Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi

Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi

Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

FASA

  1. Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
    1. Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
    2. Fasa 2 – Pengemaskinian
  2. PENTING : Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.

KATEGORI

Permohonan lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi adalah dikategorikan seperti berikut;

  • Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
  • Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  • Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • Kategori J – Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Matrikulasi , PASUM dan Asasi 2010 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  2. Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
  4. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 13 Januari 2011
    • Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
  2. Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi Sesi 2011/2012.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 17 Januari 2011
    • Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan. Pusat Ujian MUnSyI bagi calon Asasi UiTM dan PASUM akan dimaklumkan kemudian.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

  1. Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 untuk UPU adalah 13 Januari 2011.
  2. Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 untuk USM adalah 17 Januari 2011.
  3. Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semestar 2.

MAKLUMAT

89 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi

  1. Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi | ePutra…

    Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke…

  2. Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi | ePutra…

    Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke…

  3. Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi | ePutra…

    Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke…

  4. salam.

    untuk lepasan dip ipt lain, bila pula yer?

    tq.

  5. salam..kalau apply utk both upu n usm,kita akn dpt slh satu je ke. cth,klau dh dpt twrn utk usm, upu 2 mmg kita dh x dpt ke.nm kita utk upu dh di blacklist ke??????ur kindness is highly appreciated… thnks

  6. kalau nak pohon pendidikan d usm mcm mana yer?

  7. salam, sy mmg sgt sgt perlukan kepastian, harap sesiapa dpt membantu, antara result usm n upu, which one will be announce first? n kalau kite dpt usm n dpt the first choice, dh tak boleh nk dpt upu dh ke? seriously need help with this, n one more, boleh ke nk batalkn permohonan usm?

    • Salam… keputusan USM akan diumumkan dahulu.
      Jika anda menerima tawaran USM, nama anda akan dikeluarkan daripada senarai pemohon UPU tetapi jika anda menolak nama anda akan kekal dalam senarai tetapi belum dijamin akan mendapat tawaran.

      • SALAM…bagaimana nak cancel permohonan le USM sebelum ianya diproses.dan adakah pasti lepas menolak tawaran dari USM…peluang untuk mendapat tempat di UPU lain tiada…sedangkan pelajar tersebut menddapat 4 flat…ingin kepastian.

  8. utk asasi UIA cam ner eh? memang x boleh pohon ke sbb xde sebut utk asasi UIA pn…

  9. salam, pointer tok sem 1 sye, 2.88 jew.ape course yg layak sye mohon.?
    tp, kalo boleh, saya nak apply tok biomedical eng..

  10. Salam… Shita boleh rujuk di Syarat Kemasukan untuk melihat program pengajian mana anda layak memohon

  11. Malaya supporter says:

    aku dapat 4.00 flat untuk sem 1 matrik..
    SEMUA A..
    nak ambik 2 degree boleh tak..
    satu medic satu dentist..
    MATRIKULASI NI KACANG JE..
    kalau aku tahu baik ambik A-level..

    • tahniah di atas kejayaan itu..
      semoga dpt menjadikan kejayaan itu sebagai benteng supaya tidak terlalu bangga
      sesungguhnya semua ilmu ini adalah milik DIA
      dlm sekelip mata sahaja semua kepandaian yang ada boleh ditarik balik
      kita hanyalah hamba yang cuba untuk menjadi yg terbaik untuk bertemu denganNya nanti

    • scharzwarn says:

      jangan berlagak sangat kalau dah dapat 4flat…orang lain dapat kputusan macam tu, tak pula berlagak tahap dewa mcam ko…

    • kalau dah pandai sngt tuh bukak la universiti sendiri..
      kat uganda

    • bersyukur la weyh..
      2 je aq nk ckap..

    • hmmm..4flat yer??bersyukurlah dengan ape yang kamu dapat, jangan terlalu takbur dengan ape yang kite dapat,,Allah tak suke org2 yang takbur ne,,,diingatkan langit itu tak selalu cerah taw,,

    • dari gaya tulisan ko bukan budak matrik..just a poser

  12. saya dah kat IPTA now, boleh tak nak applly upu ag?
    IPTA skunk ade masalah lah, rasa nak g UNI lain. boleh tak?

  13. Salam..permohonan untuk lepasan diploma bila pula?

  14. saya ingin bertanya: adakh sy blh tukar permohonan semua bidang yang dipilih semasa fasa 1 setelah fasa 2 dibuka kerana saya dngr2 citer x leh nk tukar bidang yang ada temu duga cnthnya medic??

  15. saya dh mohon usm.bleh x saya batalkn permohonan usm tu time fasa 2 nanti???

  16. saya dh mohon usm.bleh x saya batalkn permohonan usm tu time fasa 2 nanti???

  17. […] MUET Akhir Tahun 2010',''],['','Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, MUET 2011',''],['',' Permohonan Kemasukan Ke IPTA/USM Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi Fasa 1 ditutup pada 13 Januari 2011',''],['','Senarai Biasiswa',''],['','Tarikh Permohonan […]

  18. nk tny,, ble permohonan biasiswa mara or jpa nk buka??

  19. saya merupakan lepasan asasi 2010/2011.. nak tanya, masih ada peluang lagi ke untuk saya sambung belajar ke luar negara di bawah tajaan mara atau jpa?

  20. assalmualaikum,
    nk tanyer, kalau calon matrikulasi terlepas untuk mengisi keputusan MUET pada fasa 1, boleh x kita mengisinya pada fasa ke 2

  21. salam..nak tayer..
    biasiswa jpa untuk pidn and piln untuk lepasan matrikulasi biler bukak??

  22. terima kasih…maklumat anda sangat membantu..

  23. salam, nk tmpg tanya lau kite amik bidang yang ada temuduga sbg first choice kite, then kite xdpt temuduga mknenye kite xkn dpt la first choice kite 2 ek??

  24. bili biasiswa jpa buka?

  25. ape biasiswa bdak2 lepasan matrikulasi 2010/2011 bleh mhon yea??????

  26. Salam,
    Untuk lepasan diploma, ada ke permohonan fasa 2? Saya ingin menukar Uni yang dipohon…

    TQ

  27. Salam,
    Saya ingin menanya? untuk lepasan diploma, ada ke fasa 2? jika ada, sya ingin menukar Uni yang dipohon…

  28. fasa 2 lepasan matrikulasi ble?btl ke kne bwat sebelum pukul 12 malam ni????

  29. assalmualaikum..

    nk tny kalu kte dh x nk pohon usm bleh x??maksud nk kuar drpd snrai pemohonan kt usm….sy dpt 2.98 dn sy akaun student…rsenyerw probability tuk dpt universiti bape???errmmm…sy risau sgt nie….

  30. assalamualaikum,

    sy nk tnya, apa kelayakan utk mohon biasiswa mara,jpa dan lain2..??
    pastu dlm syarat khas kemasukan uni kt kpt tuh ada tnjk gred,so kita nk tgk gred sem 1 ker 2..?
    TQ..

  31. insan krdil says:

    salm,,nk tmpg tnye,,usm utk fasa 2 ni bleh tkr course ke x??
    knape sy tkr xmnjd yer,,
    course yg sy mntk ms fasa 1 dlu still ada

  32. salam. nak tanya sikit. saya nie pelajar lepasan matrikulasi kpm. saye ade hasrat nak memohon uia utk smbung plajaran dlm course engineering. lepas dah buat survey kt laman web uia, saye rase saye memenuhi semua syarat yang disenaraikan. tapi lepas tengok syarat khas gune laman web upu, die nyatekan course engineering hanye ditawarkan tok plajar lepasan asasi uitm. mne satu yg saye kne ikot nie & boleh x sbenarnye saye mhon uia? TQ

    • salam… fiz , did u mean to pursue degree @ uiam gombak aka d main camps? i think u better check it out directly wif uia… im xsure bout dis but i reccomend u to contact d dept directly regardin ds matter,u wld probably hav brighter chance..,if they insist, promote urself, convince them by showin ur interest ( + kne tnjk result matrix n muet la) , if u appeal thru upu , frankly it's a bit restricted( maybe).,if x mistaken enrol 4 dgree dlm bln 9 nie ..international students pn direct je diorang apply uiam for degree, kt cfs iium mne ad sgt foreigner… rmai je dak2 matric mcm u y nk try msk uia.. klu u tgk u lps syarat2 kt webpage uia tu, try la mnta direct..n myb ad interview…. n sorry im hindered to giv u such detail bout d applicaton since im an archi student..

      • 1 more thing u shld know is ,@ cfs iium, taking engineering course means u might b channeled either to engineering or ict….( depend on ur pointer la)…if rslt ok bley amek engin,,lau x pass minimum req, dept akn ltk student bwh ict kat main camps nanti.. u really need a very convincing yet undeniably acceptable reasons to pursue ur study @ d main camps bcoz u hav to compete wif d graduated engin students from cfs..( as i had said before, ur rslt wld help u a lot, n indicated whether u wld b accepted or x )

  33. takpe ke klau x isi fasa 2 upu???x sempt lah nk isi aritu….

  34. salam..nak tanye..saya ni lepasan spm tahun lepas..upu isi tapi tak dapat..wat rayuan pun tak dapat jugak..skarang sambung stpm..tp saya nak jugak sbenanye masuk ipta.saya dapat tahu nanti ade permohonan sekali lg untuk kemasukan bulan disember..camane ye carenya..??boleh tolong tak..

  35. saya bekas student matrik dan prnah masuk uni..tapi kena tedang dah..so boleh tak saya mohon ke ipta balik menggunakan result matrik saya dulu..saya dengar sijil matrik ni laku setahun je..boleh kea???

  36. salam. saya lepasan matrikulasi kpm 2010/2011 . saya tak dapat tawaran masuk U untuk ijazah pertama kerana saya salah isi borang upu, saya tak perasan yang saya ada klik pada ruang yang menyatakan saya tidak mahu sebarang tawaran selain daripada 8 pilihan yang saya mahu. mengikut result saya, saya dapat pointer keseluruhan 3.08 dan saya hanya memohon course yang saya layak, tetapi saya tak dapat tawaran mana-mana pun. saya sudah mengemukakan rayuan, dan keputusannya belum diketahui lagi. saya risau jika saya tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA. Jadi ape yg perlu saya buat sekarang? please help me.

  37. salam..saya lepasan matrikulasi…tapi saya tidak dapat tawaran ke ipta…rayuan saya pon tidak berjaya…ape yang saya perlu lakukan ??
    saya punye pointer cume 2.56 sahaje…saya buntu sekarang ny..

  38. salam.anak saya akan menduduki spm bulan depan.beliau sgt berminat utk melanjutkan pengajian di USM .boleh saya tahu apakah syaratnya?terimakasih

  39. strawberry says:

    salam..sy nak tanya something..sy student asasi uitm sekarang..n kalau boleh nak sgt smbung uia..tapi berdasarkan ape y sy taw..btol ke juz budak2 asasi uiam je y boleh smbung degree ke uia..y lain mmg xbole ek??

  40. saya pelajar spm 2011…nak mohon asasi…macam mana nak mohon??? mohon lepas result spm kluar ke????

  41. Salam. Boleh ke pelajar asasi uia pohon usm atau upu? Asasi uia ni under kategori mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.