Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010

Iklan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010 telah disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, New Sunday Times, The Sunday Star, Mingguan Metro, Daily Express, Utusan Sarawak dan Borneo Post pada 1 Februari 2009 lalu.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi. Dalam pelaksanaan dasar meritokrasi kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan 90% markah pencapaian akademik dan 10 % markah ko-kurikulum. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dimasukkan sebagai satu komponen yang diambil kira dalam pengiraan markah ko-kurikulum.

Pemohon berpeluang mengisi 8 pilihan program pengajian mengikut keutamaan dan wajib mengisi Pilihan 1 hingga Pilihan 4 program pengajian yang berbeza mengikut keutamaan. Pemohon digalakkan mengisi Pilihan 5 hingga 8 yang tidak sama.

Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan 3 kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan. Pemohon tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan kod program pengajian dalam pilihan selepas tarikh tutup permohonan atau setelah membuat pengemaskinian sebanyak tiga kali.

Kriteria Pemilihan

  • Pencapaian akademik
  • Pencapaian ko-kurikulum
  • Kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan keperluan syarat khas program pengajian.
  • Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan.
  • Lulus temuduga atau ujian kelayakan yang ditetapkan oleh pihak IPTA (jika ada).
  • Pilihan program pengajian mengikut keutamaan
  • Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA

Pengiraan Markah Ko-kurikulum
Markah penuh ko-kurikulum ialah 10 berdasarkan komponen berikut;

  • Sukan atau permainan
  • Pasukan Badan Beruniform
  • Kelab atau persatuan
  • PLKN

Pengiraan markah ko-kurikulum diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan markah PLKN pula diselaraskan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pengiraan Markah Akademik – Lepasan SPM
Markah penuh akademik ialah 120 berdasarkan lapan mata pelajaran sahaja; iaitu lima matapelajaran utama 90 markah dan tiga mata pelajaran terbaik yang lain 30 markah.

Markah akademik berdasarkan gred dan nilai seperti berikut;

Gred

Nilai

1A

18

2A

16

3B

14

4B

12

5C

10

6C

8

7D

6

8E

4

9G

0

Lima matapelajaran utama untuk aliran sains adalah;

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi atau salah satu daripada berikut; Pengajian Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal, Reka Cipta, Lulisan Kejuruteraan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Teknologi Maklumat, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Pengetahuan Sains Sukan.

Lima matapelajaran utama untuk aliran sastera adalah;

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam atau salah satu daripada berikut; Pengetahuan Moral, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah.

Pengiraan Markah Akademik – Lepasan STPM
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) atau Cumulative Grade Point Average digunakan dalam pengiraan markah bagi menyeragamkan kelayakan STPM dengan kelayakan Matrikulasi.

Penyata Gred dan Mata Nilai Gred adalah seperti berikut;

Gred

Nilai Mata Gred

A

4.00

A-

3.67

B+

3.33

B

3.00

B-

2.67

C+

2.33

C

2.00

C-

1.67

D+

1.33

D

1.00

F

0.00

 Kategori Lepasan SPM
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf boleh dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut :-

  • Kategori A
    Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2008 sahaja.
  • Kategori B
    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2006 atau 2007.
  • Kategori C
    Kategori ini terdiri dari pelajar yang menggunakan keputusan SPM tahun 2005 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA. 
  • Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan SPM 2006 dengan sijil ulangan SPM 2007 atau, SPM 2006 dengan sijil ulangan SPM 2008 atau, SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2008.

Kategori Lepasan STPM
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM, STAM atau setaraf pula boleh dibahagikan kepada empat bahagian seperti berikut :-

  • Lepasan STPM 2008 (Kategori A, S)
    Pemohon yang mengemukakan kelayakan STPM Tahun 2008 sebagai kelayakan masuk.
  • Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM (Kategori P, N, U, L, K)
    Pemohon yang mengemukakan kelayakan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi Akademik 2008/2009 sebagai kelayakan masuk.
  • Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
    Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2007 atau sebelumnya ; ATAU
    Pemohon lulusan Matrikulasi tahun 2007 atau sebelumnya ; ATAU
    Pemohon lulusan STAM tahun 2005 atau sebelumnya; ATAU
    Pemohon lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS; ATAU
    Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
  • Lepasan STAM Pemohon lepasan STAM Tahun 2008, 2007 atau 2006 sahaja.

