Kalendar Akademik IPTA Sesi 2011/2012, Sesi 2012/2013, Sesi 2013/2014
Perancangan tahunan ramai pihak terutama pelajar dan warga universiti tempatan akan terbabit secara langsung bermula tahun ini apabila Kementerian Pengajian Tinggi membuat penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Penyelarasan kalendar akademik IPTA ini akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.
Tujuan Penyelarasan Sesi Akademik
Di antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa bagi membolehkan program mobiliti akademik dilaksanakan secara lebih efektif.
Dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar universiti tempatan perlu didedahkan kepada senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.
Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar. Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju.
Perubahan kalendar akademik universiti kepada September juga bukan bertujuan menarik pelajar antarabangsa sebaliknya lebih kepada usaha menyelaraskan tempoh pengajian dengan universiti luar negara.
Penyelarasan ini juga membolehkan pelajar-pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa. Justeru penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan.
Penyelarasan ini juga membolehkan profesor-profesor terkenal dari luar negara berkongsi kepakaran dalam aktiviti penyelidikan dengan IPT tempatan.
Ketika ini apabila mereka mahu berkongsi kepakaran, pensyarah di Malaysia sibuk dengan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan apabila pensyarah Malaysia hendak buat penyelidikan di luar negara, mereka pula sibuk, maka tidak dapat mengoptimumkan kolaborasi penyelidikan dan pengkomersialan pensyarah tempatan. Justeru dengan adanya penyelarasan sebegini, pensyarah IPTA dapat mengambil peluang serta inisiatif untuk memulakan kolaborasi penyelidikan dengan universiti luar negara tanpa perlu menjejaskan waktu untuk berjumpa pelajar.
Penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka. Proses pemilihan akan dimudahkan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian.
Begitu juga penyelarasan ini akan mengurangkan kekosongan tempat pengajian yang disebabkan oleh pelajar yang berhenti dari IPTA kerana memasuki IPTS dalam negara atau luar negara dalam bulan September.
Fasa Pelaksanaan Kalendar Akademik
Tarikh Untuk | Pendaftaran | |
Sesi Akademik | Pelajar Baru | Pelajar Lama |
2011/2012 | 2-7 September 2011 | 1 Ogos 2011 (Nota) |
2012/2013 | 13 Ogos 2012 | 20 Ogos 2012 |
2013/2014 | 2 September 2013 | 9 September 2013 |
Tarikh di atas masih lagi tertakluk kepada keputusan muktamad pihak IPTA. Oleh itu para pelajar dinasihatkan merujuk kepada pengumuman terkini universiti masing-masing.
Nota : Kementerian Pengajian Tinggi memberikan fleksibiliti kepada pihak universiti untuk menentukan sama ada pelajar lama wajib mengikuti kalendar asal (daftar dalam bulan Julai) ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011.
Penyelarasan kalendar sesi akademik ini akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sekarang ini.
Mengikut kalendar sesi akademik yang baru, pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011. Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos.
Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September, 2013 dan pelajar lama pada 9 September 2013.
Penyelarasan Kalendar Akademik IPTA Sesi 2011-2014 | ePutra…
Kalendar Akademik IPTA Sesi 2011/2012, Sesi 2012/2013, Sesi 2013/2014 Perancangan tahunan ramai pihak terutama pelajar dan warga universiti tempatan akan…
[…] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam. ePutra Nilam said: Penyelarasan Kalendar Akademik IPTA Sesi 2011/2012, Sesi 2012/2013, Sesi 2013/2014 14 http://eputra.com/?p=2231 […]
adakah pelajar lama yg berakhir semester mereka pada 9 mei 2011 akan cuti semester selama 4 bulan ?
Program degree begitulah nampaknya. Tapi diploma tetap sama
Salam eputra,
Dari mana anda petik mengenai jadual/tarikh kalendar Akademik 2011-2012 itu kerana terdapat kejanggalan mengenai tarik daftar pelajar lama sesi depan pada 1 Ogos 2011. Kebiasaannya pelajar lama akan daftar seminggu selepas pelajar baru masuk. Harap boleh kongsi dgn saya alamat web yg anda petik itu
Salam… kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang disiarkan oleh BERNAMA di http://goo.gl/facaG
dengan sistem baru ini pelajar yang habis diploma bln mei terpaksa tunggu lama sebelum memulakan pengajian di peringkat ijazah. ini akan merugikan masa.jika seseorang permohonannya di tolak untuk menyambung pengajian pada bln september terpaksa tungggu selama setahun untuk memohon semula..walaupun sistem ini memudahkan bagi seseorang yang berkerjasama dengan pihak luar negara dan memudahkan pelajar asing membuat pindahan kredit,
perkara ini akan merugikan masa pelajar lama yang sepatutnya dapat menghabiskan pengajian lebih awal . perancangan yang lebih teliti sepatutnya dilakukan terutamanya dari sudut kepentingan pelajar kerana sememangnya pelajarlah yang mendapat kesan dalam perubahan ini terutamanya pelajar tempatan
mcm mana dgn pelajar diploma uitm?adakah terlibat dgn penyelarasan itu?
