Program Biasiswa Maybank ini akan memberi biasiswa penuh kepada para pelajar yang layak untuk belajar di mana-mana institut pengajian tinggi awam atau swasta di Malaysia. Biasiswa ini adalah untuk mereka yang baru mendapat keputusan SPM 2012.
Penerima biasiswa ini akan ditanggung sepenuhnya dari peringkat pengajian pra universiti sehingga ke peringkat ijazah yang merangkumi yuran pengajian, penginapan, komputer riba dan elaun. Mereka juga diberi latihan persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan sebelum diserap bekerja dengan Maybank.
Kelayakan Memohon
- Berumur tidak lebih dari 18 tahun.
- Memperolehi sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan SPM 2012 atau setaraf.
- Pendapatan keluarga tidak melebih RM120,000 setahun.
- Mempunyai pengalaman memimpin di dalam kegiatan ko-kurikulum.
- Mempunyai keinginan yang tinggi untuk kerjaya yang mencabar dan memuaskan selepas tamat pengajian.
- Pemohon bukan penerima mana-mana biasiswa atau tajaan dari mana-mana organisasi atau yayasan.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang diberi keutamaan adalah;
- Kejuruteraan
- IT
- Sistem Maklumat
- Matematik
- Syariah
- Fiqh
- LLB Syariah
- Ekonomi Islam
- Perakaunan
- Kewangan
- Sains Aktuari
- Perniagaan
- Pentadbiran Perniagaan
- Perdagangan
- Ekonomi
- Pengurusan Sumber Manusia
- Perhubungan Antarabangsa
- Undang-undang,
- Psikologi Organisasi / Sosial
- Jualan
- Pemasaran
- Statistik & Penyelidikan Operasi
Permohonan
- Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohoan Biasiswa Maybank 2013.
- Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar kepada:
Maybank Scholarship Award 2013,
Resourcing Centre,
Group Human Capital,
44th Floor, Menara Maybank,
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur
atau secara emel scholarship@maybank.com.my - Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi samada melalui emel atau/dan telefon.
Tarikh Tutup
Permohonan Biasiswa Maybank ini akan ditutup pada 31 Mac 2013.
Pertanyaan
Sila rujuk laman web Biasiswa Maybank.
Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan biasiswa ini sila hubungi pihak Maybank melalui saluran berikut;
- Telefon : 03 2070 8833 sambungan 3967 / 6995 / 8564
- Emel : scholarship@maybank.com.my
- Facebook : http://www.facebook.com/Maybank