Semakan keputusan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2013/2014 boleh dibuat mulai 11 Julai 2013. Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke USM bolehlah membuat semakan keputusan mereka.
Semakan Keputusan USM
- Semakan keputusan permohonan ke USM boleh dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
- Pemohon perlu Log In dengan menggunakan Nombor Rujukan Permohonan.
- Hebahan melalui sms juga dibuat kepada calon yang berjaya.
Pengesahan Penerimaan Tawaran
- Mereka yang berjaya perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan ke USM.
- Pengesahan ini perlu dibuat sebelum 21 Julai 2013.
Permohonan Rayuan
- Calon yang tidak berjaya tetapi masih berminat untuk mengikuti pengajian di USM boleh mengemukakan permohonan rayuan..
- Setiap calon yang merayu dibenarkan memilih maksimum dua program pengajian kecuali program pengajian yang melibatkan temuduga.
- Rayuan hanya terbuka kepada calon-calon yang memohon ke USM tetapi tidak mendapat tempat.
- Semua kes rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat.
- Rayuan dalam talian ini boleh dibuat mulai 11 Julai sehingga 21 Julai 2013.
Keputusan Permohonan UPU
- Keputusan permohonan ke IPTA yang lain juga diumumkan serentak, sila rujuk Keputusan Permohonan UPU Kemasukan IPTA 2013 Lepasan STPM Dan Setaraf
- Mereka yang mendapat lebih daripada satu tawaran perlulah membuat pilihan yang bijak.
Pertanyaan
- Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
- Talian Khas USM akan dibuka dari hari Isnin – Jumaat sahaja.