boleh tanya permohonan biasiswa SPC mara dah keluar belum?
assalamualaikum,
saya merupakan pelajar asasi UIAM,
saya belum masuk degree lagi,
saya amat berminat untuk menyambung degree perubatan di
Timur Tengah atau JOrdan,
atas sebab2 tertentu.
tetapi semasa lepas SPM dulu saya gagal mendpat
tawaran ke sana,
soalan saya, bolehkah lepas asasi UIA ini,
saya nk memohon untuk ke Timur Tengah /Jordan.?
Bleh tapi perlu usaha sendiri utk mendapat tempat, slps mendpt tempat perlu cari biasiswa/pinjaman ke sana.
bila buka sekolah bagi pelajar stpm y ingin ke ipta?
aku rase xsetuju la dgn keputusan kpt ni. t 1taun ade 1 sem je. makin tue la kite ni… nak blajo lg,keje lg,kawin lg…. kerajaan ptt pk impact kat student untuk mase depan. jgn dok pk org luar je. t student dlm negara jd mcm anak kera di hutan disusukan ank sndiri menagis kelaparan.. hai…malaysia ni da bnyak sgt bertolak ansur dgn rakyat asing. dah2 la 2… buat ape tiru org luar sdngkan mereka bukan bagus sgt.
yup..ak stuju..ak rse byk lg alternatif lain yg krajaan bley wt..b4 nk launch stu2 konsep tu pkir dlu impak die..ak student uitm ptt abs degree bln Nov2012 trus jdi abs akhir Jan2013..mmgla bpe bln je bze tp tu mse gk..kate rakyat didahulukn, pencapaian diutamekn..pyh r cmni..klo abs keje, krajaan trus bg keje xpe gk..nk mncri gk dlu..amk mse gk..kawin g..pergh pening tol pale..ntah pape management..kte ni tlalu mngikut org luar..kte ade ngre sndri..pttnye ade sistem sndri..dri dlu smpi skang asik rombak je..tp xde pape impct sgt pn..nnt xpsl2 ble tukar menteri, rombak g..sshla..hai..
tanpa pelajar apalah universiti..tetapi nampak benar pelajar dipinggirkan bila nak implement benda2 macam ni..sepatutnya kajian mendalam dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak terutamanya pelajar. Tapi macam biasa la, sesuatu dilaksanakan atas arahan pihak atasan, buat dulu tanpa kajian mendalam..oh Malaysiaku
PENYELASAN AKADAMIK SEPATUTNYA DIUBAH DIPERINGKAT SEKOLAH LAGI… kalau betul2 nak selaras la.. jangan jadi hangat2 tahi ayam ja… kejap ubah.. pastu ubah balik… macam MATH n SCIENCE in BI… yang jadi mangsanya RAKYAT/ PELAJAR…
kalau untuk lepasan STPM, hmmm.. sakan la mereka CUTI, hampir 9 bulan.. bila masuk U, ilmu form 6 dah berkarat…
lagipun dalam penyelarasan td hanya sebut pasal DIPLOMA lepasan POLITEKNIK yg xperlu tggu lama untuk sambung.. bagaimana pula ngan LEPASAN DIPLOMA U?
alaa.. korang bukan pandai sgt.. sbb tu masuk diplomaa.. so korg tak penting awwww…
sape ckp bdk diploma xpandai…bdk diploma la yg mudah diterima dlm sektor pkrjaan..kteorg diajar secara teori & praktikal.itu kelebihan bdk diploma.pandai atas kertas & pandai buat kje..pengalaman penting ok..klu nk jd pegawai yg bgs…msti mula dari bwh..kutip pengalaman..barula org bwh respect kite nnti bila kita dh kt atas..stakat pandai atas kertas..tp buat kje xtau..hnye tau mengarah je..xpyhla blaja tnggi jd pegawai..so kpd bdk2 dip..jgn lyn 'budak pandai' ni..klu betul pun pandai tp xde etika & intergriti lnsung..terlebih pandai la tu. sbb tu ske kutuk org lain..ni la kategori org bodoh sombong…riak & takbur atas kelebihan sndiri shngga menganggap org lain tdk sehebatnya..rosak pemikiran tol…
ha'ah kebanyakan yang dapat dip sebab keputusan dorang tak cantek..
