Karnival Pendidikan MARA 2012

Karnival Pendidikan MARA 2012 ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Karnival yang diadakan setiap tahun pada bulan Mac dan April ini memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya kepada pengunjungnya. Karnival Pendidikan MARA tahun ini bertemakan ‘Apa Jua Pencapaian & Minat, Kami Jadikan Anda Hebat’ akan diadakan di 9 lokasi seluruh negara berbanding 8 pada tahun lepas.

Karnival Pendidikan MARA 2012

Tujuan Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran karnival ini dilihat mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.

Karnival Pendidikan MARA ini juga memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus-kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA akan menggerakkan tujuh IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian.

Aktiviti Karnival

  • Info Program Pengajian – Info terkini mengenai program-program pengajian pra-U, diploma. ijazah, lepasan ijazah serta profesional
  • Info Program Latihan Kemahiran – Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma.
  • Kaunseling Pendidikan & Kerjaya – Khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.
  • Temuduga Terbuka IPT – Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
  • Pinjaman Pelajaran – Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran
  • Penajaan Pelajaran – Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran MARA untuk calon yang layak.
  • Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka di lima buah lokasi iaitu di Melaka, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Perak. Majikan yang mengambil bahagian juga akan mengadakan sesi temu duga terbuka bagi pengambilan pekerja di samping mengadakan beberapa siri seminar kerjaya meliputi tips atau panduan mencari kerja, etika menghadiri temu duga dan soft skills yang diperlukan untuk menghadapi temu duga.

Lokasi Karnival

Tarikh Lokasi Nota
10 – 11 Mac MELAKA
Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh
#
17 – 18 Mac KUALA LUMPUR
Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC
#
20 – 21 Mac KEDAH
Stadium Sultan Abdul Halim , Alor Setar
 
24 – 25 Mac PAHANG
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan
#
28 – 29 Mac KELANTAN
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu
 
4 – 5 April TERENGGANU
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu
#
7 – 8 April PERAK
Stadium Indera Mulia, Ipoh
#
11 – 12 April SARAWAK
Dewan Pameran Permata, Kuching
 
14 – 15 April SABAH
Suria Sabah, Kota Kinabalu
 

Karnival Pendidikan MARA ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang disemua lokasi.

Nota # – Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka akan diadakan di lokasi ini. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web MARA dan Facebook Karnival Pendidikan MARA karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03 2613 4856/ 4847/ 4854 atau faks 03 2692 7386.

One thought on “Karnival Pendidikan MARA 2012

  1. […] Karnival Pendidikan MARA 2013 ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Karnival yang diadakan setiap tahun merupakan kali ke 14 ini memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya kepada pengunjungnya. Karnival Pendidikan MARA tahun ini bertemakan ‘Wadah Impian Dan Kejayaan’ akan diadakan di 10 lokasi seluruh negara berbanding 9 pada tahun lepas. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>