Pendaftaran Peperiksaan STPM 2012

Pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2012 telah lama dibuka dari 9 Januari 2012 yang lalu. Pendaftaran ini adalah untuk mereka yang bercadang untuk mengambil STPM pada hujung tahun ini. Pendaftaran peperiksaan STPM ini diuruskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Syarat Kelayakan Menduduki STPM

Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Malaysia* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Peperiksaan STPM 2012

  1. Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
  3. Malaysia Certificate of Education
  4. Federation of Malaya Certificate of Education
  5. Cambridge School Certificate
  6. GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
  7. Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000 hingga tahun 2010 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat;
    • sekurang-kurangnya gred 6C bagi tiga mata pelajaran, atau
    • sekurang-kurangnya gred 6C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran

Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.

Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negeri yang setaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

* Calon yang memenuhi syarat No.7 di atas tetapi gagal Bahasa Malaysia boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Malaysia yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Malaysia peringkat peperiksaan SPM.

** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE.

Pemilihan Matapelajaran STPM

  • Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2012 iaitu Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Usuluddin, Sejarah,Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Physics,Chemistry, Biology, Sains Sukan dan Seni Visual.
  • Sijil STPM merupakan sijil terbuka.
  • Dalam satu sesi peperiksaan calon boleh mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan selebih-lebihnya lima mata pelajaran. Jika calon mengambil lima mata pelajaran, satu daripadanya mestilah Pengajian Am.
  • Calon tidak boleh mengambil kombinasi mata pelajaran atau kertas yang tidak dibenarkan oleh sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran boleh didapati dan dimuat turun daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kadar Bayaran STPM

Berikut adalah bayaran yang dikenakan untuk peperiksaan STPM:

  • Bayaran asas RM 55.00
  • Bayaran untuk 1 mata pelajaran RM 35.00
  • Pembelian nombor Pin MEC RM 1.00

Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan.

Pendaftaran STPM 2012

  • Pendaftaran peperiksaan STPM perlu dilakukan secara online melalui laman web MPM di Sistem Pendaftaran Online.
  • Perdaftaran online ini perlu didahului dengan pembayaran yuran asas dan mata pelajaran secara:
    • Perbankan internet menggunakan akaun bank atau kad kredit, ATAU
    • Pembelian nombor Pin MEC di BSN

Tarikh Tutup Pendaftaran STPM

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STPM 2012 bagi calon sekolah kerajaan adalah pada 10 Februari 2012 yang lalu.
  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STPM 2012 bagi calon persendirian individu dan sekolah swasta adalah pada 29 Mac 2012 ini.
  • Bagi yang gagal mendapat tawaran ke IPTA pengambilan 2012, tarikh tutup adalah satu minggu selepas keputusan memasuki IPTA diumumkan,

Semakan Status Pendaftaran

  • Majlis Peperiksaan Malaysia tidak akan mengeluarkan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC). Calon perlu menyemak sendiri status pendaftaran dan mencetak LPKC melalui laman web MPM atau secara SMS mulai 15 Jun 2012 nanti.
  • Bagi yang mendaftar lewat kerana gagal memdapat tawaran IPTA atau IPTS perlu buat semakan sebelum 17 September 2012.

Tarikh Peperiksaan STPM 2012

Sila rujuk Tarikh Peperiksaan Awam 2012 untuk mendapatkan tarikh dan jadual peperiksaan STPM 2012.

Maklumat

8 thoughts on “Pendaftaran Peperiksaan STPM 2012

  1. salam,,
    bagi pelajar lepasan SPM 2011,,
    permohonan utk STPM termasuk dlm ni ke?

  2. salam? Saya ingin bertanya, adakah calon persendirian stpm berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA dan mendapatkan biasiswa jika berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang?

  3. salam satu malaysia . ey nak tanya . cane nak mohon STPM tok lepasan SPM 2011 ? somebody help me . thanks :)

  4. Salam…

    Bila tarikh permohonan kemasukan tingkatan bagi lepasan Spm pada tahun 2011??? Please notify me… :) Terima kasih…

  5. saya berumur 23 tahun,dan ingin mengambil stpm2012 sebagai calon persendirian.adakah dibenarkan?adakah masih boleh memohon pendaftaran walaupun tarikh telah ditutup?

  6. helooo semua saya lepasan spm 2011 ingin memberi tahu bahawa sekiranya saya mendapat 3kridt dalam spm tetapi sya tidak mendapat krdt dalam subjek bm.adakah saya msi layak untuk memasuki stpm 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>