Tarikh Tutup
Tarikh tutup mengisi e-borang permohonan adalah seperti berikut;

  • Lepasan SPM
    Kategori A : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM 2008 diumumkan
    Kategori B, C dan D : 3 Mac 2009
  • Lepasan STPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
  • Lepasan Matrikulasi KPM
    Fasa 1 : 17 Januari 2009
    Fasa 2 : Enam hari selepas keputusan peperiksaan Semestar Akhir Matrikulasi KPM.
  • Lepasan Diploma dan setaraf : 5 Februari 2009
  • Lepasan STAM : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM 2008 diumumkan

Semua permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2009/2010 adalah melalui melalui Aplikasi Dalam Talian. Permohonan secara dalam talian (online) boleh dibuat di laman web rasmi kemasukan ke IPTA mulai 3 Februari 2009 seperti berikut;

Maklumat lanjut yang lebih terperinci boleh didapati di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Lebih dikenali dengan singkatan BPKP dan UPU.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
115 Comments Post a Comment
  1. nilam says:

    Insan Alpa,
    Salam… saya syorkan anda berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 8884 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228 untuk memastikan samada ada boleh mendapatkan semula tawaran itu atau perlu membuat permohonan baru.

    Anim,
    Salam… Memang boleh kerana dalam borang permohonan itu anda boleh nyatakan tarikh anda akan menduduki MUET.

    Bakri,
    Salam… Memang ada, sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.
    Sebenarnya tidak mudah untuk menukar kursus kerana ia melibatkan kelayakan dan kekosongan tempat. Walaupun begitu memang tidak dinafikan jika kita tidak minat atau kurang kemahiran di dalam sesuatu mata pelajaran menyebabkan kita akan lemah dan ketinggalan di dalam pembelajarannya. Oleh itu sila pastikan minat anda dan cuba berbincang dengan pensyarah yang berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini.

    Shah,
    Jika keputusan anda sederhana, anda boleh cuba memohon politeknik, sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010. Selain itu anda juga boleh memohon IKM, IKBN atau Giat Mara. Di samping itu anda juga boleh cuba memohon pra diploma di UiTM.

    JJ,
    Salam… Saya tidak mempunyai maklumat mengenai perkara ini. Cuba hubungi universiti yang menganjurkan program pengajian tersebut untuk mendapatkan kepastian.

    Lily,
    Salam… Anda memang boleh memohon di bawah kategori C, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM.

    Shitanoor,
    Anda boleh berhubung terus dengan universiti yang ada menawarkan pengajian peringkat master dalam bidang berkenaan untuk mengetahui syarat kelayakan dan bila permohonan dibuka.

    Azhar,
    Salam… Memandangkan anda sekarang sedang bekerja anda perlu mengenal pastikan peluang dan pilihan yang ada untuk mencapai apa yang anda minat dan cita-citakan. Saya sebenarnya tidak pasti peluang tersebut, mungkin anda boleh merujuk dengan jabatan yang berkenaan untuk kepastian. Cuba tanyakan samada anda boleh cuti belajar atau seumpamanya.
    Selepas itu mungkin anda boleh memohon apa-apa kursus peringkat ijazah yang sesuai dengan kelayakan anda. Apabila telah mempunyai ijazah, anda boleh pula memohon Kursus Perguruaan Lepasan Ijazah.
    Dapatkan maklumat yang lengkap pilihan yang ada untuk anda menjadi seorang pendidik. Berasaskan maklumat dan pilihan tersebut buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan anda. Kita tentu merasa lebih seronok dan bersungguh jika melakukan pekerjaan yang kita minat.

    CryingAngel,
    Salam… Permohonan boleh dibuat di bawah kategori Diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf. Walaupun begitu permohonan untuk sesi Jun/Julai sudah ditutup.

    Mohammad Zuhail,
    Anda perlu berhubung dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

    Safwan93,
    Salam… Bagi lepasan SPM sila rujuk Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010.

    Jaz,
    Syarat am untuk layak memohon ke IPTA adalah lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain.

