Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2014/2015

Semakan keputusan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2014/2015 boleh dibuat mulai 12 Ogos 2014. Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke USM sudah boleh membuat semakan keputusan mereka.

Keputusan Permohonan USM 2014

Semakan Keputusan USM

  • Semakan keputusan permohonan ke USM boleh dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
  • Pemohon perlu Log In dengan menggunakan Nombor Rujukan Permohonan.
  • Hebahan melalui sms juga dibuat kepada calon yang berjaya.

Pengesahan Penerimaan Tawaran

  • Mereka yang berjaya perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan ke USM.
  • Pengesahan ini perlu dibuat sebelum 20 Ogos 2014.

Permohonan Rayuan USM

  • Calon yang tidak berjaya tetapi masih berminat untuk mengikuti pengajian di USM boleh mengemukakan permohonan rayuan..
  • Setiap calon yang merayu dibenarkan memilih maksimum dua program pengajian kecuali program pengajian yang melibatkan temuduga.
  • Rayuan hanya terbuka kepada calon-calon yang memohon ke USM tetapi tidak mendapat tempat.
  • Semua kes rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat.
  • Rayuan dalam talian ini boleh dibuat mulai 12 Ogos sehingga 20 Ogos 2014.

Keputusan Permohonan UPU

Pertanyaan

  • Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Talian Khas USM akan dibuka dari hari Isnin – Jumaat sahaja.

3 thoughts on “Keputusan Permohonan USM Sidang Akademik 2014/2015

  1. bile ka keputusan rayuan akan di keluarkan?

  2. Hello,I would like to ask , when is the date for the announcement of the result of rayuan for the stpm leaver?

  3. stress student says:

    Bila keputusan rayuan USM 2014/2015 dapat disemak???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.