Permohonan Ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2009/2010

TERKINI : Permohonan Kemasukan Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM Sesi 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan calon yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia sesi 2009/2010.

Syarat Am

  • Calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.

Syarat Khas

Aliran Sains

  1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden
    dan
  2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan


Aliran Sastera Ikhtisas

  1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden
    dan
  2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia

Panduan Permohonan

  1. Calon perlu mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.
  2. Borang tersebut perlu dicetak dan melengkapkan ruangan Ulasan Jurulatih, Ulasan Penolong Kanan Sukan, Perakauan dan Pengesahan secara manual.
  3. Borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil hendaklah diposkan kepada;
    Pengarah
    Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    Aras 1 dan 7, Blok E13,
    Kompleks Kerajaan Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 W.P Putrajaya
    (U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)
  4. Pemohon digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
  5. Walaupun borang telah diposkan pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan tanpa perlu mengepos borang dan sijil sekali lagi.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan ditutup pada 30 April 2009.
  2. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Sila kunjungi laman web Permohonan Ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2009/2010 Kementerian Pelajaran untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci dan borang permohonan.

One thought on “Permohonan Ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2009/2010

  1. salam,dari sekolah sukan negeri bleh gak ke mohon… dri smk bukit nenas(ssn trngganu)