Permohonan Ke Institusi Pendidikan MARA Sesi Januari 2013

Permohonan ke KPM, KKTM, IKM, GMI, UniKL, KPTM, KM Sesi Januari 2013

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2013.

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

Unit Pusat Institusi MARA

  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Kolej MARA (KM)

Program Pengajian

KOLEJ PROFESIONAL MARA

  • Program Intensif Persediaan (PIP), pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Pra Diploma, Diploma, Foundation & Higher National Diploma (F&HND)

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah

KOLEJ POLY-TECH MARA

  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Profesional

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan dan Teknologi

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan dan Teknologi

GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE

  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Diploma

KOLEJ MARA

  • Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk Syarat Kelayakan Memohon.

Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑

  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
  • Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
  • Pemohon lepasan SPM dan STPM.
  • Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf

Kriteria Pemilihan

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑

  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

Tajaan Pengajian

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK) yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan secara atas talian ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Januari 2013 ditutup pada 23 Oktober 2012.

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja.
  • Sila rujuk iklan Permohonan IPMa dan laman web Unit Pusat Institusi MARA untuk maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :
    • Kolej Profesional MARA
      Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
      Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
      Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 4077
      Tel: 03-2613 2000 samb 39010 / 39011
      Faks: 03-2691 0636
      e-mel: upim@mara.gov.my
      Laman web : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

    • Universiti Kuala Lumpur
      Bahagian Hal Ehwal Akademik
      1016, Jalan Sultan Ismail,
      50250 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2175 4000
      Faks: 03-2175 4001
      e-mel: enquiries@unikl.edu.my
      Laman web : www.unikl.edu.my dan www.admission.unikl.edu.my

    • Kolej Poly-Tech MARA
      Bahagian Pemasaran Korporat
      Jalan 6/91,
      Taman Shamelin Perkasa, Cheras,
      56100 Kuala Lumpur
      Tel: 03-9285 6033 / 9281 0762
      Faks: 03-9281 7491
      e-mel: marketing@kptm.edu.my
      Laman web : www.kptm.edu.my

    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
      Institut Kemahiran MARA

      Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
      Tingkat 20 & 21,
      Ibu Pejabat MARA
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4605 / 4612
      Faks: 03-2691 4510
      e-mel: upimikm@mara.gov.my
      Laman web : http://www.ikm.edu.my/

    • German-Malaysian Institute
      Jalan Ilmiah,
      Taman Universiti,
      43000 Kajang,
      Selangor
      Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288
      Faks: 03-8921 9001
      e-mel: enquirygmi@gmail.com
      Laman web : www.gmi.edu.my

16 thoughts on “Permohonan Ke Institusi Pendidikan MARA Sesi Januari 2013

  1. Permohonan dip KPTM tak bukak lagi ke? Asal tak boleh isi? Dia ckp itu just utk sarjana muda. Help me please.

  2. Niza Salleh says:

    Bilakah permohonan ke tingkatan 1 ke mrsm akan dibuka?

  3. bila tarikh result kktm ?

  4. bila keputusan permohonan kktm sesi jan 2013 keluar yea , tq 😀

  5. fikrijohari says:

    bila keputusan kpm sesi januari 2012 diumumkan ?

  6. bila keputusan kemasukan kpm sesi januari 2013 diumumkan ?

  7. bile tarikh prmohonan kemasukan ke kpm? untuk 2013

  8. […] Permohonan Ke Institusi Pendidikan MARA Sesi Januari 2013 […]

  9. salam sy nk tnya..kalu lepasan kolej komuniti blh ke mohon?…kalu boleh nk bile no pink itu lpsan kolj komuniti or spm??

  10. bila permohonan ak di buka tok julai 2013

  11. knapa xbleh isi borg tue.. klau isi asyik ckp kata laluan salah.

  12. macam mne hendak memohon ke kptm??tlong sye??tlong add sye miss_luna_benz95@yahoo.com sekian tq

  13. ada x kemasukan untuk bulan november bg kpm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.