Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP Sesi Januari 2012

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi pengambilan Januari 2012.

Institut Kemahiran Baitulmal

Sesi Pengajian

Pelatih IKB akan mengikuti kelas amali dan teori sepenuh masa dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajian dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dari Januari hingga Jun manakala Semester Kedua dari Julai hingga Disember.

Pelatih IKB diwajibkan mengikuti kursus selama dua tahun (4 semester) dan wajib mengikuti latihan praktikal selama tiga hingga enam bulan mengikut keperluan kursus masing-masing.

Kursus Yang Ditawarkan

  • Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita/Lelaki (RFP)
  • Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)
  • Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
  • Seni Lukis dan Seni Reka (SSR)
  • Kejuruteraan Elektrik (KJE)

Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal

Kelayakan Umum

  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.

Kemudahan Yang Diberi

  • Elaun bulanan sebanyak RM350.00.
  • Yuran pengajian dan bahan mentah percuma.
  • Elaun tambang bas pergi dan balik dari rumah ke IKB (mereka yang tinggal di luar).
  • Kemudahan asrama lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.
  • Bengkel kemahiran dan bilik kuliah yang selesa.
  • Perpustakaan dan makmal komputer.
  • Kemudahan riadah dan rekreasi.
  • Dua pasang pakaian seragam disediakan.

Cara Memohon

  • Borang permohonan boleh didapati secara percuma seperti berikut :-
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke IKB beserta dengan dokumen sokongan yang telah disahkan.
  • Semua permohonan akan ditapis, senarai pendek akan dibuat menerusi temuduga. Biasanya temuduga akan diadakan mengikut zon iaitu zon tengah, zon selatan, zon pantai timur dan zon utara. 

Tarikh Tutup

  • Permohonan mengikuti kursus di IKB bagi pengambilan Januari 2012 ditutup pada 30 Ogos 2011.

Maklumat

78 thoughts on “Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP Sesi Januari 2012

  1. mohamadhakim94 says:

    slm

  2. salam.nk tny.. dekat borang ikb tu ada tulis "Sila sertakan salinan Borang EA/Borang J / Salinan slip gaji terkini ibu/bapa / penjaga / suami yang telah disahkan "…borang EA and Borang J tu borang apa ek? mak sy tak kerja, bapa lak dah xde.. so slip gaji pun xde…so sy xtaw nk serta kan borang pe…? TQ

    • salam… kalau mak tak kerja tak perlulah hantar borang2 tu…. tapi mungkin perlu pengesahan pendapatan keluarga

    • ahmad bariq says:

      saya nux tanya lha. .umur sye 17 tahun tapi saye nux sambong belajar dimana2 tempat sekali pon. .sye dah ada sijil skm tahap 1 dan 2 bahagian elektrikal

  3. salam..nk tny borang ea dan borang j 2 pe? borng ikb 2 ade minta borang 2…sy x fhm..tq

    • Salam…. borang EA tu penyata pendapatan yang dikeluarkan oleh majikan kpd pekerjanya.
      borang J pula penyata cukai pendapatan yg dikeluarkan oleh jabatan hasil dalam negeri

  4. salam,nak tanya xde ke borang tulis secara on9?

  5. salam.. klu parent da takde,caner na apply ye??.. skg sy juz kerja partime je, bole bwa slip gji je ke?? or na apa-apa lg??

  6. rozainah binti amron says:

    Salam ..nk tnya,bgaimna maw ambl brang ne?ble ka sya mlalui on9 je untk mgisi brang ne???

    • salam… borang blh diambil dgn datang sendiri atau dimuat turun. borang xblh isi secara online ttp kena hantar ke alamat yg disebut di atas

  7. salam .. bile lagi ye tawaran permohonan dibuka ??

  8. setahun sekali aje

  9. macam mane nk dpt kn borang kemasukkan 2012 ?
    online ada tak ?

  10. asmikum..saya nak tanye la..klau borng temuduge 2 dh lpas bleh ke sy dtang lagi tmuduge 2??

  11. SALAM..
    saya nak mohon untuk kemasukan bulan january boleh tak saya xthu pngambilan bulan january 2012 borg keluar bln ogos jd saya boleh bt rayuan x?

  12. salam…sye nak tnye status kemasukan 2012…bila boleh tahu ek?? sbb nye sye ada dapat tawaran ke tempat lain tp sye berminat sgt2 ke ikb

  13. nurul fasihah says:

    salam saya dah terlambat untuk mengisi borang pengambilan 2012, nak tanya adakah institut baitulmal ne ada sesi ke dua untuk 2012…

  14. assalamualaikum…sy nak tanya berkaitan tarikh lapor sesi 2012 la….tarikh sebenar bila? sbb dalam surat cakap 27/12 tp bila sy cll ikb cakap 26/12..keliru jadinya

  15. assalamualaikum…sye nak tnye tentang kemasukan 2012 la…sy ada terima surat dari pihak ikb utk melapor pada 27/12 tp bila sye cll ikb dia cakap 26/12…sy keliru tarikh sebenar.

  16. salam,saya nk tnya tntang srat kemasukan IKBN nie..mcm mne nk dptknnye secara download..bleh bg sy laman wed tu..tq salam

  17. salam…nak tnye…kemasukan cme blan januari saje ke…kemasukan untuk bulan seterus x de ke…kalw bleh sye nak mohon…

  18. fauziah abd latif says:

    assalamualikum n slam sjhtra, sya mmhn utk mndpt msuk dlm pmhnan trsbut, sya mhn sngt2 spya dpt prmhnan nie.

  19. assalamualaikum dan salam sejahtera sya nak tnya, tarikh pendaftaran bgi sesi 2012 selain buln january bila ye??

  20. salam..saya nak apply masuk kat sni..mcm mane nak apply?

  21. salam….sy nak tny klau surat beranak xde xpe ke.

  22. salam…….sya nk tny klu xde srat b'rank mcm ne

  23. salam..sy nk memohan untuk kemasukan ikb… ade sesiape tahu x cara2 untuk kemasukan? untuk sesi 2012?

  24. salam..sy nak mohon untuk kemasukan ke ikb..intake terbaru bulan 8 nanti ke?

  25. salam. da x kemasukan ikb bulan 8

  26. salam.. sy nk tnye,borang untuk kemasukan ikb bulan 8 2012 ni ade kan? lapstu bulan bape start blajanye?

  27. salam..selalunya temuduga bulan berapa ye?

  28. sabariah says:

    Assalamualaikum,,,,,saya mahu tanya ,,,bila buka kemasukan tahun 2013,,,,,

  29. salam nk tyep bln ogos ad ambil bljr ke….??da blh wt phnan ke skrg….??

  30. Muhammad says:

    Assalammualaikum…!saya nak tanya kalau saya masuk di IKB ..makan dan minum ditanggung atau sendiri..! :)

  31. afizul afiz says:

    salam admin nak tanya sikit permohonan istitut baitumal ni biler buka hari pendaftaran….

  32. salam admin nak tanya sikit permohonan istitut baitumal ni biler buka hari pendaftaran….

  33. arepiz1994 says:

    salam admin nak tanya sikit permohonan istitut baitumal ni biler buka hari pendaftarannya untuk bulan 8 ni

  34. mcm mna nak dpt kan borang . nak muat turun xxbleh .

  35. salam.. sy mahu bertanya. macm mane nak isi borang secara online?

  36. assalamualaikum..sy x leh nk download borang skrg..knp ye

  37. salam .. kat ikb nie ade kursus bakery tak??

  38. salam..sya nk tnye klu sy nk ambik bahagian elektrik..
    mmg kna lulus matematik kew..?

  39. salam..sy nk tnya..nk ambil borang kat ne..

  40. mcm mne nk tau kita dapat atau tidak permohonan kemasukan kita….??

  41. kalau dapat surat tawaran, kira dapatlah tu! kalau tak dapat apa apa, serupa tak dapatlah tu! mohon lain untuk tahun 2014 lak. macam tulah kalau nak tahu sama ada dapat atau tidak

  42. salam,,sye nk tnye permohonan bgi baitulmal skurg2 nyer brpe krdit yg die mntk n llus subjek apa..sye ambil spm thun lpas 2012 n insyaallah buln 3 niy result spm akn d umum kn…hrap akak 0r abg bri krjasama ats permintaan sye ini…trme ksih…….

  43. sya nak tau adakah org oku pekak seperti sya boleh belajar di IKB

  44. Nor Hajimah Hashim says:

    Assalamualaikum..Ank sya SPM 2012 n skrg kt PLKN sesi ke 2,tamat latihn hujung bln 6.Bila pengmbilan seterusnya?

  45. Rosemarie says:

    Bg yg married boleh ke msuk ikb ni. Dn sy nk mohon utk 2014. Ble boleh pos borg??

  46. salam, bila bukak pemohonan ni yerr ??

  47. mohammad ridzuan says:

    ble nk bukak permohonan 2014…

    dh lame tunggu ny..

  48. assalammualaikum .. sye nak tnye permohonan bleh buat melalui online tak untuk 2014

  49. salam. 2014 punya borang tak ada ke??

  50. Salam. Tumpang lalu. untuk daftar yang baru bulan berapa yee boleh isi borang?

  51. salam nak tnye sye ade sijil penyimpanan kira bahagian akaun politeknik kk..bole x sye smbg kt cne n skranye bole brpa tahun yer???

  52. nurshuhada atikah says:

    assalamualaikum … saya nak tnye .. mcm mane nak dapt borang ke institut baitulmal 2014..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>