Permohonan Rayuan UPU Kemasukan IPTA 2014 Lepasan STPM Dan Setaraf

Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf yang gagal mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2014/2015 setelah menyemak keputusan permohonan boleh membuat rayuan. 

Permohonan Rayuan UPU

Kelayakan Membuat Rayuan UPU

  • Calon mesti ada membuat permohonan kemasukan ke IPTA bagi sessi akademik 2014/2015.
  • Calon gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA bagi sesi akademik 2014/2015.
  • Pemohon yang telah BERJAYA ditawarkan ke program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA TIDAK DIBENARKAN untuk mengemukakan permohonan e-Rayuan.

Sebab Gagal Mendapat Tawaran UPU

Di antara sebab-sebab pemohon gagal mendapat tawaran adalah:

  • Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT.
  • Tidak memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian.
  • Permohonan yang tidak lengkap.
  • Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan.
  • Memohon program luar bidang aliran.
  • Tidak Tekan butang ‘Sah & Hantar’ semasa permohonan.
  • Pemohon sedang belajar.
  • Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan (Kategori Diploma Setaraf).

Permohonan Rayuan UPU

  • Mereka yang ingin membuat rayuan disaran untuk memastikan kelulusan benar-benar memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Bagi membuat semakan sila rujuk di Semakan Syarat Khas Kemasukan Program IPTA.
  • Permohonan e-Rayuan boleh dibuat di Aplikasi e-Rayuan UPU.
  • Pihak Kementerian Pendidikan tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan ke IPTA. Permohonan rayuan hanya di aplikasi e-Rayuan UPU.

Tempoh Rayuan UPU

  • Calon yang gagal mendapat tawaran dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Permohonan e-Rayuan ke IPTA ini dibuka mulai 12 Ogos sehingga 22 Ogos 2014.

Keputusan Rayuan UPU

  • Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 dijangka akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan September 2014.
  • Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu.
  • Tawaran adalah muktamad.
  • Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September 2014, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

Permohonan Rayuan Ke USM

Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan rayuan ini sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767, Helpline 03 8870 6777, Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

9 thoughts on “Permohonan Rayuan UPU Kemasukan IPTA 2014 Lepasan STPM Dan Setaraf

  1. saya dapat umk .. kampus jeli kos sn gunaan (agrotech) tapi jauh daripada tempat tggal saya ,, dan parents pun berat hati , so kalau nak tukar universiti lain boleh ke ? or saya buat rayuan or saya tnggu kemasukan yg lain walaupun lambat .. mohon sangt kerjasama sb tgah pening pikir ..

  2. salam saya nak tanya bagi pihak saudara saya. Dia ialah lepasan matrikulasi sesi 2012 dan berjaya ke ipta unimap tapi telah GB sekarang dia ingin menegemukakan rayuan semula untuk ke ipta. bagaimana kah caranya ?

  3. slm…sye x pnh buat rayuan..sye lpsn spm 2007…mcm mne sye nk apply msk ke giatmara or kolej ye??

  4. salam sejahtera pihak berkuasa saya lepasan matrukulasi pahang tahun 2014 dalam keputusan rayuan ke IPTA masih tidak berjaya kenapa? jJurusan perakaunan pointer saya 2.46

  5. ZAINI MOHD YUSSOF says:

    Semasa membuat rayuan tempoh hari keputusan MUET anak saya tidak keluar lagi dan saya dia cuma lampirkan slip untuk menduduki peperiksaan tersebut. Result MUET keluar seminggu selepas rayuan kemasukkan ke UPU lepasan Diploma setaraf.

    Bolehkah boleh menghantar result MUET tersebut dan adakah permohonan tersebut di petimbangkan dan adakah beliau boleh menghubungi pihak Universiti dan menghantar keputusan MUET tersebut.

  6. fannajuwita says:

    salam , saya lepasan matrik tahun 2013/2014 , saya sudah membuat rayuan utk ke IPTA tetapi masih tidak berjaya .. kenapa ye ?? hurmm :'( saya jurusan perakaunan pointer 2.87 .. sekarang saya menunggu keputusan utk ambilan uitm sesi mac 2015 . ada lgi tak mana2 IPT yang boleh saya mohon ??

  7. Pelajar yg tak dapat upu boleh belajar di Lincoln University College
    Mayang Plaza, Block A, No 1 Jln SS26/2, Tmn Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya
    Selangor. Kami berikan hostel dan trasport percuma sepanjang kursus pembelajaran.
    Sesiapa yg berminat sila telefon saya:- Leon (012 7071903).
    Kursus-kursus Diploma and Pra-University. Hanya perlu membayar pendaftaran sahaja RM250.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.