  2. farhana ismail says:

    salam ….sy pljar lpsan spm 2009 , cmne sy nk mhon kmsukan ke ipta/ipts bg sesi 2010 , sy amt bhrp soalan sy akan dbls , trma ksh krma sudi mbca soalan sy ….

  3. nilam says:

    Farhana,
    Salam… Bagi IPTA sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM dan bagi IPTS anda perlu berhubung terus dengan kolej atau universiti swasta yang berkenaan.

  4. Farizul says:

    mcm mne nk mohon PJJ kt politeknik….kt cnie..ad ssiapa yang tahu x…????plz,xplain…

  5. dayah_prince92 says:

    salam, sye nak tanya klu nak ambil bidang kejuruteraan awam dkat ‘U’ macam mana??sbb sye tak ambil fizik dan kimia??dri sekolah teknik..

  6. nurul says:

    salam, saya ingin bertanya adakah dengan mengikuti plkn
    dapat 10% dalam markah kokurikulum
    saya sangat keliru dan mngharapkan bantuan orang lain

  7. nurul says:

    adakah dgn mngikuti plkn kite akan dapat10%
    ???

  8. nilam says:

    Farizul,
    Boleh memohon terus melalui politeknik yang berkenaan sila rujuk Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010.

    Dayah Prince92,
    Salam… Bergantung kepada keputusan peperiksaan anda. Anda boleh melalui Matrikulasi Teknikal, Politeknik atau STPM.

    Nurul,
    Salam, saya difahamkan memang benar akan mendapatkan markah penuh tetapi saya tidak dapat mencari kenyataan rasmi mengenainya.

  9. nitaa says:

    hello there
    I would like to ask about hospitality field which is hotel management.
    if i take diploma course for hotel management and want to continue to degree in these same course at whereas can i take it.
    i mean in which ipta that provided this course else than uitm-sains perhotelan.
    thank you.

  10. ninth freedom says:

    saya mempunyai sijil kejuruteraan awam politeknik dan telah memohon untuk menyambung penggajian ke peringkat diploma politeknik.saya telah mendapat tawaran untuk menyambung penggajian saya di politeknik ungku omar dalam bidang seni bina tetapi saya lebih berminat untuk mempelajari bidang kejuruteraan awam.agaknya boleh tak saya tukar kurus saya ke kejuruteraan awam kembali?dan bagaimana caranya?

  11. CUTIESLILIES says:

    saya bekas pelajar dip Public Admin 2002, sekarang saya telah ditawarkan ke ijazah AM228 secara e-pjj. Saya dimaklumkan dapat membuat pindahan credit sebanyak 3 semester, bagaimana dengan gred yang boleh ditransfer?.. asalkan lulus shj or perlu ade grade tertentu shj. Bagaimana pula rakan saya yang merupaka lepasan dip acc tahun 2000. Bolehkah dari course acct jump ke part 3/4 seperti saya.

    untuk makluman kami akan melapor diri pada 20/6/2010 nanti.

    terima kasih

  12. sha says:

    salam,,sy nak tnye,sy ad kesilapan mengisi borang upu,,jd sy xdapat bidang dan ipta yg sy idamkan,,sy mendapat 5a dlan spm,tp sy msih buntu untuk memilih arah tuju untuk mnyambung blajar,sy bercadang untuk msuk politeknik,tapi sy risau kalau diploma di politeknik tidak bermakna,,kiranye,,orang tdak memandang diploma kita di politeknik,,adakah sebegitu???apakah yg harus sy lakukan sekarang untuk myambung belajar????adakah ipts merupakan langkah terakhir sy???

    • azhad says:

      Salam… anda masih boleh memohon pengambilan Disember 2010/Januari 2011 jika berminat untuk masuk universiti.
      Politeknik juga baik kerana ada memberi tumpuan kepada kemahiran. Janganlah memandang rendah kepada lepasan politeknik kerana ada ketikanya mereka yang pernah belajar di sini mendapat peluang yang lebih baik.
      Semuanya bergantung kepada kesungguhan dan minat anda.

  13. Hel says:

    APA SUBJEK2 YANG DIAMBIL DALAM PRA DIPLOMA SAINS UITM?

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.