Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2009

TERKINI:

Para Bumiputera, Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 40 tahun yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) adalah dipelawa untuk mengikuti pengajian kemahiran teknikal peringkat sijil dan diploma di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) seluruh negara.

Pengambilan sesi Julai 2009 IKM dan KKTM telah pun mula dibuka mulai 15 Februari 2009. Bidang pengajian kemahiran teknikal yang ditawarkan adalah:

Peringkat Sijil

Peringkat Diploma

  • Mekanikal (Pembuatan)

  • Mekanikal (Services)

  • Automotif

  • Awam

  • Seni dan Rekabentuk

  • Elektrik

  • Elektronik
  • Mekanikal (Pembuatan)

  • Mekanikal (Services)

  • Automotif

  • Seni dan Rekabentuk

  • Elektrik

  • Elektronik


Kursus-kursus pengajian ini mengambil masa di antara 6 bulan sehingga ada yang 3 tahun. Semua pengajian tersebut adalah diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Di samping itu mengikuti pengajian di IKM atau KKTM tidak membebankan kerana yuran pengajiannya adalah percuma.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai 12 IKM dan 3 KKTM seperti berikut;

Institut Kemahiran MARA

Kolej Kemahiran Tinggi MARA

  1. IKM Lumut, Perak

  2. IKM Kuala Lumpur

  3. IKM Beseri, Perlis

  4. IKM Kuching, Sarawak

  5. IKM Johor Bahru, Johor

  6. IKM Pekan, Pahang

  7. IKM Alor Setar, Kedah

  8. IKM Besut, Terengganu

  9. IKM Kota Kinabalu, Sabah

  10. IKM Jasin, Melaka

  11. IKM Sungai Petani,Kedah

  12. IKM Sik, Kedah

  1. KKTM Petaling Jaya, Selangor

  2. KKTM Pasir Mas, Kelantan

  3. KKTM Balik Pulau, Pulau Pinang

Permohonan untuk ke IKM dan KKTM ini perlu dibuat secara online melalui laman web IKMONLINE.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada iklan tawaran serta laman web MARA di www.mara.gov.my dan www.ekemahiran.edu.my. Sementara itu jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3467 atau 3480.

Reblog this post [with Zemanta]

Related posts:

  1. Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009
  2. Politeknik Sesi Julai 2008
  3. Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2009/2010 Skim SPC

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , ,
Read 483 articles by

83 Comments

  1. angah says:

    kenapa susah nak isi borang online ikm mara ni, macam ada problem la masa lepas pilih kursus, tolong ajar macm mane?

  2. nilam says:

    Angah,
    Sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3467 atau 3480 untuk bantuan.

  3. jat_comfius says:

    mcm mane nak chek kemasukkan ke kktm????

    plsssss help

  4. nilam says:

    Jat_comfius,
    Sila semak di laman web MARA atau hubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3467 atau 3480 untuk bantuan.

  5. ridhuan says:

    bila kputusanpermohonan ke ikm & kktm nak keluar?????bleh tlg sentkan date dia kt email saya tak…..

  6. ridhuan says:

    knape prmohonan kemasukan ke kktm & ikm tiada dlam sistem????

  7. nilam says:

    Ridhuan,
    Buat masa ini MARA belum lagi membuat pengumuman mengenainya.

  8. mat sahey says:

    macam mana nak semak keputusan kemasukan ke ikm haa…??? da ade keluar ke blm..??? tlg tunjukn panduan…

  9. nilam says:

    Mat Sahey,
    Keputusan kemasukan ke IKM telah diumumkan dan boleh diketahui di Semakan Status Permohonan Ke IKM.

  10. awe says:

    samne nak cek kemasukan ikm sesi julai?

  11. nilam says:

    Awe,
    Sila rujuk laman web yang dinyatakan di atas.

  12. e-no91 says:

    camne nak daftar online?
    saye dah cuba byk kali tp xleh bukak pon……..

    tolong ye..TQ

  13. nilam says:

    E-no91,
    Pendaftaran dan permohonan untuk sesi Julai 2009 telah ditutup. Manakala untuk sesi Januari 2010 belum dibuka lagi.

  14. paly says:

    d0q,lu 0rg t0lg wa ley arq?
    wa nk cek dpt msuk ikm sesi
    julai nie,hurm,,,

  15. nomie says:

    urm…mcm maner nk tau kpts kmskn ikm???bler kua…t bleh tlg bgtau blh???

  16. nilam says:

    Paly dan Nomie,
    Keputusan kemasukan bagi sesi Julai 2009 telah diumumkan, sila rujuk laman web yang dinyatakan di atas.

