Semakan Keputusan Permohonan UPU Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan STPM Dan Setaraf

TERKINI : baruKeputusan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Sesi Akademik 2010/2011.

Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2010/2011 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 18 Jun 2010 pukul 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Keputusan Permohonan Ke USM

  • Semakan keputusan ini tidak melibatkan calon yang telah mengesahkan menerima tawaran USM yang diumumkan pada 29 Mei lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.
  • Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 24 Jun 2010.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.
  • Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya. Walaupun begitu tidak semua IPTA akan berbuat demikian.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang berkenaan mulai 19 Jun 2010. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Permohonan Rayuan

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah 28 Jun 2010.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu ketiga bulan Julai. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , , , , , , Read 322 articles by Azhad Nilam
162 Comments Post a Comment
  1. nyap!!! says:

    salam…sye nk mintak pndgn korg semue.sy dpt kos CHEMICAL ENGINEERING tp sy x tau ape2 ttg kos tu.cerah x peluang pekerjaan?sape2 tlg reply msg nie….

  2. naz says:

    alhamdulilah sekolah sye 55 drpd 114org dpt ipta

  3. cahaya_bulan says:

    alhamdullilah..sy dpm umk,kelantan..kos sy minat, sins bio..2nd choice.. :)

  4. ingin tahu says:

    ad tk sape2 lepasaan stpm dapat kos akaun..brape pointer yg diperlukan..
    saya ingin menduduki stpm pada tahun ini..tp exam slalu dpt 2.8.

  5. Nira R says:

    Tao x bl intke ntk e rayuan ni? Mksdny klu dpt bl kte akn msuk u ni

  6. gadis sarawak says:

    saya dapat uitm kelantan dalam ijazah p.perniagaan….tapi saya tak pergi…mcam mane nie ?????saya mahu belajar,tapi kelantan tue terlalu jauh…ibu dah ayah saya sudah tua ,saya berkeberatan mniggalkan mereka…saya dari sarawak…bantu la saya….kalau saya tak terima uitm nie??rugi ka???boleh kah saya mintak dec intak??unimas ada dec intak ka????tolong………………………..

  7. w8i says:

    Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu ketiga bulan Julai… x sama seperti tahun lepas ke??? pada 10 julai??? ini bermakna kita akan masuk pada dec intake??? no!!!!!!!!

  8. w8i says:

    bole x sesiapa di sini bole beritahu saya calon-calon rayuan akan masuk U bila????kerana karang nak cari part time job pun susah.. aduh!!!!

  9. josh says:

    kenapa sahabat ku yang lain dapat..maksud saya kwn2 yang result die bole tahan…saya yang result ok x dpt.adakah faktor salah pilih kursus???/
    tell me please..

  10. Aiman Hasyim says:

    Salam…kwn saya dpt CGPA 1.97 d matrikulasi..dia tlah mmbuat permohonan rayuan untuk kemasukan d UMS..adakah permohonan dia boleh diterima atau ditolak?

  11. Kyle says:

    Saya pilih kursus[Sejarah] yang tidak popular,tetapi tidak kena pilih IPTA,apa masalah nya?saya rasa tiada kaitan dgn pemilihan kursus….

    • Abg_BOb says:

      Ramai yg silap faham kursus bidang sastera tidak popular dan hanya perlukan pointer rendah. Tetapi apa yg berlaku adalah sebaliknya kerana permintaan terhadap kursus-kursus sastera di IPTA cemerlang sgt tinggi. Selalunya pointer 3.5 ke atas saja yg ada peluang

    • Abg_Bob says:

      Sapa kata sejarah tak popular? Kursus2 bidang sastera sebenarnya sgt tinggi saingan sebab ramai budak2 yg pointer tinggi minta. Jika kita pointer rendah, memang susah nak dpt.

