Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran

Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Dan Yayasan Selangor adalah program bersama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor Darul Ehsan serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka. Pelajar-pelajar ini diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

Kelayakan

  1. Program ini adalah untuk pelajar yang bersekolah di negeri Selangor.
  2. Keutamaan kepada pelajar yang datang dari kawasan luar bandar.
  3. Pelajar memperolehi keputusan yang baik, 5A atau 4A,1B dalam peperiksaan UPSR .

Asrama Pusat

Pelajar-pelajar yang terpilih ditempatkan di beberapa buah sekolah-sekolah yang ternama di bandar-bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang dan Sabak Bernam, di mana terletaknya asrama-asrama Yayasan Selangor.

Asrama-asrama pusat Yayasan Selangor adalah;

  • Asrama Tun Doktor Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur
  • Asrama Toh Puan Norashikin, Kampung. Pandan, Kuala Lumpur
  • Asrama Yayasan Selangor Klang
  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam.

Pelajar-pelajar Yayasan Selangort di asrama di atas akan belajar di sekolah yang terdekat seperti berikut;

Kuala Lumpur

  • SMK Victoria (L)
  • SMK St. John (L)
  • SMK (L) Methodist
  • SMK Aminuddin Baki (L&P)
  • SMK Jalan Cochrane (L&P)
  • SMK Convent Bukit Nanas (P)
  • SMK Seri Bintang Utara (P)

Petaling Jaya

  • SMK (L) La Salle
  • SMK (L) Bukit Bintang
  • SMK Men. Sri Aman (P)
  • SMK Men Assunta (P)

Klang

  • SMK Men Methodist (L)
  • SMK La Salle (L)
  • SMK Tinggi Klang (L)
  • SMK Methodist (P)
  • SMK Convent (P)
  • SMK Tengku Ampuan Rahimah

Sabak Bernam

  • SMK Ungku Aziz (L)
  • SMK Tunku Abdul Rahman Putra (L)

Asrama Daerah

Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah- sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Selangor, yang baik prestasinya. Pelajar-pelajar Yayasan Selangor akan tinggal di asrama sekolah-sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar ini akan diberi bantuan (Biasiswa) dan diperuntukkan lain lain program sepertimana yang diberikan kepada Asrama Pusat seperti kelas bimbingan dan seminar-seminar peperiksaan.

Sekolah yang terpilih terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Aliran Agama.

Sekolah-sekolah dibawah kategori SMK yang terlibat adalah:

  • SMK Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
  • SMK Damansara Utama , Petaling
  • SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Hulu Langat
  • SMK Tinggi Kajang, Hulu Langat
  • SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat
  • SMK Telok Datok , Kuala Langat
  • SMK Dato’ Harun, Kuala Selangor
  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam
  • SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam

Pemilihan masuk ke sekolah-sekolah menengah aliran agama adalah melalui Jabatan Agama Islam Selangor sebelum pemilihan untuk tajaan dibuat oleh Yayasan Selangor.

Sekolah-sekolah di bawah kategori sekolah aliran agama yang terlibat adalah;

  • SAMT Sultan Salahuddin A. Aziz Shah,Batu, Sabak Bernam.
  • SAMT Hishamuddin, Jalan Kota Raja, Klang
  • SAMT Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam
  • SAMT Bandar Baru Salak Tinggi
  • SAM Bestari Subang Jaya
  • SAM Jalan Tepi Sg. Bertik Klang

Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan (Borang PKA 1)
  2. Borang boleh dimuat turun dari laman web Yayasan Selangor.
  3. Borang boleh juga diperolehi di
    • Ibupejabat Yayasan Selangor, Bahagian Pembangunan Pendidikan Tingkat 17,
    Menara Yayasan Selangor,18A, Persiaran Barat, Petaling Jaya, Selangor.
    • Asrama Tun Doktor Ismail, Jalan Temenggong, Off Jalan Cochrane, K.L
    • Asrama Toh Puan Norashikin Jalan Temenggong,Off Jln Cochrane,K.L.
    • Asrama Yayasan Selangor Klang Jalan Raya Barat, Klang, Selangor
    • Asrama yayasan Selangor Sabak Bernam Jalan Raja Chulan , Sabak Bernam.
    • Kem Bina Semangat Yayasan Selangor Ampang Pecah, Kuala Bubu Bharu, Selangor
    • Pejabat (Pengurusan Bangunan)Yayasan Selangor Tingkat 12, Bangunan Yayasan Selangor Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur .
    • Pejabat(Pengurusan Bangunan)Yayasan Selangor Tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru, Kuala Lumpur .
  4. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat Pejabat Yayasan Selangor, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor, 18A Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya.

Maklumat

  1. Bagi pengambilan tahun 2010, seramai 525 pelajar Sekolah Kebangsaan dan 60 pelajar Sekolah Menengah Agama) akan dipilih ke Tingkatan 1 dan ditempatkan di sekolah dan asrama yang dinyatakan di atas.
  2. Sila rujuk laman web Yayasan Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  3. Jika mempunyai sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada Pejabat Yayasan Selangor, Bahagian Pembangunan Pendidikan di talian 03 7955 1212 / 03 7954 1121 atau faks 03 7954 1790.

Tarikh Tutup

  1. Borang permohonan perlulah sampai di alamat di atas pada atau sebelum 30 November 2009.
  2. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang tawaran dari pihak Yayasan Selangor sehingga 28 Disember 2009, bermakna secara automatik permohonan tidak berjaya. Yayasan Selangor akan mempertimbangkan kes-kes rayuan selepas tarikh tersebut.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
4 Comments Post a Comment
  1. [...] Pelajar dari negeri Selangor pula boleh cuba memohon Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran. [...]

  2. khalik says:

    Salam semua!keputusan permohonan dah keluar!adakah terdapat link dengan kementerian pelajaran?maknanya sesiapa yang dpt. tawaran ini ,bererti tidak ditawarkan ke sekolah berasrama penuh kelolaan kementerian pelajaran?tolng minta penjelasan…..t/kasih.

  3. Liyana says:

    Permohonan tingkatan 1 2011 blum kluar ke?trime kasih.

  4. mama lina says:

    anak saya mendapat 5A pada UPSR 2009. Permohonan ke mrsm dan sbp tak berjaya walaupun intake ke 2 dan rayuan. yayasan selangor buka ke permohonan untuk tingkatan 2 sebab kalau ada saya nak memohong untuk 2011.

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.