Semakan Keputusan Permohonan Ke USM Sidang Akademik 2010/2011

Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi dan yang setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2010/2011 boleh menyemak keputusan mulai hari ini 29 Mei 2010 jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mei 2010 sebelum jam 5.00 petang.

Semakan Keputusan

  • Semakan keputusan permohonan ke USM boleh dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
  • Calon perlu Log In dengan menggunakan Nombor Rujukan Permohonan.
  • Semakan hanya boleh dibuat mulai 29 Mei 2010 sehingga 31 Mei 2010 jam 5.00 petang.

Program Pendidikan

  • Keputusan permohonan ini tidak melibatkan permohonan ke USM yang dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) bagi Program Pendidikan.
  • Sila rujuk laman web UPU untuk maklumat mengenai keputusan Program Pendidikan.

Medic @ India dan Kemasukan Alternatif

  • Keputusan untuk permohonan medic@india dan kemasukan alternatif (warga sukan,warga emas dan warga budaya) akan diumumkan kemudian.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Keputusan Rayuan Matrikulasi Dan Ambilan Kedua Program Satu Tahun Sesi 2010/2011

Keputusan penempatan calon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Ambilan Kedua dan keputusan permohonan rayuan untuk untuk memasuki Kolej Matrikulasi Program Satu Tahun (PST) bagi sesi 2010/2011 sudah boleh disemak mulai semalam, 24 Mei 2010.

Semakan Melalui Internet

Semakan Melalui SMS

Sementara itu semakan ambilan kedua dan keputusan rayuan ke Matrikulasi ini boleh juga disemak melalui sms seperti berikut;

  • Program Satu Tahun:
    Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO KP dan hantarkan ke 15888 Contoh : MOE MAT 760704085973
  • Calon Rayuan:
    Taipkan MOE<jarak>MAR<jarak>NO KP dan hantarkan ke 15888 Contoh : MOE MAR 960704085973

Baca Sepenuhnya Keputusan Rayuan Matrikulasi Dan Ambilan Kedua Program Satu Tahun Sesi 2010 2011

Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2010/2011 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang dibuka dalam bulan Disember 2009 dan ditutup pada Januari 2010 yang lalu sudah boleh membuat pengemaskinian permohonan dalam Fasa 2.

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semestar akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semestar.

Pengemaskinian Perrmohonan

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja
UPU

Baca Sepenuhnya Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2010/2011 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Keputusan Peperiksaan Semestar Program Matrikulasi Semestar II 2009/2010

Para pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menduduki Peperiksaan Semester II Sesi 2009/2010 (PSPM 2 09/10) boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka pada 18 Mei 2010 mulai jam 10:00 pagi.

Semakan Keputusan

Keputusan Peperiksaan Semestar Program Matrikulasi Semestar 2 (PSPM 2) sesi 2009/2010 ini boleh disemak melalui cara yang berikut:

  • Secara Online
  • Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Sila taip MOE MAK <no kad pengenalan> dan hantar ke 15888
      Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
  • Secara Telefon
    • Sila hubungi Kolej Matrikulasi masing-masing, atau
    • Hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03 8884 4022

Baca Sepenuhnya Keputusan Peperiksaan Semestar Program Matrikulasi Semestar II 2009/2010

Biasiswa Karangkraf 2010

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd menawarkan biasiswa Dana Pendidikan Karangkraf kepada semua warganegara Malaysia lepasan SPM, STPM dan Diploma yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian sepenuh masa di pusat-pusat pengajian Kolej Universiti SEGi dan Universiti Tun Abdul Razak yang terpilih.

Program Pengajian

Kolej Universiti SEGi (Kota Damansara)
  • Bachelor of Mass Communication (Hons)
  • Bachelor of Information Technology (Hons)
  • BSc (Hons) Applied Business Computing
  • Bachelor of Business Management (Hons) in Marketing Management
  • Diploma in Mass Communication
  • Diploma in Graphic Design
  • Diploma in Advertising Design
  • Diploma in Information Technology
  • Diploma in Marketing
  • Diploma in Photography
Universiti Tun Abdul Razak (Kampus Pintar, Kelana Jaya)
  • Bachelor of Accounting (Hons)
  • Bachelor of Business Administration (Hons)
  • Bachelor of Information System (Hons)
  • Bachelor of Information System (Hons)
  • Bachelor of Software Engineering (Hons)
  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Management
  • Diploma in Entrepreneurship
  • Diploma in Information Technology
Universiti Tun Abdul Razak (Kampus Razak, Kuala Lumpur)
  • Bachelor of Business Administration (Islamic Financial Planning)
  • Bachelor of Business Administration (Islamic Banking and Finance)
  • Bachelor of Business Management (Entrepreneurship) (Hons)

Baca Sepenuhnya Biasiswa Karangkraf 2010

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010

Pelajar lepasan SPM 2009 boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2010 mulai 3 Mei 2010. Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan Tawaran

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2010.
  2. Secara sms dengan menghantar MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 10 Mei 2010.
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK mulai 10 Mei 2009.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan boleh dirujuk di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010.
  • Tarikh tutup membuat rayuan ke Tingkatan 6 adalah 1 Jun 2010.

Baca Sepenuhnya Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010

Page 6 of 54« First...«45678»102030...Last »

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.