Biasiswa Luar Negara Maybank 2012

Program Biasiswa Maybank ini akan memberi biasiswa penuh kepada para pelajar yang layak untuk belajar di universiti luar negara. Biasiswa ini sesuai dipohon oleh mereka yang telah mendapat keputusan SPM 2011 tempohari.

Penerima biasiswa ini akan ditanggung sepenuhnya dari peringkat pengajian pra universiti sehingga ke peringkat ijazah yang merangkumi yuran pengajian, penginapan, komputer riba dan elaun. Mereka juga diberi latihan persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan sebelum diserap bekerja dengan Maybank.

Maybank

Kelayakan Memohon

  • Berumur tidak lebih dari 18 tahun.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan SPM atau setaraf.
  • Pendapatan keluarga tidak melebih RM120,000 setahun.
  • Mempunyai pengalaman memimpin di dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Mempunyai keinginan yang tinggi untuk kerjaya yang mencabar dan memuaskan selepas tamat pengajian.
  • Pemohon bukan penerima mana-mana biasiswa atau tajaan dari mana-mana organisasi atau yayasan.

Permohonan

Tarikh Tutup

Permohonan Biasiswa Maybank ini akan ditutup pada 22 April 2012.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan biasiswa ini sila hubungi pihak Maybank melalui saluran berikut;

Sebelum ini Permohonan Biasiswa Dalam Negara Maybank 2012 telah dibuka dalam bulan Februari lalu.

4 thoughts on “Biasiswa Luar Negara Maybank 2012

  1. […] Permohonan Biasiswa Luar Negara Maybank 2012 […]

  2. syakira94 says:

    bile kuar kptsn temuduga kplspm

  3. da kuar da..bleh cek..smge brjaya!

  4. nak tanye,bila nak tau keputusan panggilan temuduga maybank scholarship???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>