Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi pengambilan Januari 2013.
Pengajian IKB
Pelatih IKB akan mengikuti kelas amali dan teori sepenuh masa dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajian dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dari Januari hingga Jun manakala Semester Kedua dari Julai hingga Disember.
Pelatih IKB diwajibkan mengikuti kursus selama dua tahun (4 semester) dan wajib mengikuti latihan praktikal selama tiga hingga enam bulan mengikut keperluan kursus masing-masing.
Kursus Yang Ditawarkan
- Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita/Lelaki (RFP)
- Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)
- Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
- Seni Lukis dan Seni Reka (SSR)
- Kejuruteraan Elektrik (KJE)
Kelayakan Umum
- Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
- Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
- Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
- Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
- Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
- Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
- Terbuka kepada lelaki dan wanita.
- Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.
Kemudahan Yang Diberi
- Elaun bulanan sebanyak RM350.00.
- Yuran pengajian dan bahan mentah percuma.
- Elaun tambang bas pergi dan balik dari rumah ke IKB (mereka yang tinggal di luar).
- Kemudahan asrama lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.
- Bengkel kemahiran dan bilik kuliah yang selesa.
- Perpustakaan dan makmal komputer.
- Kemudahan riadah dan rekreasi.
- Dua pasang pakaian seragam disediakan.
Cara Memohon
- Borang permohonan boleh didapati secara percuma seperti berikut :-
- Datang mengambil sendiri di IKB, atau
- Muat turun di laman web MAIWP (Borang Permohonan)
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke IKB beserta dengan dokumen sokongan yang telah disahkan.
Tarikh Tutup
- Permohonan mengikuti kursus di IKB bagi pengambilan Januari 2013 ditutup pada 30 Ogos 2012.
Temuduga
- Semua permohonan akan ditapis, senarai pendek akan dibuat menerusi temuduga. Biasanya temuduga akan diadakan mengikut zon iaitu zon tengah, zon selatan, zon pantai timur dan zon utara.
- Temuduga dijangka akan diadakan dalam bulan Oktober 2012.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal sesi Januari 2013 dijangka akan diumumkan pada awal bulan Disember 2012.
Maklumat
- Sila rujuk laman web Institut Kemahiran Baitulmal untuk maklumat lanjut.
- Alamat surat menyurat IKB adalah seperti berikut : Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
- Sila rujuk laman web MAIWP atau hubungi IKB di talian 03 92830385 / 0386 / 0198 atau faks 03 9281 1387 atau emel [email protected] jika terdapat sebarang pertanyaan







[...] Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP Sesi Januari 2013 [...]
boleh hantar lagi ke borang permohonan dalam minggu ini walaupun tarikh permohonan telah pun ditutup kerana saya baru mengetahuinya pada minggu lepas.
boleh ke hanta borang ag..tp dah lewat nie…
bila
lagi permohanan bru akan dibuka
sy nk msuk..plezz
bla lagi permohonan akan dibuka
bila pengambilan ikb selepas januari 2013
boleh mohon lagi ke?saya betul berminat nak masuk ikb
assalamualaikum…bila permohonan dibuka lagi bagi sesi seterusnya..saya terlambat mohon…
salam..bile permohonan bru dibuka..
boleh mohon x lagi… saya baru je tahu..betol2 minat
mcm mana cara nk mohon n nk dpt kn borang permohonan untuk menyertai ikb sesi 2013?
SAYA NAK MASUK..MCM MNA NAK AMBIL BORANG SESI 2013?
salam ?? ingin bertanya .. .mcm mne untuk sy mengisi borng pemohonan baitulmal sesi 2013 ?? melalui online?
salam,
maaf nak tanya bila dapat tahu keputusan kemasukan januari 2013?
harap dapat maklum balas dari pihak tuan/puan, terima kasih.
keputusan pengambilan ikb januari 2013 bila? saya harap boleh balas.
pndftaran mseh dibka tak utk bln1 nie..arap blas
macam mana pemohon yang berada diluar kawasan boleh dapat borang……
tarikh buka . permohonan bila . ya dan tarikh pengambilan pelajar baru 2013
boley x saye na mohon tanpe pakai no pin ?? saye tatau na buat mcm mane .
tarikh buka… permohonan bila… yea dan tarikh pengambila pelajar baru 2013…