Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa para pelajar Tingkatan 1 2013 yang berkelayakan untuk memohon program khas Tingkatan 1 Asrama 1Malaysia bagi tahun 2014. Mereka yang berjaya akan tinggal di asrama yang akan ditentukan dan belajar di sekolah yang terpilih.

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Terbuka kepada pelajar lelaki & perempuan.
  • Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
  • Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA).
  • Pendapatan keluarga pemohon pada tahap rendah atau sederhana.
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekolah Program Asrama 1 Malaysia

  • SMK Victoria, Kuala Lumpur
  • SMK Methodist, Kuala Lumpur
  • SMK St. John, Kuala Lumpur
  • SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur
  • SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
  • SMK Maktab Sabah, Kota Kinabulu
  • Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang Miri

Cara Memohon

  • Isi borang permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2014.
  • Borang boleh di muat turun dari laman web KPM, Borang Permohonan Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014.
  • Borang yang telah dilengkapkan mesti diserahkan kepada Pengetua Sekolah untuk pengesahan dan sokongan.
  • Setiap permohonan perlu disertakan dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
    • Slip gaji / penyata pendapatan ibubapa
    • Keputusan UPSR 2013
    • Salinan sijil aktiviti akademik/kokurikulum
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.

Tarikh Tutup

  • Permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2014 akan ditutup pada 30 Januari 2014.
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada sekolah pemohon atau Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di alamat Aras 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03 8884 9394 atau faks 03 8884 9342.

7 thoughts on “Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014

  1. mcm mna nak hantar jikalau da isi borang? please reply

  2. BILAKAH KEPUTUSAN KEMASUKAN ARMA 1 MALAYSIA AKAN DI UMUMKAN?

  3. KEMASUKAN TING1 2015

  4. bila keputusan permohonan keluar!

  5. Layak ke masuk asrama kalau dapat UPSR 2015 dapat 1A 3B 1C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>