TERKINI : Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009
Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2009.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
Maklumat lanjut mengenai program atau bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh iklan disiarkan. Kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon perlulah dibaca dan difahami sebelum membuat permohonan.
Syarat-Syarat Umum
- Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2008;
- Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:
– Bahasa Melayu;
– Sejarah; dan
– Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan; - Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor
- Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga 27 Mac 2009.
- Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
- Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 18 Mac 2009
Temuduga
- Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009
- Keputusan panggilan temuduga MARA : 27 Mac 2009
- Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31 Mac hingga 3 April 2009.
- Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
Masalah Teknikal
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-88853559.
- Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.
Pertanyaan
- JPA
Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my - MARA
Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my.
Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.
[…] Maklumat lanjut mengenai PILN 2009 sila rujuk Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara 2009 Lepasan SPM 2008. […]
Assalamualaikum. Boleh bagi tak soalan yang akan or kemungkinan ditanya time interview nanti? Please. Interview 16 April ni. Btw, ni interview MARA.
Muhammad,
Waalaikumsalam… saya tidak pernah menghadiri temuduga ini jadi tidak dapat memberi sebarang maklumat. Di harap sesiapa yang mempunyai pengalaman menghadiri temuduga MARA @ JPA ini dapat berkongsi cerita di sini.
agk2 dlm beribu owg yg g intrview 2,mara nk bpe owg?
assalammualaikum.. sy nak cadangkan supaya diwujudkan ruangan forum di ePutra.bolehla nanti para pelawat web ni berkongsi pandangan dan pengalaman.ehm, lagi satu saya harap ada sesiapa yg dapat berkkongsi pengalaman temuduga PILN MARA ?????? coz sy nak pegi temu duga 13 april ni..please..thanx everybody!
sy nk tnya mcm mne nk buat rayuan sekiranya permohonan (piln) sebelum ini di tidak diterima.
ade sape2 x ley share pengalaman temuduga dengan mara?
soalan2 pe y t org mara akan tanye?
really need dis i4mation.temuduga 15/4 nie..
plizz…
1 more thing ade sape2 tau tip cm ne nk wat esei mara 2?
tlg ea sape2 yang de tips nk wat esei 2..plz
Is it true that priorities are given to MRSM students for MARA Scholarship???
And I was wondering how is the interview conducted???Plz share your experience with us…This whole things is driving me crazy…
nh antr penglmn mrk2 yg dah gi intrvw MARA…N FIY, dis candid8 is currently doing his medic in russia(if im not mistaken…) yg pasti, intrvw MARA lbh mn-chuak-kn coz intrvw nh akn d-conduct scr perseorangan x cam JPA yg lbh kpd discussion or deb8.ope diz can help anyone huhuhuhu……..
OK berbalik kepada topik asal, berikut antara nasihat dan panduan saya kepada antum. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh je yg lain nak baca untuk pengetahuan tambahan.
1 – BAWA KELAINAN
Mesti ramai tengah chuak sekarang, apa benda yang nak dipersediakan?? Secara frantically, it’s all depend on what course are you planning to enroll. Contohnya, bidang medic. Of course la you all kena prepare soalan-soalan berbentuk medik untuk ditanya.
Satu tips penting untuk anda semua, cuba fikirkan untuk membawa satu kelainan dalam temuduga anda nanti. Kelainan yang saya maksudkan bukanlah dari segi pakaian mahupun tingkahlaku (dua menda ni adalah ETIKA ketika ditemuduga, fail pakaian@tingkahlaku, fail lah temuduga anda). Kelainan tersebut adalah apa yang membezakan anda dengan calon-calon lain.
Sebagai contoh, saya dahulu interview untuk program Medic Russia. Maka satu kelainan yang saya tonjolkan, adalah dengan menghafal maklumat mengenai negara Russia! Benar, tak tipu! Saya ketika itu mengetahui tentang sejarah penubuhan soviet, tokoh2 russian federation hatta topography negara tersebut!
Satu lagi kelainan yang saya bawa ketika interview saya tu, adalah mengenai bidang medic. Untuk pengetahuan semua, medic bukanlah pilihan utama saya. Engineering menjadi first choice saya dalam borang ketika itu. So, kena la satu soalan maut dalam interview itu, “Awak tulis dalam ni first choice awak engineering. Kenapa awak rasa kami patut beri kepada anda biasiswa untuk medic pula?”
