Tarikh Keputusan SPM 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2012) dijangka akan diumumkan pada hari Khamis 21 Mac 2013 ini.

Semakan Keputusan SPM 2012

Keputusan Peperiksaan SPM 2012

Keputusan SPM 2012 boleh diperolehi melalui;

  • Di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 21 Mac 2013 ini.
  • Calon persendirian akan menerimanya melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
  • Semakan Secara SMS
    • Semakan secara SMS keputusan SPM 2012 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 21 Mac 2013.
    • Format Semakan SMS
      • SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 900104086077 BC0001A040 sms ke 15888.

Permohonan Ke Institut Pengajian Tinggi

Selepas menerima keputusan SPM 2012 masing-masing, calon-calon boleh membuat permohonan atau mengemaskini permohonan ke IPT bersesuaian dengan kelayakan yang diperlukan. Sila rujuk maklumat dan panduan ringkas yang disediakan ini;

Bagi bertanya terus dengan wakil IPT yang berkenaan, sila kunjungi juga pameran pendidikan berikut;

Permohonan Ke Universiti Di Timur Tengah

Mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di universiti di Mesir, Jordon atau Maghribi boleh membuat permohonan melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Maklumat lanjut boleh diperolehi di;

Permohonan Ke Program Perguruan

Para pelajar lepasan SPM 2012 yang berminat dalam bidang perguruan boleh membuat permohonan kemasukan di Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013.

Permohonan Ke Tingkatan 6 (STPM)

Para pelajar lepasan SPM 2012 dijangka akan boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2013 pada awal bulan Mei nanti. Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai panduan sila rujuk Tawaran Ke Tingkatan Enam.

Peperiksaan SPM 2013

Sementara itu mereka yang ingin menduduki peperiksaan SPM atau SPM (Ulangan) 2013 boleh membuat pendaftaran dengan merujuk kepada Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2013.

2 thoughts on “Tarikh Keputusan SPM 2012

  1. Nur Adila says:

    Assalamualaikum…saya ingin bertanya… bagaimana sekiranya saya ingin memohon kemasukan upu menggunakan keputusan percubaan spm saya? Adakah boleh? Sekiranya boleh bila intakenya? Sekiranya tahun ni saya ambil spm (2013)..

  2. […] (SPM 2013) dijadualkan akan diumumkan pada hari Khamis 20 Mac 2014 ini. Pada tahun lepas keputusan SPM 2012 telah diumumkan pada 21 Mac […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.