Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka tawaran Biasiswa Sukan 2013 kepada pelajar sekolah yang aktif dalam sukan. Biasiswa Sukan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Syarat Am
Para atlet pelajar perlu memenuhi syarat am ini sebelum boleh diberi pertimbangan untuk mendapat Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran;
- Warganegara Malaysia
- Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan, sekolah menengah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri
- Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan berkaitan dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat MSSM
- Keutamaan akan diberi kepada atlet pelajar yang terlibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
- Tidak menerima sebarang biasiswa daripada Agensi Kerajaan atau Bukan Kerajaan yang lain.
Permohonan
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013.
- Sila rujuk Panduan Kod Borang bagi membantu mengisi borang permohonan.
- Permohonan perlu mendapat pengesahan daripada Pengetua Sekolah.
- Borang yang telah lengkap diisi bersama salinan sijil-sijil sukan yang berkenaan hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Tarikh Tutup
- Borang permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013 perlu diserahkan ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri pada atau sebelum 31 Mac 2013.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Sukan ini boleh dirujuk dengan Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan.
- Boleh juga menghubungi Bahagian Sukan, KPM di talian telefon 03 8884 1002 / 1333 / 1347 atau faks 03 8888 6790.
mcm mana ya mahu dapat biasiswa ni 😉
mcm mne nk isi borang