Apabila kena soalan maut, jangan cepat panik. Diam dahulu, berfikir jawapan yang paling sesuai, yang tidak menampakkan kelemahan ataupun kebodohan kita. Antara jawapan yang bodoh untuk soalan sebegini “Entah..saya tak tahu.” “Eh, tak terfikir la pulak” “Saya berserah je. Kalau dapat medic, saya jadi doctor. Kalau dapat engineering, saya jadi engineer”. Etc etc.
So jawapan yang saya beri ketika interview saya dahulu adalah,
“Saya mempunyai matlamat jangka masa panjang saya sendiri. Saya sebenarnya ingin menceburkan diri dalam sebuah bidang sains yang baru iaitu nanoteknologi. Memandangkan bidang ini masih baru sangat, maka saya merasakan adalah lebih sesuai saya menjadikan sama ada bidang medic atau engineering sebagai batu loncatan, memandangkan kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam bidang nano tersebut.”
Lihat, satu lagi kelainan saya bawa ketika di interview.
2 – SIKAP DAN TINGKAHLAKU
Anda kena ingat, tujuan interview sebenarnya adalah bukan untuk anda calon, tetapi untuk para penemuduga. Interview merupakan satu kaedah yang digunakan pihak penaja untuk menilai anda. Sekiranya penaja beranggapan mereka nak ambil pelajar yang terbaik mengikut keputusan SPM, maka sudah tentu habis semua tempat pengajian diborong oleh belasan ribu pelajar 11 dan 10A~!
So the point is, penemuduga yang akan evaluate anda. Secara total. Dan segalanya bermula dari langkah pertama anda di dalam bilik penemuduga lagi.
Macam saya bagitau kat atas tu, PAKAIAN dan TINGKAHLAKU adalah sebahagian dari syarat sah temuduga. Tak lulus benda ni, terbatallah temuduga anda (bukan secara literal ye..)
Pakaian – cam biasa untuk lelaki, pakai kemeja dan/atau berkot. Orang pernah warning, tengok interviewer camne. Kalau interviewer pakai kot, then pakai kot gak. Kalau dia tak pakai kot, jangan lawan tokey. Saya tak tahu la betul ke tak, tapi time saya dulu saya berkot, n salah seorang penemuduga saya pakai t-shirt biasa je… Agak-agak apa la yg saya kena pakai sepatutnya ek kalau camni?
Justeru, ikut penilaian masing-masing. Tapi mestilah menampakkan karisma yang tinggi, imej yang kemas dan penampilan yang mampu membawa satu macam keyakinan di mata interviewer.
Ni adalah tatatertib yang saya cadangkan. Terpulang pada masing2 untuk modify.
Di luar bilik temuduga, ketuk sebelum masuk. Tunggu sekejap sampai arahan masuk diberi, baru masuk. Kalau arahan tak diberi, jangan gatal ketuk lagi kuat. Ketuk sekali lagi cam biasa.
Dah bukak pintu, berhenti sejenak di muka pintu, pandang dan senyum (dengan ikhlasnya) kepada interviewer. Beri salam kepada interviewer muslim dan/atau ucap selamat kepada yg bukan muslim. Duduk hanya apabila disuruh duduk. Sesudah duduk, jangan alihkan kerusi yang diletak. Ada sesetengah keadaan, kerusi diletak sejauh satu meter dari meja penemuduga, agar mereka boleh melihat segenap pelusuk diri dan perbuatan anda. Jangan letak fail@portfolio anda di atas meja diorang, letakkan di atas riba anda dan duduklah seperti pengantin… dan interview anda pun bermula.
Antara yang pantang dibuat pula adalah,
– berlagak samseng. Sungguhpun kalau benar la anda ketua samseng di kampung@mrsm anda, tak payahla berlagak samseng kat depan interviewer. Anggaplah anda ni khadam yang hina..hehe. Beri salam dengan penuh sopan santun, langkah yang lembut, dan senyumlah selalu…
– merendah2kan soalan interviewer. “Ala…senang je nih..” “Dah agak dah soalan ni..”
– mempersoalkan kebijaksanaan interviewer. “Encik tahu kan, sekarang ni kalau kat matriks nak jadi doctor kena dapat 4 flat?” Macam la dia tak tahu. Ayat yang lebih sesuai “Sepertimana yang diketahui, bagi meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran dari peringkat matriks…blablabla”
– merasuah interviewer. of course tak boleh…..