  17. acap says:

    minta tolng..
    mcm mna sy nk isi scra online untk kmasukan ke ikm..??
    sy dah cri dah tp xjmpa..

  18. pelesitkota says:

    assalamualaikum…
    nak tanye,bila borang permohonan ke ikm sesi januari 2010 di buka ek?

  19. nilam says:

    Acap dan Pelesitkota,
    Salam… Permohonan untuk sesi Julai 2009 telah ditutup. Permohonan untuk sesi Januari 2010 pula dijangka akan dibuka dalam bulan September nanti.

  20. DIELA says:

    saye nak msaukakn adik saye ke ikm tapi dia tak da keputusan spm tp leapasan giat mara

  21. nilam says:

    Diela,
    Saya tidak pasti samada lepasan Giat MARA boleh memohon. Cuba semak kelayakan untuk memohon apabila pengambilan untuk sesi Januari 2010 dibuka dalam bulan September nanti.

  22. afifi says:

    aslammualaikum
    nk tnya mcm mna nk msk kktm
    sya dh daftar tp permohonan
    dipertimbangkan bley sya tau bla sya akn msk
    kktm sbb skrang sya xdak wat pew
    tlng blsh secepat mungkin

  23. nilam says:

    Afifi,
    Saya tidak mempunyai maklumat yang tepat, sila hubungi Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03-26915111 samb 3467/3480 atau faks 03-26914510 untuk kepastian.

  24. ira says:

    macm mane nak isi borang ikm plz tlg la

  25. meo says:

    mane borang pemohonan masuk ikm?da lame carik nie…x jumpe2..

  26. nis says:

    salam.saya nak tanya boleh tak buat pertukaran kursus sebelum memulakan pengajian di IKM sesi Julai ini.semasa membuat pemilihan kursus sebelum terdapat sedikit salah faham mengenai kursus jadi saya telah membuat kesilapan dalam memilih.harap maklum balas dari pihak ikm.

  27. nilam says:

    Ira dan Meo,
    Permohonan ke IKM untuk sesi Julai 2009 telah ditutup sebab itu tiada borang yang boleh diisi buat masa ini. Sila tunggu bila pemohonan untuk pengambilan Januari 2010 dibuka nanti kemungkinan dalam bulan Ogos/ September.

    Nis,
    Anda perlu berhubung terus dengan pihak IKM bagi membantu menyelesaikan masalah anda ini.

  28. mariam says:

    ble permohonan kktm untuk sesi januari 2010 akan dibuka yer?

  29. nilam says:

    Mariam,
    Biasanya dalam bulan Ogos/ September.

  30. SYABEEL says:

    Semasa pendaftaran di ikm nanti berapakah keseluruhan yuran dan lain2 perlu saya bayar.

  31. Wasabi says:

    Saya nak tanya sikit laa.. Adakah KPTM & KKTM sama ???

  32. -wanDEpET- says:

    tlog byk kn ag kktm….nie pon tok tlong orang melayu sendiri gak…best blaja di kktm…..masok lah!!!!!

  33. -wanDEpET- says:

    banyak kan lagi kktm supaya ramai bumiputera yang kekurangan wang dan mempunyai keputusan yang tidak baik,ada peluang untuk mereka belajar……masok lah kktm…best tau…

  34. ezaty says:

    camne nak tau keputusan rayuan ikm?please help me….

  35. nilam says:

    Syabeel,
    Setahu saya untuk IKM adalah RM 450.00 untuk yuran pendaftaran dan RM 350.00 untuk keperluan lain yang perlu dibeli pada hari pendaftaran. Tiada yuran pengajian yang perlu dijelaskan.

    Wasabi,
    Berbeza, KPTM adalah Kolej Poly-Tech MARA manakala KKTM adalah Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Sila rujuk Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Julai 2009 untuk melihat kursus berbeza yang ditawarkan.

    WanDepet,
    InsyaAllah akan lebih banyak KKTM disediakan di masa hadapan.

    Ezaty,
    Kalau tak silap saya anda boleh menyemak secara online di laman web MARA bila keputusan rayuan diumumkan.

  36. ain says:

    ble borang kemasukan kktm sesi ke2 dikeluarkan???

  37. nilam says:

    Ain,
    Pemohonan untuk pengambilan Januari 2010 dijangka akan dibuka dalam bulan Ogos/ September.

  38. eila says:

    bilakah keputusan rayuan ikm sesi julai 2009 akn keluar?

  39. fahmi says:

    kalau masih berkerja dlm kerajaan boleh ke mohon pjj kat ikm,saya ambil sijil dalam bidang eletronik kat pusat giat mara

  40. nilam says:

    Eila,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya. Harap jika ada pembaca lain mengetahuinya bolehlah berkongsi di sini.

    Fahmi,
    Setahu saya kursus di IKM semuanya dijalankan secara sepenuh masa tiada PJJ.

  41. saya TAKOYTTT.... says:

    ada sapa2 taw x
    permohonan intake ke2 bliek erkk???

  42. nilam says:

    Saya Takoyttt,
    Tidak pasti tetapi biasanya jika ada ialah selepas pelajar baru mendaftar.

  43. painmadara says:

    tumpang tnya…kt kktm balk pulau ade tawr advance diploma x..?

  44. nilam says:

    Painmadara,
    Saya tidak mempunyai maklumat tersebut, sila hubungi mereka di talian 04-8663670 / 5805 untuk bantuan.

  45. russ says:

    macamana nk semak keputusan peperiksaan semester ikm, bagaimana nk tahu kata laluannya?

  46. nilam says:

    Russ,
    Saya tidak pasti, sila hubungi terus cawangan IKM anda untuk maklumat lanjut.

  47. nana says:

    nk tnya ni,,
    antra kesemu ni..
    tmpat mna yg plg bagos?
    klau sy betul2 berminat nk amek diploma hotel@pelancongan..
    -ikm
    -kktm
    -kptm
    -kpm

  48. nilam says:

    Nana,
    Kalau tak silap saya cuma di KPTM ada kursus Diploma yang berkaitan dengan pelancongan.

  49. -nik- says:

    klu kite ade sijil ikm pastu nk apply kt kktm mcm mn ek?
    klu cam bm kte jz lulus tp sijil ikm ade,blh ke msuk kktm?
    selain kktm,tmpat pngajian mn lagi bawah mara?
    mcm mn nk apply?

  50. nilam says:

    -nik-,
    Sebagai lepasan IKM anda perlu mendapatkan borang permohonan khas yang boleh didapati di Pejabat MARA Negeri atau IKM yang berdekatan untuk memohon ke KKTM. Sila berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03-26915111 sambungan 3469 atau 3480 untuk maklumat lanjut.
    Anda boleh rujuk laman web Unit Pusat Institusi MARA untuk mengetahui tempat pengajian MARA.

  51. -nik- says:

    cmne nk buat biasiswa kt kktm???or pinjaman………

  52. nilam says:

    -nik-,
    Setahu saya yuran pengajian di KKTM ditanggung oleh pihak MARA jadi rasanya tidak perlu biasiswa atau pinjaman.

  53. arif says:

    mcm mane nk masuk ikm..??
    nk isi borang susah..!!!

  54. nilam says:

    Arif,
    Pengambilan yang berikutnya iaitu untuk sesi Januari 2010 belum dibuka lagi. Permohonon secara online boleh dibuat melalui https://online.mara.gov.my/ikmonline/

  55. nurul says:

    salam…
    saya berminat menjadi tenaga pengajar.xkisahla kktm ker,ikm ker…saya mempunyai ijazah kejuruteraan awam….
    macam mana saya nak pohon???bila permohonan dibuka…
    ada sesiapa tahu….tolong yer…

  56. nilam says:

    Nurul,
    Salam… Cuba hubungi Bahagian Sumber Manusia MARA, Tingkat 17 & 18, Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur atau telefon 03-26915111 sambungan 1812 atau faks 03-26913075 untuk maklumat lanjut.

  57. amran mamat says:

    salam….. bila borang IKM keluar

  58. nilam says:

    Amran Mamat,
    Salam… Bagi pengambilan yang akan datang iaitu Januari 2010, borang permohonan dijangka akan dibuka pada bulan September nanti. Maklumat permohonan boleh dirujuk di laman web https://online.mara.gov.my/ikmonline/

  59. -nik- says:

    kalau nk hantar borang permhonan kktm,msti gune alamt mara kl kan….blh tlg bagi tak alamatnye…

  60. nilam says:

    Nik,
    Permohonan KKTM boleh juga dibuat secara online di laman web http://online.mara.gov.my/ikmonline untuk peringkat sijil dan di http://online.mara.gov.my/upimonline untuk peringkat diploma.

    Alamatnya adalah;
    Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran), MARA
    Tingkat 20 & 21,
    Bangunan Medan MARA,
    No 21 Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur
    Tel: 603-26915111 samb 3472

  61. aziey says:

    saya ada sijil skm tahap 1&2 cadd mekanikal.saya nak sambung di adtec tapi tak tahu nak sambung ambik kos apa????..boleh tolong saya…..

