Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan di seluruh negara mulai pukul 10.00 pagi ini 19 November 2009.
Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan dan baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.
Mereka telah menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.
Calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang boleh cuba memohon MRSM, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia.
Pelajar dari negeri Selangor pula boleh cuba memohon Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran.
Manakala permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah pun ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors








Saye dpt 3A 2A jer …..