Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2012

Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM

Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;

    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
  • Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Matrikulasi

  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

Maklumat

23 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2012

  1. Henry anak adeng says:

    Misal kata saya brjaya masuk ke matrikulasi,dan ingin mendaftarkan diri….apakah saya mesti pergi ke kampus2 yang telah dttapkan walaupun saya dri sarawak?siapkah yg akan membiayai tiket penerbangan?apakah sya prlu trus tinggal d kampus smasa pndaftaran?tolong jawab soalan saya….tq…;-)

  2. kalo no pin hilang?

  3. MOHD FAIZAL BIN HASAN says:

    nk tnya la, klau mcm kita x smpat nk kemaskini permohonan mcm mna plak??? adakah sya lyak??? tlg jwab k.. tq

  4. betul ke kalau incase kita dapat matrik, kita takkan dapat upu? betul ke tu?

  5. surat tawaran nak dpt dari mana???

  6. apa perbezaan antara kolej mara dgn kolej matrikulasi? alhamdullilah, saya dapat kolej mara kuala nerang

  7. […] Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2012 […]

  8. katakanlah kalau lepas p matrik, kemudian tawaran p uitm sampai, kalau kita nak berhenti matrik kemudian masuk uitm boleh tak?

  9. bdk pelabuhan says:

    yuran pendaftaran tuh kene bayar camna weyh ?

  10. khaulah mahyudin says:

    salam. klau borang permohonan matrix secara online yang telah dcetak hilang..cmne nk bwat ea? dngar kate boleh cetak semula..tp nk cari kat web mane? harap beri respon (:

  11. nak tukar matrik boleh tak?

  12. […] jangan keliru dengan keputusan masuk Matrikulasi KPM yang telah diumumkan pada 25 April 2012 lalu oleh Kementerian Pelajaran. Tawaran untuk ke […]

  13. mohdshah says:

    klau keputusan ne layak x bwat rayuan matrix bm(B),BI(D),SEJ(A-),MAT(A-),ADMAT(B),PRINSIPAKAUN(B).PAI(B+),KIM(C),BIO(C),FZK(C)
    sy mohn perakaunan kat materx..pless reply

  14. […] rayuan untuk permohonan Program Matrikulasi KPM bagi mereka yang gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan untuk memasuki Kolej Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 pada penghujung Mac yang lalu dijangka boleh […]

  15. klau sya x print slip prmohonan matrik sya x bleh msuk matrik kew??tlg jwd….

  16. Kalau result saya bi A bm c+ math b+ addmath b phy b bio b chem c+ sej b ag b+ layak tak masuk matrikulasi and ambil aliran sains ? Reply please ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>