Para pelajar tingkatan 1 2012 yang telah menduduki UPSR 2011 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2012 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) program Ulul Albab dan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka mulai hari ini.

Terima kasih kepada beberapa pembaca ePutra yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.
Semakan Permohonan Ulul Albab / IGCSE
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab / IGCSE boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon.
- Semakan boleh dibuat di laman web, Semakan Permohonan Secara Online Kemasukan MRSM.
Keputusan Permohonan MRSM Biasa
Keputusan permohonan kemasukan 2012 ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM yang lain akan diumumkan pada 20 Januari 2012.
Maklumat
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.