3 – KETIKA INTERVIEW
Saya percaya soalan pertama yang akan ditanya oleh interviewer adalah: “Tell me about yourself”. Kira memang soalan skema la nih. Tetapi, jangan anda bagi jawapan yang skema gak! Diorang interviewer dah bosan dengan jawapan2 skema ni!!
Macam saya kata awal2 tu, bawa kelainan. Instead of jawapan anda “Saya dilahirkan di kedah. Ayah saya seorang pegawai. Saya ada 4 orang adik beradik. etc. etc.”, cuba ubah sket sintaks ayat anda tu. Jangan guna banyak sangat nada@tone sedih untuk meraih simpati, sebaliknya guna ayat2 yang mempromote diri anda. contoh ayat yang saya gunakan dulu,
“menjadi Biro Kebudayaan BWP ketika di mrsm dahulu sedikit sebanyak mendedahkan diri saya ke arah kepimpinan professional. Sungguhpun ketika itu saya turut terlibat dalam posisi lain, seperti Presiden Kelab Catur, Setiausaha Persatuan Silat Gayung dan sebagainya, saya mampu membahagikan masa saya dengan efisien. Ini terbukti dengan keputusan peperiksaan saya yang sentiasa konsisten”
Kan lagi best dari “Saya pernah menjawat jawatan BWP, Pres Kelab Catur, S/U Silat…”
Ketika diinterview, anda akan dapati interviewer akan cuba membuat eye contact dengan anda. Jangan elak eye contact! Eye contact adalah antara methode yang digunakan penilai untuk menilai anda. Kalau anda sendiri tidak mahu dinilai, bagaimana diorang nak evaluate awak! Sebaliknya, lihat kembali dalam mata diorang. Bukannya tenung seorang, tapi bergilir-gilir la…karang dia ingat awak ada dendam dengan dia pulak.
Antara masa yang dibolehkan untuk anda ‘masuk bakul, angkat sendiri’, adalah ketika diinterview. Tapi anda harus ingat, terlalu banyak kelebihan diri anda yang anda tonjolkan secara tak langsung mendedahkan lebih banyak kelemahan anda! Sebagai contoh, antara dialog ketika interview saya dulu adalah,
“Medic ni bukan bidang yang mudah. Anda kena study je…korbankan masa lapang awak, waktu bersosial awak dan sebagainya. Apa pandangan awak?”
“Saya sangat produktif apabila bekerja bersendirian. Dengan cara itu, saya mampu menumpukan sepenuh fokus saya kepada study saya. Sepanjang pengajian saya di MRSM juga, saya jarang bersosial melainkan dengan mereka yang betul-betul rapat dengan saya.” – saya blur ketika ini, so inilah jawapan merapu yang saya bagi…
“Tapi awak kena ingat, menjadi doktor juga memerlukan anda untuk bersosial. Anda akan mengubati pelbagai jenis pesakit, yang anda suka, yang anda benci. Bagaimana anda nak emerge dalam masyarakat kalau anda tak suka bersosial?” – soalan maut, death trap question.
“Saya sedar, sebagai seorang doktor memerlukan saya untuk bersosial. Saya juga merupakan seorang yang fleksibel, saya mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan saya ditempatkan. Pencapaian saya di MRSM yang cemerlang sejak dari tingkatan satu lagi membuktikan betapa pencapaian saya tidak dipengaruhi oleh keadaan. Selain itu, sungguhpun saya tidak suka bersosial, tetapi saya tidak mendiskriminasikan masyarakat. Tak kiralah yang datang itu seorang yang berdosa, atau seorang yang mulia, saya tetap akan melayan mereka dengan layanan yang sama – sebagai seorang pesakit”.
Jangan bagi jawapan sekadar untuk melepaskan diri. Sebaliknya, dalam setiap jawapan yang kita berikan, sebaiknya mempunyai beberapa ciri:
– Ada point. Jangan bagi jawapan merapu…
– Menjawab soalan. Jangan dibiarkan soalan tergantung tak terjawab.
Masalah Bahasa
Kita sering diberitahu, bahawa interview akan dijalankan fully in english. Tapi kekadang interviewer ni tak tahu mana satu malay mana satu english. Hehe.
So, nasihat saya, kita ikut rentak interviewer. Kalau soalan ditanya dalam English, kita jawab dalam english. Kalau soalan ditanya dalam melayu, kita jawab dalam melayu.
