Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2012

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2012.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan.

Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan Matrikulasi KPM, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH.

Politeknik

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :

  1. Politeknik Premier
    Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
  2. Politeknik Konvensional
    Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
  3. Politeknik METrO
    Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Senarai Program & Syarat Permohonan

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon;

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.

Permohonan Melalui UPU

Permohonan Melalui Politeknik

  • Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Sila rujuk laman web Politeknik.
  • Borang Permohonan Melalui Politeknik.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Jun 2012 akan ditutup pada 2 April 2012.

Maklumat

12 thoughts on “Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2012

  1. […] Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2012 […]

  2. […] ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2012 untuk maklumat […]

  3. MuslehZaini says:

    boleh ke buat rayuan untuk tukar kursus??

  4. dengan sijil modular kebangsaan boleh tak sambung diploma?
    kalau boleh dekat mana nak sambung?

  5. […] yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat […]

  6. nk tanya.. kalau saya nak mohon politeknik dalam kursus diploma pengurusan hotel & catering, macam mana nak mohon ye sebab saya sekarang dah berusia 22 tahun, macam mana ye nak mohon melalui politeknik? boleh bagi panduan tak?
    terima kasih.. =)

  7. bila saya boleh isi borang permohonan politeknik sesi disember 2012 kerana saya telah membeli no pin di BSN? Tlng jawab yer..

  8. […] pengambilan pelajar ke Politeknik KPT kali kedua tahun ini. Pengambilan pertama dahulu adalah untuk sesi Jun 2012 manakala pengambilan kedua ini adalah untuk sesi Disember […]

  9. salam . nk tanya .. kat mana saya boleh dapatkan semula surat tawaran kemasukan politeknik sesi jun 2012 ??? atas tujuan tertentu .. urgent .. harap2 ada yg boleh tolong ..

  10. salam saya nak tahu cm ner saya nak dapatkan surat tawaran saya yer…..saya amat memerlukan surat itu…harap dapat jawapan nya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>