Permohonan Kemasukan USM Sidang Akademik 2013 / 2014

Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2013/2014 atau Ambilan September 2013 telah dibuka mulai 7 Januari 2013 lalu. USM sebagai Universiti Apex (Program Pemajuan Untuk Kecemerlangan) menguruskan sendiri pengambilan calon-calon yang berkelayakan lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama).

KATEGORI PERMOHONAN

Logo USM

Permohonan kemasukan ke USM terbahagi kepada 3 kategori:

  • Lepasan Matrikulasi & Asasi 2012
  • Lepasan STPM 2012
  • Lepasan Diploma & setaraf – IB. AUSMAT, A-Level dan lain-lain

PROGRAM PENGAJIAN

USM menawarkan sebanyak 71 program pengajian (tidak termasuk program Pendidikan) di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk pembelajaran sepenuh masa.

Pemohon boleh memilih sekurang-kurangnya 1 program pengajian dan maksima 8 program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2012 dan STPM 2012, manakala 4 program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf.

Sila rujuk Senarai Program Pengajian Sidang Akademik 2013/2014 untuk menyemak syarat am dan syarat khas yang ditetapkan bagi setiap program pengajian yang ditawarkan oleh USM.

NOMBOR PIN USM

Sebelum membuat permohonan ke USM, para calon perlu membeli nombor PIN USM bernilai RM40 di mana-mana cawangan BSN.

PERMOHONAN USM

Permohonan kemasukan ke USM boleh dibuat mulai 7 Januari 2013 di laman web Pohon @ USM.

Sila fahami dahulu Panduan Permohonan dan Panduan Pendaftaran & Tatacara Permohonan sebelum membuat permohonan.

Peringatan bagi pemohon kategori Diploma/setaraf, mereka wajib mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan.

PERMOHONAN KE IPTA LAIN

Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) atau dikenali juga dengan singkatan UPU.

Sebagai panduan sila rujuk

MUnSyI

Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM tidak perlu lagi menduduki Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI.

TEMUDUGA

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.

Tarikh temuduga adalah pada 2 – 8 Mei 2013 tetapi tertakluk kepada pindaan. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2013 di laman web Pohon USM.

TARIKH TUTUP

Permohonan kemasukan ke USM bagi Sidang Akademik 2013/2014 akan ditutup pada 14 April 2013.

Bagi calon lepasan Matrikulasi dan Asasi mereka berpeluang untuk mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan akhir semestar dari 26 Mei sehingga 30 Mei 2013.

MAKLUMAT

Sila rujuk ruangan Pengumuman di laman web Pohon@USM untuk mendapatkan maklumat terkini.

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan merujuk bahagian Soalan Lazim Permohonan USM.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian di Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2013/2014 ini boleh menghubungi :

  • SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
    BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
    PEJABAT PENDAFTAR, ARAS 2,
    BANGUNAN CANSELORI,
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
    11800, USM,
    PULAU PINANG
  • Tel: 1300 888 876 / 04 653 3196 Faks: 04 653 3328 E-mel: admissions@usm.my

7 thoughts on “Permohonan Kemasukan USM Sidang Akademik 2013 / 2014

  1. […] Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2013/2014. […]

  2. […] Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2012/2013 melibatkan 19 IPTA yang ada pengambilan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kecuali Universiti Sains Malaysia (USM). Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. […]

  3. […] Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2013/2014. […]

  4. Farah Faqihah says:

    bilakah sidang akademik bgi lepasan spm 2012 akn dibuka??

  5. boleh terangkan tentang program mara prauniversiti usm?

  6. […] Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke USM bolehlah membuat semakan keputusan […]

  7. […] Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke USM sudah boleh membuat semakan keputusan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.