Permohonan Terbuka Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Julai 2009

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Julai 2009.

Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;

  1. Kolej Profesional MARA (KPM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. German-Malaysian Institute (GMI)
  4. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Sebenarnya Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Julai 2009 telah dbuka pada bulan Mac dan telah pun ditutup pada 20 April 2009.

Walaupun begitu memandangkan terdapat kekosongan beberapa kursus di 4 buah Institut Pendidikan MARA yang dinyatakan di atas, MARA telah membuka semula permohonan.

Cara Memohon

Datang sendiri di pejabat MARA pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Pejabat MARA Negeri Kelantan
    Tingkat 3, Kompleks MARA, Jalan Dato’ Pati, 15000 Kelantan
    Tel: 09-7482 091 / 7483 806 / 7443 806

    Tarikh: 15 Jun 2009
    Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang

  2. Pejabat MARA Negeri Kedah
    Aras Bawah, Plaza Alor Setar, Jalan Stesyen, Off Jalan Langgar, 05000 Alor Setar, Kedah
    Tel: 04-7352 361 / 7313 060 / 7335 780

    Tarikh: 17 Jun 2009
    Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang

  3. Pejabat MARA Wilayah Persekutuan
    Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2691 5111 (samb 3435, 3744, 3745, 3746)

    Tarikh: 18 Jun 2009
    Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang

Calon-calon dikehendaki membawa bersama:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan slip keputusan / sijil SPM
  3. Salinan sijil kelahiran pemohon
  4. Salinan sijil kelahiran ibu / bapa
  5. Semua salinan dokumen ini hendaklah disahkan terlebih dahulu.
  6. Wang tunai RM250 untuk bayaran pengesahan terima tawaran (bagi calon yang berjaya mendapat tawaran terus).

Sila hubungi Pejabat MARA yang dinyatakan di atas untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

Related posts:

  1. Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Julai 2009
  2. Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009
  3. Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2009
  4. Karnival Pendidikan MARA 2009
  5. Keputusan Biasiswa MARA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , , , ,
Read 485 articles by

Comments are closed

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives