Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Asas Pendidikan Vokasional Tingkatan 1 2014

Para pelajar tahun enam lepasan UPSR 2013 dan ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Program Asas Pendidikan Vokasional (PAV) 2014 sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka mulai 18 Disember 2013.

Semakan Permohonan Kemasukan Ke Program Asas Pendidikan Vokasional Tingkatan 1

Kementerian Pendidikan Malaysia

Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional (PAV) khusus untuk pelajar Tingkatan Satu yang mendapat keputusan kurang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Oleh itu keutamaan pemilihan pelajar diberi kepada yang kurang baik pencapaian dalam akademik supaya mereka boleh tumpu kepada bidang kemahiran.

Program PAV yang dirangka khusus untuk pelajar menengah rendah berusia 13 hingga 15 tahun antara lainnya bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Pelajar di Tingkatan Satu akan diajar enam bidang asas vokasional antaranya kejuruteraan, pertanian dan ekonomi rumah tangga, manakala pengkhususan dalam 20 bidang pilihan boleh dibuat apabila berada di Tingkatan Dua. Melalui PAV juga, pelajar ditawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua apabila menamatkan pembelajaran Tingkatan Tiga sebelum boleh memilih sama ada mahu ke alam kerjaya atau menyambung pengajian di Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau Kolej Vokasional.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan tawaran ke Program Asas Pendidikan Vokasional (PAV) sila berhubung terus dengan Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan.

Senarai Jabatan Pendidikan Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pendidikan Negeri;

One thought on “Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Asas Pendidikan Vokasional Tingkatan 1 2014

  1. noor`ain ahmad says:

    tolong maklumkan saya jika permohonan ke PAV murid lepasan UPSR 2014. Tahun lepas sy miss utk mohonkan anak murid saya..
    t.kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>