Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Julai 2012

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

JTM

ILJTM terdiri daripada:

  • 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
  • 7 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
  • Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 – 35 tahun

Syarat Minumum

  • Lepasan SPM/SPMV – memiliki SPM dengan lulus Bahasa Melayu; atau
  • Lepasan SKM – memiliki SKM Tahap 2/3/4; atau 
  • Lepasan ST – memiliki SKM Tahap 2/3 atau Sijil PW2

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon, sila rujuk Panduan Kemasukan Program Sijil dan Diploma & Diploma Lanjutan serta e-Panduan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

Kemudahan

  • Program Sijil – Penginapan, makan dan minum adalah percuma
  • Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran PTPTN
  • Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke ILJTM terbahagi kepada 2 cara;

  1. Untuk Lepasan SPM melalui UPU di Kemasukan Ke ILKA / TEVT-Politeknik.
  2. Untuk Lepasan SKM dan ST melalui ILJTM di Permohonan ILJTM.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Julai 2012 ini akan ditutup pada 2 April 2012.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan baca iklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;

  • Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my

5 thoughts on “Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Julai 2012

  1. asalamualaikum saya nk tnye mcm mana nak dftar sini tanpa menggunakan laman web upu

  2. salam..bile keputusan temuduga yang baru2 ni buat dkt jtm shah alam..? untuk pengambilan lepasan SKM sesi julai..sebab bkak web JTM.gov.my tak boleh2 pn..asyik selengara je..tolong plis..tq

    wasalam..

  3. muhd afiq says:

    bile lagi pengambilan baru untuk tahun 2013 ?

  4. salam . saya nak tanya , bila permohonan seterusnya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.