adalah 100% kecuali jika anda berkhidmat dengan kerajaan.

    Syahmi,
    Salam… Skim ini memerlukan anda mendapat tempat di universiti luar negara terlebih dahulu sebelum boleh memohon kecuali untuk program berkembar. Walaupun begitu anda boleh menghubungi pihak JPA di e-mel lspdn@jpa.gov.my atau esila@jpa.gov.my atau talian hotline 03 8885 3049 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai skim lain yang mereka ada.

    Leo,
    Benar

  33. fadilah says:

    salam nilam

    saya pelajar engineering diploma German-Malaysian Institute khusus Process Instrumentation and Control. saya berminat untuk melanjutkan pelajaran saya di Germany dan ade buat research sket pasal stadi di sana.

    Untuk memenuhi university requirement, saya kena ambil persediaan bahasa sebelum masuk prepratory course until level 3 (b1) dan sambung preparatory course di studienkolleg selama 6-9 bulan (bergantung kepada studienkolleg yang di apply)

    So bley ka saya mohon pinjaman pelajaran semasa persediaan bahasa n course. Sekiranya tidak, bley ka mohon dengan surat tawaran universiti guna result preparatory course.

    Then, if saya ada bley ka saya dapatkan loan bank (education financing) n MARA/JPA serentak.

    Sekian

    • Nilam says:

      Biasanya anda hanya boleh memohon selepas mendapat surat tawaran universiti.
      Pada kebiasaannya anda dibenarkan mempunyai satu pinjaman/biasiswa sahaja pada satu-satu masa. Anda boleh memohon pelbagai pinjaman/biasiswa dalam satu masa tetapi cuma boleh pilih satu sahaja. Walaupun begitu anda boleh semak syarat yang ditetapkan untuk kepastian.

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.