Death Question
Macam saya citer, kekadang boleh terjadi penemuduga membawakan satu soalan yang mustahil untuk kita jawab. Mustahil ni bermaksud soalan yang membuatkan kita blank secara total. Black out.
Cam biasa, jangan panik. Jawab dengan penuh keyakinan, jangan merapu. Kalau terpaksa mengaku kelemahan pun mengakulah, tapi cover balik. Contoh – “Anda seorang yang pemalas?”
“Saya akui saya kurang serius dalam sesuatu urusan, namun saya telah dididik sebagai seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Walau betapa malaspun saya, sekiranya telah menggalas satu-satu tanggungjawab itu, maka pasti saya akan sempurnakan tanpa cacat cela!”
Tapi, kalau dah blank sangat, atau memang betul-betul tak tahu jangan berdalih lagi, sebab ianya menampakkan kelemahan dan minda kita tak bersedia. Tolak untuk menjawab soalan tersebut dengan sopan sambil tersenyum. “Maaf, saya tak dapat jawab soalan anda”.
Sama juga untuk soalan fakta yang anda tak tahu jawapannya. Jangan reka-reka, sebab ianya fakta. “Awak tahu berapa jumlah graduan perubatan di negara sekarang ni?”
“Maaf, saya tidak tahu. Tapi sekiranya diberi masa, saya boleh cari maklumat tersebut.”
Soalan Tricky
Soalan tricky ni pun slalu gak interviewer tanya. Biasanya sama ada untuk menduga kekuatan mental calon, ataupun untuk menguji personaliti calon. Contohnya, “Apa kelemahan awak?” Kalau anda jawab anda tidak mempunyai kelemahan, u’re dead sebab semua orang ada kelemahan. Dalam kes sebegini, jawab sama ada dengan jawapan bijak ataupun jawab sejujurnya tapi cam biasa, cover balik.
“Kelemahan saya adalah saya ni cepat kasihan. Saya kasihan tengok orang-orang tua yang uzur, kanak-kanak yang sakit dan sebagainya. Atas sebab inilah saya nak jadi doktor” – contoh jawapan bijak.
“Kelemahan saya adalah saya ni seorang perfectionist. Saya pantang betul menangguh-nangguh kerja. Akibatnya saya selalu tidur lewat malam sebab nak siapkan tugasan. Tapi saya pasti, semua tugasan yang diberikan kepada saya akan siap dengan sempurna sekali!” – lagi contoh jawapan bijak.
“Saya akui antara kelemahan terbesar saya adalah saya ni seorang pemalas. Sebab itu saya cuba mengatasi kelemahan saya ini dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan persatuan-persatuan. Antara aktiviti yang saya pernah sertai adalah …blablabla.. Syukur alhamdulillah, saya rasa saya kini lebih rajin berbanding dahulu” – jawapan ‘jujur’.
4 – PERKARA KHUSUS
Perkara khusus ni actually lebih kurang la cam yang saya sentuh kat dalam point bawa kelainan tu. Cuma khusus yang saya maksudkan ni adalah environment interview itu sendiri.
Anda kena bayangkan anda di pihak sponsor. Kenapa sponsor anda nak bagi anda scholarship? Kenapa anda, dan bukan orang lain? Kenapa bidang medic (eg) kenapa tidak bidang lain? Kenapa russia, tidak negara lain?
Saya bagi contoh lagi untuk clearkan.
Interview anda adalah MARA. Apa antara objektif@misi MARA? “Melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera”
So kalau ditanya kenapa anda nak jadi doctor, maka jawablah
“Saya nak jadi doctor kerana ianya sebuah bidang yang kurang dimonopoli oleh masyarakat kita bumiputera.”
“Saya nak jadi doctor kerana saya nak membantu kaum saya. Saya nak memulakan perniagaan dengan membuka banyak klinik, dengan itu saya dapat berkhidmat kepada masyarakat, serta menyahut seruan MARA untuk melahirkan lebih banyak usahawan profesional bumiputera”
Ni antara contoh soalan dan jawapan yang biasa ditanya.
Sebab apa anda patut diberi biasiswa ini?
“Saya patut diberi biasiswa ini kerana sepanjang hidup saya, saya telah membuktikan yang saya mempunyai kesungguhan dan minat yang mendalam dalam bidang yang pihak MARA tawarkan ini. Dengan bantuan dari MARA, saya percaya saya mampu mencapai cita-cita saya seterusnya berkhidmat demi negara yang tercinta.”
