Biasiswa Dalam Negara Yayasan Telekom Malaysia 2012

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam Negara.

Yayasan Telekom Malaysia

Kategori Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Biasiswa Pra Universiti / Program Alpha
  2. Biasiswa Diploma
  3. Biasiswa Ijazah Pertama

Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Peringkat Pra Universiti di Universiti Multimedia 
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 19 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya A dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 4 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  3. Peringkat Diploma
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 20 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya B dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  4. Peringkat Ijazah Pertama
    • Pelajar lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma atau kelayakan yang setaraf.
    • Berumur tidak melebihi 23 tahun.
    • Memperoleh keputusan yang cemerlang mengikut kursus yang dipohon.

Matapelajaran Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknologi (Elektrikal, Elektronik, Perhubungan, Telekomunikasi, Perisian, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan (Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Institusi Tajaan Yayasan TM

Pengajian Dalam Negara

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Multimedia College (MMC)
  3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Islam Antrabangsa (UIA)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  8. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  9. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  11. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  12. Universiti Malaya (UM)
  13. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  14. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM di Tawaran Biasiswa Yayasan TM
  • Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap pemohon.
  • Sila baca dengan teliti pilihan program yang disenaraikan dan buat pilihan yang bersesuaian.
  • Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Yayasan TM ini ditutup pada 8 April 2012.
  • Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Bengkel Pemilihan

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk menghadiri satu bengkel pemilihan.
  • Bengkel pemilihan akan diadakan dari 28 April 2012 sehingga 30 April 2012.

Ikatan Perjanjian

  • Semua pemegang biasiswa adalah terikat untuk berkhidmat dengan TM dan Anak Syarikat untuk suatu tempoh yang ditetapkan setelah tamat pengajian.
  • Sekiranya pelajar gagal untuk mematuhi syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian, maka pelajar dianggap telah melanggar perjanjian berkenaan dan dikehendaki membayar kembali segala perbelanjaan dan gantirugi yang ditanggung oleh Yayasan TM selama ini.
  • Sebarang perlanggaran kontrak Perjanjian Yayasan TM dan/atau TM akan diteruskan dengan tindakan undang-undang terhadap Penama/Peminjam dan Penjamin-Penjamin.

Maklumat

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia ini sila hubungi;

  • Penajaan
    • Norliana Yunos 03 – 2240 0635
    • Muhammad Nur Firdaus Bin Fuad 03 – 2240 1598
    • Ihsan Said 03 – 2240 1594
    • Ahmad Azlan Shah 03 – 2240 0293
    • Maslini Rehan 03 – 2241 5177
  • Masalah Teknikal/Sistem
    • Abdul Salam Musa 03 – 2240 1273
    • Noraini Mansor 03 – 2240 1744

Yayasan TM boleh juga dihubungi melalui Facebook Page.

5 thoughts on “Biasiswa Dalam Negara Yayasan Telekom Malaysia 2012

  1. Kepada semua pelajar n siswa/siswi yg layak. ..Rebutlah peluang ni…

  2. untuk pengajian islam/program ilmu wahyu di UIA layak ke nk apply?

  3. rozaime91 says:

    trima kasih utk info…cuba nasib

  4. biasiswa TM utk lepasan diploma 2012 bila dibuka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>