Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009

Majlis Amanah Rakyat(MARA) mempelawa Bumiputera, warganegara Malaysia yang berumur di antara 17 tahun hingga 40 tahun yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional(SPMV) untuk mengikuti Program Sijil Teknologi dan Sijil Kejuruteraan di Institut Kemahiran MARA(IKM).

Institut Kemahiran MARAKursus tahap sijil teknologi yang ditawarkan adalah Sijil Teknologi Maritim, Sijil Teknologi Pengiklanan & Rekabentuk Grafik, Sijil Teknologi Senibina, Sijil Teknologi Automotif, Sijil Teknologi Automotif Komersial, Sijil Teknologi Bangunan, Sijil Teknologi Mekanikal Penyelenggaraan Mesin, Sijil Teknologi Mekanikal Pembuatan, Sijil Teknologi Elektrik Domestik dan Industri, Sijil Teknologi Elektrik Kuasa, Sijil Teknologi Mekanikal Pemanasan, Pengudaraan, Penyamanan Udara dan Penyejukan, Sijil Teknologi Awam Lukisan Struktur, Sijil Teknologi Mekanikal Lukisan dan Rekabentuk, Sijil Teknologi Mekatronik, Sijil Teknologi Elektronik Industri, Sijil Teknologi Elektronik Instrumen, Sijil Teknologi Elektronik Komunikasi, Sijil Teknologi Komputer, Sijil Teknologi Bekalan Air dan Pembentungan, Sijil Teknologi Rekabentuk & Pembuatan Perabut, Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan, Sijil Teknologi Fabrikasi Logam, Sijil Teknologi Kimpalan, Sijil Teknologi Upholstri Industri dan Hiasan Dalaman, Sijil Teknologi Landskap, Sijil Teknologi Foundri dan Sijil Teknologi Elektro Penyaduran.

Manakala kursus tahap sijil kejuruteraan yang ditawarkan adalah Sijil Kejuruteraan Automotif, Sijil Kejuruteraan Maritim, Sijil Kejuruteraan Automotif Jentera Berat, Sijil Kejuruteraan Automotif Komersial, Sijil Kejuruteraan Bangunan, Sijil Kejuruteraan Elektrik Domestik dan Industri, Sijil Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Sijil Kejuruteraan Mekanikal Pemanasan, Pengudaraan, Penyamanan Udara dan Penyejukan, Sijil Kejuruteraan Elektronik Industri, Sijil Kejuruteraan Elektronik Instrumen, Sijil Kejuruteraan Elektronik Komunikasi, Sijil Kejuruteraan Komputer, Sijil Kejuruteraan Mekatronik, Sijil Kejuruteraan Awam Lukisan Struktur, Sijil Kejuruteraan Mekanikal Lukisan & Rekabentuk, Sijil Kejuruteraan Mekanikal Penyelenggaraan Mesin, Sijil Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan dan Sijil Senibina.

Di samping itu terdapat juga program pengajian berterusan bagi lepasan Sijil IKM. Dua kursus tahap sijil yang ditawarkan kepada lepasan Sijil IKM adalah Sijil Teknologi Elektrik Kuasa Penjaga Jentera-A4 dan Sijil Teknologi Multimedia (Animasi & Interaktif).

Manakala itu terdapat juga program usahasama di antara IKM dan UniKL-MIAT yang dijalankan di Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) bagi kursus Sijil Perakauan Profesional Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Udara.

Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web IKM Online. Tarikh tutup permohonan adalah 30 Oktober 2008.

Reblog this post [with Zemanta]

7 thoughts on “Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009

  1. perlu diperbaiki laman web ini agar lebih mudah di kemudian hari

  2. Yatie,
    Terima kasih, dari masa ke semasa blog ini akan dipertingkatkan. Sementara itu saya amat mengalu-alukan jika ada pembaca yang mempunyai cadangan bagaimana blog ini boleh diperbaiki.

  3. minta tolong bagaimana cara untuk mendaftar ke institut kemahiran mara

  4. para pemohon yang hendak memohon secara online menhadapi kesulitan,kerana para pemohon terpaksa bersusah-payah untuk mencari ruang pendaftaran.harap pihak pegurusan dapat memperbiki kelemahan ini.

  5. Faisal,
    Semoga pihak MARA memberi perhatian mengenai perkara ini.

  6. salam,
    Ada tak kursus mereka bentuk sistem pencegah kebakaran (mekanikal) seperti hose reel, hydrant dan sebagainya..