  12. w8i says:

    guys, kemungkinan maklumat yg kita bagi tu tak tepat sebab tu tak dapat mana-mana U??…semasa membuat rayuan saya mendapati maklumat muet saya tu silap…. pada muet yg pertama saya dapat band 3, kali kedua band 4…. tapi semasa saya mengisi borang tersebut saya letak band 4 tapi angka giliran itu saya letak yg band 3 punya iaitu angka giliran peperiksaan muet pertama saya… mungkin sebab ni saya tak dpt… nasib baik saya sedar akan mslah tersebut dan sempat membuat pembetulan… hope bole dpt kali ini… XD… gud luck to all of u out there…

  13. nurul says:

    tarikh result rayuan bila yer?? plez sape2 yg taw

  14. Cherry_15 says:

    Salam Satu Malaysia..Saya ada satu pertanyaan.Bilakah keputusan rayuan utk lepasan SPTM/Setaraf dikeluarkan.. Orientasi pon dah habis .. Please reply..saya mahu bagi kata putus pada majikan.

  15. Cherry says:

    Salam Satu Malaysia..Saya ada satu pertanyaan.Bilakah keputusan rayuan utk lepasan SPTM/Setaraf dikeluarkan.. Orientasi pon dah habis .. Please reply..saya mahu bagi kata putus pada majikan.

  16. pelam says:

    result keluar 21 julai…

  17. Abg_Bob says:

    Sekadar nak kongsi pengetahuan. Kebanyakan yg x dpt tempat tu berpunca drp silap pilih kursus. Contohnya, pointer rendah tp mintak kat IPTA cemerlang yg dah tentu saingan tinggi. Ada pulak tu yg mintak kursus yg dia tak layak (tak lepasi syarat minimum), Ada juga yg tak amek pot pasal keputusan SPM sedangkan syarat ada nyatakan kelulusan SPM yg diwajibkan.
    Yang paling malang, contohnya dia dpt 3.60 minta semua medic tapi media biasanya nak 4.00. Lepas tu tarokk tak setuju terima kursus lain, jadi dia x kan dpt mana2 tempat la…

  18. Abg_Bob says:

    Maaf nak tambah sikit. Pada masa akan dtg, jika ada sedara mara atau adik beradik yg nak apply IPTA, sila baca syarat am dan syarat khas dengan teliti. Jika tidak layak, jgn sekali-kali minta sebab dah confirm akan rugi 1 pilihan dah. Jangan sekali-kali 'nak test market'…
    Jika result hanya cukup makan, mintalah IPTA bukan cemerlang sebab di IPTA cemerlang, saingan amat tinggi.
    Sila pilih SETUJU ditawarkan kursus lain jika kursus yg dipohon tidak berjaya. Harap maklumat ini dpt membantu anda semua.

  19. pelam says:

    saya setuju ngan abang bob…… sebab saya tgk yang xdapat byk tersilap pilih u… kepada pelajar poli, unimap utem ump uthm ok untuk pelajar kejuruteraan… jgn terlalu memilih u yang hebat2 coz byk yang bersaing… keutamaan akan diberikan kepada pelajar matrik dan stpm

    • Cherry says:

      yer..saya juga bekas pelajar politeknik (kejuruteraan) menjadi pilihan pertama mendapat cgpa 3.84 tetapi tidak mendapat tempat..kecewa..

      • Abg_Bob says:

        Mungkin ini boleh menjadi pengajaran kpd semua.
        1. Bila anda tamat poli (bila dpt transkrip penuh?)
        2. Kursus apa yg dipohon di IPTA
        3. Ada MUET?
        4. Result maths & BI SPM brp?

        • Cherry says:

          * Abg_Bob

          1.saya tamat poli Disember 2009, muet band 3,keputusan BM 2A & BI 4B
          2. kawan saya cgpa 2.9 berjaya dapat tawaran
          3. saya harap keputusan rayuan nanti mendatangkan berita yg gembira bagi sy.

          • Abg_Bob says:

            Kebiasaannya, cut of points bagi IPTA cemerlang agak tinggi untuk lepasan diploma ini (Contohnya 3.50 ke atas). Jika kita hanya disekitar 3.3 dan memohon kelapan-lapan pilihan di IPTA tersebut, peluang amat tips.

            Rakan anda mungkin berjaya mendapat tempat kerana ada memohon di IPTA yang tidak mensyaratkan CGPA 3.00 ke atas. Sila maklum, ada IPTA yang mesti CGPA 3.00 ke atas

        • Cherry says:

          Jika gagal juga semasa pemilihan rayuan kali ini.. saya bercadang ingin membuat permohonan baru utk in-take Disember. Bilakah ia dibuka?