x semua dak yg mik dip coz result x cantek. ramai ja yg cemerlang pursue dip. skg senario semasa bila time cari kerja, student yg ada dip ada kelebihan bila mencari kerja kerana mempunyai 2 kelulusan, peluang lebih cerah
x berapa stuju. saya x kisah kalendar ni untuk budak baru tp sbg pelajar lama tentu kita da ade perancngan yg tlh disusun. dulu masa habis spm punye la boring setengah tahun cuti..keje mmg la keje tp mood blajar tetap membara…tp kalu budak2 skrg ni dekat 10 bulan tggu nk balajo..alamat mood tu da hilang la..mmg rugi..
n saya juga harap2 ia x melibatkan pelajar master n phd…kami ni lagi la banyak bende nk pk..ade matlamat nk capai dlam tmpoh jangka pendek (habiskan belajar n bergarduasi)…umur pon da meningkat..otak pon silap hr bulan berkarat kalu lama nk habis…erm..
diploma tetap msuk bln jun ni kn?
betul… perubahan ini hanya untuk pelajar ijazah sahaja
jadi setiap sem ada 5 bulan sahajakh? student diploma hanya cuti beberapa minggu aja n stay back to study bulan julaikh?… pelajar universiti, berapa bulan cuti?
bila sebenarnya tarikh kemasukan Degree (IPTA) untuk tahun 2012??
Bila tarikh kemasukan peljr Degree (IPTA) untuk tahun 2012??
x faham..
mean bulan ogos ke?
jadual di atas sebagai panduan sahaja tapi kalau tak silap hampir semua ipta akan mendaftar masuk bulan sept utk 2011, 2012 & seterusnya
tapi tawaran biasiswa dari institusi mcm bank dan sebagainya tak berubah tarikh nya.. mcm mana nak apply..semua dah terlepas by the time dpt offer sambung blaja .. 🙁
mohon apabila dibuka lagi pada tahun berikutnya
as salam….bilakah permohonan ipta utk fasa 1 sesi 2012/2013 akan dibuka?? bila boleh beli no. pin??
salam… biasanya mulai bulan Januari nanti
xbez la takwim baru ni~ blajar2 jg… mw jg da masa sma family.. cth pelajar sabah/sarawak yg bljr d semanjung, mst nak balik kan musim perayaan… msa perayaan lah sepatutny m'eratkn silaturahim ant kluarga~ spy xlupa budaya kta… jgn lupa family sudah.. selaraskn lah dr sekolah rendah lg~ xbez la stdent ipt cuti, bdk2 sklh xcuti…mna bez g2.. kalau neg. kta pun ada 4musim mcm neg. luar i2 ok la.. sbb tym mrka cuti, bdk2 sklh pn cuti~ jd kta mw ikut2 mrka? dmna2 pun kta boleh dpt ilmu~ asalkn kta rajin b'usaha.. xsemestiny hrs pg luar neg, kluarga dlupa.. last2 kja pn d neg org jg.. "kta harus ada identiti tsendiri" tq
yang buat jadual tu tak reti nak fikir semua ni.. dorang buat ni takder kritikal analisis. impact. malaysia ku ni bukan rumah ku kah? duk penting orang luar dari orang sendiri…
nak tanye..bile permohonan upu sesi 2013 dibuka? sy ni bdak lepasan spm 2011..permohonan upu sebelom ni sy x isi.? sape2 boleh tolong?atau boleh lagi tak sye mohon u sesi 2012?
saya lepasan spm..sekarang asasi di um nilam puri,,bleh tak saya nak buat permohonan ke jordan melalui maidam?saya amat terkilan..saya telah ambil dan isi borang ke jordan melalui maidam..tapi,,tak terdetik nak menghantarnya..sedangkan saya layak memohon berdasarkan keputusan spm 2011..
no pin upu sesi 2013 akan dibuka apda 7 Januari 2013 – 15 April 2013 pada pukul 12 tengah hari…& kebiasaannya di BSN..