Permohonan Program Pra U Sekolah Sukan KPM Sesi 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa mereka yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM sesi akademik 2013/2014. Pemohon dinasihatkan memahami semua syarat yang ditetapkan bagi memastikan kelayakan memohon dan permohonan tidak ditolak.

Syarat Am

  • Pemohon perlulah yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih (jika perlu).

Logo Sekolah Sukan Malaysia

Syarat Khas

Aliran Sains

  1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
  2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan

Aliran Sastera Ikhtisas

  1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
  2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia

Panduan Permohonan

  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan secara online dengan lengkap.
  • Borang tersebut perlu dicetak dan melengkapkan ruangan Ulasan Jurulatih, Ulasan Penolong Kanan Sukan, Perakauan dan Pengesahan secara manual.
  • Borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil hendaklah diposkan kepada;
    • Pengarah,
      Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,
      Kementerian Pelajaran Malaysia,
      Aras 1 dan 7, Blok E13, Parcel E,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62604 Putrajaya
      (U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)
  • Pemohon digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
  • Walaupun borang telah diposkan pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi anda tanpa had sebelum tarikh tutup permohonan tanpa perlu mengepos borang dan sijil sekali lagi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia ini ditutup pada 31 Mac 2013.
  • Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  • Permohonan yang tidak lengkap juga akan ditolak.

Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.