  62. nilam says:

    Aziey,
    Saya sendiri tidak dapat memberi cadangan, saya syorkan anda berhubung terus dengan Puan Noorziha binti Mohd Kasirun, Pegawai Bimbingan & Kaunseling, Adtec Shah Alam di email : noorziha@adtecsa.gov.my atau di talian 03 5161 2622 sambungan 202 untuk mendapatkan nasihat.

  63. fazc says:

    askum..sy nk tnya..adakah yuran ikm dtnggung sepenuhnya mara?walaupun pada waktu pendaftaran?jd cuma perlu cuci kaki msk je la?mcm mn pula yuran yg dinyatakan bernilai 4++ dan 3++ itu?adakah perlu dibayar?

  64. alang says:

    asl sush sgt nak isi borg untuk januari 2010 ni….iiiiiiiiiisssssssssssshhhh…..saye xsaba nak blaja dah ni…….

  65. nilam says:

    Fazc,
    Salam…. Bagi pengajian di IKM yuran semester atau yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh MARA sepanjang tempoh anda belajar di situ. Para pelajar hanya perlu membayar sekali sahaja iaitu Yuran Pendaftaran RM450 dan membeli keperluan lain (anggaran RM350) semasa datang mendaftar ke IKM. Di samping itu jika layak, anda akan menerima elaun bulanan juga.

    Alang,
    Sabar….

  66. azriey says:

    bila pormohonan untuk kemasukan januari ni dibuka?

  67. nilam says:

    Azriey,
    Biasanya dalam bulan September nanti.

  68. intan says:

    bpe tarikh permohonan kemasukan sesi januari 2010?bls secepat mgkin yee.

  69. nilam says:

    Intan,
    Tarikh yang tepat saya tidak pasti tetapi biasanya dalam bulan September.

  70. Adan says:

    assalammualaikum

    nk tnye skit nie??untk pendaftaran 2010 dibuka bln brapa???cm ne nk apply untk lpasan spm 2009????????????????

  71. nilam says:

    Adan,
    Salam… IKM dan KKTM ada membuat pengambilan dua kali setahun. Biasanya permohonan akan dibuka dalam bulan Februari dan September. Bagi lepasan SPM 2009 anda boleh memohon terus selepas keputusan SPM diumumkan.

  72. zenol says:

    nak tnye ni..saya skarang dah ade SKM 2 Elektronik audio video dari IKBN…
    kalau sy nk sambung diploma elektronik di KKTM bleh x?

  73. nilam says:

    Zenol,
    Berdasarkan senarai Kelayakan Masuk tidak pula disebut tentang lepasan IKBN. Walaupun begitu sila hubungi MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3469/ 3480/ 3778 atau faks 03-2691 4510 / 1310 atau e-mel: upimikm@mara.gov.my untuk maklumat lanjut.

  74. azmira says:

    salam..nak tanya..saya pelajar spm 2008,dan belum ada apa-apa sijil lagi..kalau saya nak aply terus ke kktm boleh ke??ataupun kena ada sijil dahulu baru senang nak msuk??dan bila keputusan kemasukan ke kktm akn kuar??

  75. azmira says:

    bila keputusan kemasukan kktm akan diumumkan??

  76. nilam says:

    Azmira,
    Salam… Anda boleh memohon masuk ke KKTM dengan hanya menggunakan sijil SPM. Kursus yang anda boleh mohon bergantung kepada keputusan SPM, sila rujuk Syarat Kelayakan Masuk IKM/KKTM peringkat Diploma. Jika keputusan SPM kurang baik anda boleh memohon kursus peringkat sijil di IKM.
    Permohonan bagi kemasukan sesi Januari biasanya akan dibuka dalam bulan September.

  77. azmira says:

    saya dah aply dah untuk kemasukan jan 2010..saya ambik borang di pejabat mara..bila kputusan permohonan januari akan diumumkan??

  78. dhani says:

    salam,ada jaminan ke utk ambilan sesi januari 2010 ni???????

  79. nilam says:

    Azmira,
    Biasanya pada penghujung bulan November.

    Dhani,
    Salam… bergantung kepada jumlah pemohon dan kekosongan tempat yang ada.

  80. azmira says:

    salam..kenapa borang kktm intake januari 2010 blm keluar lagi?hanya boang ikm yang da keluar

  81. mal says:

    pendaftaran kemasukan kktm sesi jan 2010 belum lagi ker??biler??

  82. nilam says:

    Azmira dan Mal,
    Permohonan kemasukan sesi Januari 2010 bagi IKM sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IKM Sesi Januari 2010 dan untuk KKTM sila rujuk Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010.

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives