Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2013 telah dibuka mulai 1 Mac 2013 seperti yang telah dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran.
Borang Pendaftaran SPM dan SPMU
Calon Sekolah
- Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.
Calon Persendirian
- Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Kelayakan – SPM
Calon Sekolah
- Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
- Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
Calon Persendirian
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
- Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
- Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
- Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.
Syarat Kelayakan – SPMU
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2013 adalah pada 31 Mac 2013.
- Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.
Maklumat
- Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2013 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
- Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
- Alamat dan nombor telefon Jabatan Pelajaran Negeri bagi setiap negeri boleh diperolehi di Senarai Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.








asalamualaikum….
saya mazni , saya nak tanya pasal calon persendirian
umur saya 17 tahun ,tahun nie saya SPM…
saya tidak bersekolah selepas PMR bagi tahun 2011
soalan saya " boleh tak saya ambil calon SPM PERSENDIRIAN 2013…"
harap makluman dibalas….
sekian terima kasih =)
[...] Sementara itu mereka yang ingin menduduki peperiksaan SPM atau SPM (Ulangan) 2013 boleh membuat pendaftaran dengan merujuk kepada Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2013. [...]
Assalamualaikum,
Saya izad,berasal dari Johor Bharu. saya nak tanya sedikit tentang calon SPM(persendirian),kini usia saya 18 tahun dan saya ingin mengambil SPM tetapi saya sudah tidak bersekolah sejak tingakatan 1(2008) sebab saya dibuang sekolah.
So boleh ke saya ambil SPM(persendirian) bagi tahun 2013/2014? Saya ingin lanjutkan di U atau College.
assalamualaikum,
saya dayang siti fajarieyah berasal dari sabah. saya nak bertanya serba sedikit tentang calon spm( persendirian/ulangan), kini usia saya 18 tahun dan saya ingin memperbaiki keputusan SPM tetapi bolehkah saya menduduki kembali spm pada tahun 2013 ini. kerana saya ingin melanjutkan ke U atau KOLEJ.
HARAP MAKLUMAN DIBALAS…..
SEKIAN TERIMA KASIH …
assalamualaikum…
nama saya dayang berasal dari sabah. saya berumur 18 tahun dan saya ingin mengambil SPM pada tahun ini,saya ingin memperbaiki keputusan spm saya . tetapi bagaiman ?
harap dibalas…
sekian terima kasih…
Nama saya niza.saya berasal dari kelatan..saya berumur 22 tahu.saya memduduki spm tahun 2011..saya ingin membaiki sijil saya…tetapi mcm mne cara nye.saya harap pertolongan anda.
Harap di balas.
Terima kasih.
nama sya saiful, dre sabah.. sya ingin brtnya psal calon spm persendirian lyak kah sya….sya hnya berskolah sampai form 2……umur sya skrang 22 thun…….LAYAK KE SAYA PLEASE REPLY?????????
Saya ingin tanya adakah pendaftaran bagi spm calon persendirian dibuka hanya pada bulan 3?Tiada bulan-bulan lain lagi kah?
sy tlewat mndftar bgi calon spmu sesi 2013..boleh ka rayuan dbuat? dmna boleh sy mbuat rayuan…