Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2012/2013

Semakan keputusan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2012/2013 boleh dibuat mulai 13 Julai 2012, jam 12.00 tengahari. Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke USM bolehlah membuat semakan keputusan mereka.

Semakan Keputusan USM

  • Semakan keputusan permohonan ke USM boleh dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
  • Pemohon perlu Log In dengan menggunakan Nombor Rujukan Permohonan.
  • Hebahan melalui sms juga dibuat kepada calon yang berjaya.

Permohonan USM

Pengesahan Penerimaan Tawaran

  • Mereka yang berjaya perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan ke USM.
  • Pengesahan ini perlu dibuat sebelum 22 Julai 2012.

Permohonan Rayuan

  • Calon yang tidak berjaya tetapi masih berminat untuk mengikuti pengajian di USM boleh mengemukakan permohonan rayuan..
  • Setiap calon yang merayu dibenarkan memilih maksimum dua program pengajian kecuali program pengajian yang melibatkan temuduga.
  • Rayuan hanya terbuka kepada calon-calon yang memohon ke USM tetapi tidak mendapat tempat.
  • Semua kes rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat.
  • Rayuan dalam talian ini boleh dibuat mulai 13 Julai sehingga 22 Julai 2012.

Program Pendidikan

  • Semakan keputusan kemasukan bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan USM boleh juga disemak Pohon @ USM dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon.
  • Boleh juga rujuk laman web UPU untuk maklumat mengenai keputusan permohonan Program Pendidikan.

Keputusan Permohonan UPU

Pertanyaan

  • Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau e-mel: [email protected] jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Talian Khas USM akan dibuka dari hari Isnin – Jumaat sahaja.

5 thoughts on “Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2012/2013

  1. [...] Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2012/2013 [...]

  2. [...] Keputusan permohonan ke USM juga diumumkan serentak, sila rujuk Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2012/2013. [...]

  3. kalau saya dah menerima tawaran dari IPTA yang lain tapi saya tidak berminat akan course yang ditawarkan..dan telah membuat rayuan USM..adakah rayuan saya akan dipertimbangkan? atau tidak dipertimbangkan sama sekali kerana telah menrima tawaran lain. tolong jawab.penting…

  4. [...] Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan rayuan setelah gagal mendapat tawaran pada 13 Julai lalu bolehlah menyemak keputusan rayuan [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>