          • Abg_Bob says:

            UiTM confirm ada intake Disember dan selalunya iklan pada Ogos atau September. Rajin-rajin la buka web IPTA yang lain.

      • Abg_Bob says:

        Jika benar anda 3.84 & tak dpt tempat, agak menghairankan. Mungkin ada sesuatu yg menyebabkan anda tidak ditawarkan sebarang tempat.. Boleh tinggalkan nama anda (Cukup sekadar nama tanpa bin atau binti) dan tarikh lahir anda?

      • pelam says:

        agak menghairankan… baru abis ka??? untuk memasuki u, memerlukan tanskrip…. muet mesti dah ambil…. penghantaran dokumen yang xlengkap boleh mengakibat seseorang pelajar ditolak.. mintak u mana tu?

        • Bunga says:

          Ya,,saya juga gagal dalam pemilihan lepas dan memang kecewa.

          saya bekas pelajar poli dan memilih UTHM sebagai Universiti utama.. tapi tidak mendapat tempat di sana..

          saya berharap sangat mendapat tempat di UTHM yg menjadi impian saya selama ini.

  20. Abg_Bob says:

    Sekadar memberi pandangan…. Semasa isi e-rayuan, sepatutnya jgn pilih lagi 8 pilihan yang kita tak dapat sebelum ni kerana sudah jelas kita tidak melepasi cut of points yang ditetapkan. Contoh, kita mohon lagi HA15 dgn hanya CGPA 3.11 sedangkan cut of pointsnya sudah tentu lebih tinggi drp apa yang kita ada (contohnya 3.25)
    Langkah terbaik, sila pilih kursus yang kita tidak mohon sebelum ini.

    • insan lemah says:

      ye ke?sy tgk jgk syrt2 die mse aply tu..
      ums pon saingan tggi jgk ye?

      • Abg_Bob says:

        UMS dan lain-lain IPTA Cemerlang saingan agak tinggi bagi kursus sastera seperti Psikologi, Sejarah atau Komunikasi

    • Azwan Azlan says:

      halamak ,gua da pilih yg sma da .
      ados .harap2 kena la pilihan gua.
      gua syak btol la ckp lu abg bob.
      cmne ni .
      uhuhuh

  21. mya says:

    salam.,.,.,
    cane nk tgk sesi kemasukan bulan disember t ea??

  22. ati says:

    sapa tau bila keputusan rayuan kuar tuk lepasan stpm setaraf?

  23. kyle says:

    abg bob..saya memenuhi syarat am dan khas,tapi x kena ipta..pa hal?saya pilih kos sejarah..UMS

  24. kyle says:

    ABG BOB..saya memenuhi syarat am dan khas tapi x dpt ipta…UMS KOS sejarah

  25. kyle says:

    saya memenuhi syarat am dan khas knp x kena ipta?ums kos sejarah

  26. Cherry says:

    Penantian satu penyiksaan :(

  27. Result kuar 12pm 21.Julai.2010…

  28. Result 12pm 21.Julai.2010…..

  29. Chiencalock says:

    bila keputtusan rayuan kua???x sbar da ni..

  30. lyn says:

    camne nk cetak tawaran dr umk??;….erm

  31. shah says:

    hai abg bob… sy pn senasib gak ngan bebudk yg gagal dptkn tmpt d ipta.. sy
    pelik gak npe mmbr2 sy yg len bjye dpt tmpt sdgkn pointr sy lbi tnggi drpd mreke? sy pohn kt ums tuk smua 8 plihan 2.. dh pohn ryuan tpi resultnya tetp sma…result stp sy x tnggi 1b,3c+… muet band 3,spm 1a1,2a2,1b3,4b4,1d7… sy dh belek bnyk kali syrt am dn syrt khusus tuk kos yg sy dh plih 2 dn smuanya lyak tuk sy tpi msi gagl jgak? ble tlg bg pndpt x?

  32. Abg_Bob says:

    semasa 1st intake, adakah anda mohon kursus yg sama dgn rakan anda? Adakah anda hantar transkrip kpd semua ipta yg ada mohon?

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.