Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM

TERKINI :

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sepenuhnya mulai Sesi Akademik 2008/2009.

Memandangkan kuantum pemohon adalah tinggi dari kalangan Lepasan SPM, iaitu dianggarkan 200,000 permohonan, KPT mengambil langkah-langkah proaktif bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan melaksanakan permohonan Aplikasi Dalam Talian secara dua fasa iaitu :

  1. Fasa 1 : Pendaftaran Permohonan
  2. Fasa 2 : Pengesahan Permohonan
    (Mereka yang tidak mendaftar semasa Fasa 1 masih boleh berbuat demikian semasa Fasa 2 dibuka nanti)

Kaedah ini merupakan usaha dan keprihatinan KPT untuk meningkatkan serta memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA adalah lancar, berkesan dan mesra pengguna.

Calon Lepasan SPM ( Pemohon Lepasan SPM 2008, 2007 & 2006 serta Setaraf) dikehendaki mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA Fasa 1 ( Pendaftaran Permohonan) melalui url http://www.mohe.gov.my atau terus ke laman web rasmi Kemasukan Ke IPTA yang dibuka mulai 3 November 2008. Tarikh tutup permohonan Fasa 1 ialah pada 31 Disember 2008.

Bagi permohonan Fasa 1, calon Lepasan SPM hanya perlu menggunakan Nombor Kad Pengenalan / My Kad serta Kata Laluan.

Calon perlu mengisi maklumat atau butiran seperti berikut :

  1. Maklumat Peribadi ;
  2. Maklumat Pekerjaan & Keluarga ;
  3. Maklumat Akademik (Bagi Berkaitan Sahaja) ;
  4. Kategori Permohonan ; dan
  5. Maklumat Kokurikulum (Untuk Sukan & Permainan serta Tahap Penglibatan).

Sementara itu permohonan Fasa 2 pula akan dibuka mulai 3 Februari 2009 jam 12.00 tengah hari. Pemohon boleh membeli Nombor Unik ID dengan harga RM 10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas (SMS Banking) / Mesin ATM (Bagi yang memiliki akaun GIRO BSN Sahaja) seluruh negara sehari selepas iklan pelawaan disiarkan sehingga tarikh tutup permohonan.

Calon perlu mengemukakan permohonan Fasa 2 dengan mengguna pakai Nombor Unik ID, Nombor Kad Pengenalan / My Kad dan Kata Laluan. Calon dibenarkan mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Tarikh tutup permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :

  • Kategori B, C, D – 3 Mac 2009
  • Kategori A – 10 hari bekerja selepas keputusan SPM 2008 diumumkan.

Justeru KPT menyarankan agar semua pemohon Lepasan SPM mengemukakan permohonan bagi Fasa 1 dalam usaha meningkatkan kelancaran proses permohonan. Impaknya, dapat mengurangkan tempoh masa pemohon ketika mengemukakan permohonan mereka pada Fasa 2 nanti.

Sebarang kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel upu@mohe.gov.my.

Sumber: Kenyataan Akhbar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Permohonan Fasa 1 Aplikasi Dalam Talian Untuk Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan SPM Atau Setaraf Sesi Akademik 2009/2010

Reblog this post [with Zemanta]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
129 Comments Post a Comment
  1. ecah says:

    saya nk tanye baru2 ni saya ade wat semakan di laman web uitm… dan saye dapati untk program diploma/asasi keputusan permohonan dah boleh di semak..adkh itu untuk yg b’temuduga shj atau keseluruhannya skali? saya x fahamlah bknkah keputusan untk masuk ke ipta 1 mei ini?? please tlg jelaskn..

  2. nilam says:

    Krisnavenni,
    Semakan temuduga sudah boleh dibuat di Temuduga KPLSPM .

    Ecah,
    Secara rasmi memang keputusan akan diumumkan pada 1 Mei. Dilaman web UiTM tersebut hanya untuk mereka yang ada memohon UiTM sahaja tetapi saya tidak pasti keputusan di situ untuk keseluruhan atau yang ada temuduga sahaja.

  3. bubu says:

    macam mana nak buat rayuan untuk ipta??saya tak dapat masuk.. =(

  4. joe says:

    nilam,sye dapat uitm tapi x tau uitm mane????
    kenapa dia orang x bagi tau sekali?????

  5. nilam says:

    Bubu,
    Sila pergi ke pautan e-Rayuan di Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan SPM & Setaraf.

    Joe,
    Mungkin nanti bila cetak surat tawaran pada 4 Mei akan dinyatakan cawangan mana.

  6. man says:

    macam mane nak tgk dan cetak surat tawaran..?

  7. man says:

    saye dpt uitm tp xtau nak tgk surat tawaran.
    macam mane nak cetak surat tawaran..?
    cari2 xjumpe….

  8. nilam says:

    Man,
    Semakan surat tawaran dan pengesahan penerimaan tawaran untuk UiTM akan hanya boleh dibuat mulai 6 Mei 2009 di http://istudent.uitm.edu.my/intake

  9. sakura says:

    nilam,bila agaknye keputusan rayuan ke IPTA bagi calon spm ’08 keluar ye?

  10. nilam says:

    Sakura,
    Pada 05 Jun 2009 dan 10 Julai 2009.

  11. louis says:

    salam..bila lagi permohonan upu dibuka…sy ingin memohon kemasukan ke ipta kerana sy tdk mendpt tempat di universiti dan matrikulasi…

  12. nilam says:

    Louis,
    Salam… Permohonan melalui UPU adalah untuk pengambilan sesi Jun sahaja dan dibuka pada setiap awal tahun. Jika anda tidak berjaya mendapat tempat, anda boleh cuba memohon melalui program berkembar/bersekutu dengan universiti seperti Program Usahasama UiTM (tutup 21 Jun 2009) .
    Anda juga boleh memohon untuk pengambilan Januari 2010 yang biasanya dibuka pada bulan Ogos /September terus melalui universiti yang berkenaan.

  13. 206 says:

    aluu…
    saye lepasan spm 2006 n lepasan matrik sesi akademik 2007/2008..
    saye wat ijazah di ukm…
    lepas sem 2 kat sane …
    result saye x berape ok…kene kik…
    boleh x saye nak daftar ke uitm>??????
    sye dah buntu dah ni…niat di ati mmg nk sambung belajar

  14. nilam says:

    206,
    Sudah tentu boleh tetapi kalau tak silap saya anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 6 bulan selepas anda diberhentikan sebelum boleh membuat permohonan.
    Sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM di talian 03-5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175 atau emel: bpp@salam.uitm.edu.my untuk kepastian.

  15. izzah says:

    slm..
    saya lepasan spm 2001 dan mempunyai diploma politeknik
    adakah saya masih layak memohon untuk diploma perguruan?
    umur saya sekarang 25 thun.
    apakah syarat2 kemasukan untuk dip perguruan?

  16. mimi1009 says:

    sya lepasan spm 2008..dan sya xdpt memasuki mana2 ipta??
    jadi..sya nk tanya..ada x permohonan untuk 2nd intake??
    bila boleh apply??

  17. nilam says:

    Izzah,
    Salam… Sila rujuk Laluan Perguruan dan hubungi Bahagian Pendidikan Guru untuk maklumat lanjut.

    Mimi1009,
    Anda boleh memohon untuk pengambilan Disember/Januari pula. Permohonan biasanya dibuka dalam bulan Ogos/September melalui universiti yang berkenaan bukan UPU.

  18. ROHAINUN says:

    Salam……….saya lepasan spm 2008…saya telah memohon utk kemasukan ke ipta ttpi tdk layak dan terlepas utk buat rayuan…sy mendpt kptsn 4a21b32b4 dan 5c5.. ttpi smpai skrng menymbg kemana2 dan sy ingin sngt utk menymbg ke ipta krn kosnye lbh mrh…jd sy mohon mcm mane cara utk sy meneruskan pengajian ke ipta….terima ksih

  19. nilam says:

    Rohainun,
    Anda boleh cuba memohon pengambilan IPTA Disember/Januari yang akan dibuka dalam bulan Ogos/September ini. Jika masih tidak berjaya anda boleh mohon pengambilan Julai tahun depan pula.

  20. ann says:

    sy x smpat nak memohon ke ipta fasa 1 n fasa 2……msih ade pluang lg kerr????

  21. darkjiWang says:

    buleh nk tnye soalan x?

  22. alii says:

    saya dari lepasan Certified Accounting Technician (CAT) saya ingin tahu… universiti mana yg menawarkan degree, jika saya memohon dengan kelulusan CAT… dahulu UiTM menawarkan program dgree untuk lepasa CAT… tapi sekarang tidak lagi… give me some info plisss…

  23. nilam says:

    Ann,
    Pengambilan IPTA Sesi Disember masih ada yang belum ditutup.
    Anda boleh terus mencuba semasa pengambilan Julai nanti.

    Darkjiwang,
    Boleh…

    Alii,
    Saya tidak mempunyai maklumat tersebut.
    Walaupun begitu anda boleh cuba menyemaknya di laman web UPU bahagian Syarat Khas atau berhubung terus dengan Universiti yang berkenaan.

  24. boy says:

    sy bru nk 2lis spm…
    klw sy dh gagal….
    blh x sy mohon di mana2 kolej….
    mengambil course mekanikal atau automotif…
    klw ada pape emel di boy_umiera@yahoo.com

  25. boy says:

    hai blh tolng x…
    sy tkut la klw sy gagal spm…
    klw gagal…
    blh x sy msuk kolej amik course…
    mekanikal atau outomobil..
    klw pape emel di boy_umiera@yahoo.com boy_78634@yahoo.com
    rauf_umi@yahoo.com

  26. nilam says:

    Boy,
    Janganlah terlalu risau mengenai keputusan peperiksaan tetapi memberi fokus kepada peperiksaan yang akan anda hadapi. Cuba dapatkan keputusan yang terbaik kerana dengan keputusan yang baik anda akan mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan untuk melanjutkan pelajaran.

    Walaupun begitu andai kata keputusan SPM anda tidak memuaskan, tidak bermakna anda tidak boleh menyambung pelajaran cuma pilihannya terhad.

    Selepas SPM selain boleh memohon ke IPTA anda boleh juga memohon ke Tingkatan 6, Politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran MARA dan Kolej Komuniti.

  27. ateeha says:

    salam.
    sy merupakan spm holder 2007, n result sy moderate je..
    slps spm, sy menyambung pengajian ke UiTM dlm diploma p’akaunan.
    namun, krn tdk m’punyai asas n minat dlm bdang akaun, sy quit dr UiTM.
    skrg..sy sdg menuntut dlm bdang asasi undang2 di MMU…
    sbagaimana yg kita sume tahu..byrn kt IPTS neh agk ‘sakit’ kan..
    so, sy t’ingin nk apply utk program asasi di IPTA..
    pe yg mnimbulkan keraguan di benak sy skrg neh..adakah IPTA akan consider application dr SPM holder 2007 utk program asasi mereka…?hmm~ ;S
    plz…tQ~

  28. nilam says:

    Ateeha,
    Salam… Setahu saya Program Asasi hanya terbuka kepada pelajar SPM tahun semasa sahaja. Maknanya bagi pengambilan yang akan datang hanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM 2009 sahaja boleh memohon. Oleh itu lepasan SPM 2008 dan sebelumnya seperti anda perlu memohon program pengajian peringkat Diploma di IPTA.

  29. kampus bersekutu uitm cawangan afamosa melaka..
    tarikh permohonon untuk rayuanprogram uitm di kampus bersekutu uitm dilanjutkan sehingga 11 julai 2010.. sebarang pertanyaan blh hubungi sy di talian 017-6485408

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.