Kenapa anda ingin melanjutkan pelajaran di luar negara, tidak di dalam negara?
“Dari segi teknologi, memang tidak dinafikan, institusi-institusi pendidikan negara mempunyai kelengkapan dan infrastruktur yang setanding dengan negara-negara moden. Namun, dalam konteks dunia globalisasi, negara memerlukan graduan yang berdayatahan tinggi, berpengalaman dan kompetitif secara global bagi mencerminkan identiti negara bertamadun. Dan saya percaya belajar di luar negara memberi saya kelebihan dari aspek-aspek tersebut berbanding belajar di dalam negara.
5- BILA PELUANG DIBERI
Di akhir interview, lazimnya penemuduga akan memberi peluang kepada anda untuk menanyakan soalan. Ambil peluang ini untuk menonjolkan apa-apa lagi kelebihan diri anda yang belum ditunjukkan, tapi jangan lebih2 lak. “Saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan catur antarabangsa 6 bulan akan datang. Sekiranya saya diterima, adakah saya dibenarkan mengikuti pertandingan tersebut?”
Sekiranya ada yang anda masih belum jelas, minta ulasan interviewer.
Untuk soalan mengenai masa hadapan pula, better guna prefiks “Sekiranya saya diterima”.
– Jangan tanya soalan seolah-olah anda telah diterima. “Encik, bila pengajian persediaan start?” Guna prefiks cam kat atas.
– Jangan tanya common question. Ini menunjukkan penguasaan anda bidang interview tersebut lemah. “Belajar medic kat russia ni brapa tahun, encik?” “Belaja medik kat russia ni dalam english ke?”
– Jangan tanya silly question. Semua paham. “Mayat2 kat russia tu diorang amik mana encik?
5 – POST INTERVIEW
Selepas interview, jangan terlalu memikirkan apa jua kesilapan yang anda telah lakukan di dalam bilik interview. Segala yang berlaku adalah dalam pemerhatian Yang Maha Esa, justeru banyak-banyakkanlah memohon dan berdoa agar diberikan peluang oleh Tuhan.
Jangan pula terlalu konfiden. Pepatah saya mengatakan, “Lebih tinggi kamu mengharap, lebih sakit apabila kamu dikecewakan”.
Menghadapi kekecewaan
Nasihat saya mudah saja sekiranya anda gagal dalam temuduga ini – 2:216.
Nak tahu apa? Buka Alquran, tengok ayat 216 surah 2. =)
Bukankah alQuran itu sesuai pada semua tempat, semua zaman dalam apa jua keadaan?
Sekian sahaja dari saya, harus diingatkan segala yang saya kongsi ini adalah sekadar pendapat saya berdasarkan pengalaman. Kalau ada sesiapa yang mempunyai pendapat @ pandangan tersendiri, boleh kongsi dalam comment post ini.
Harus diingatkan jua, kita hanya mampu berusaha. KepadaNya tempat kita berharap, dan kepadaNya jualah tempat kita memohon pertolongan. Saya memohon ke hadrat Ilahi agar mengurniakan calon-calon interview semua agar diberi panduan dan ketenangan ketika menghadapi interview tersebut. Sekian, good luck!
*Contoh-contoh dialog ada yang saya benar-benar hadapi, ada yang saya reka. Hehe.
Mad,
JPA seramai 2,000 orang, MARA tak pasti pula.
Harun Yus,
Waalaikumsalam, terima kasih dengan cadangan tersebut, pihak kami akan menimbangkannya.
Mengenai pengalaman temuduga PILN MARA sila rujuk komen Bambang.
Nazafz_6969,
Perlu berhubung dengan pihak MARA atau JPA bergantung kepada permohonan.
Teya,
Mengenai pengalaman temuduga PILN MARA sila rujuk komen Bambang.
Mengenai karangan pula, harap ada pembaca lain boleh membantu.
Fanho,
Mungkin ada pembaca yang boleh mengesahkan perkara ini.
Mengenai pengalaman temuduga PILN MARA sila rujuk komen Bambang.
Bambang,
Terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut di sini.
tanx bambang:)
tanx 2 nilam 2:)
Teya,
Sama-sama…
thanx bambang..
also 4 nilam..
to fanho ; yups.MARA akan utamakan ex-mrsm. btw.good luck people. ;))
Riff dan Froggy,
Terima kasih…
bila ek agk2 nye kputusan biasiswa jpa nie???
die ckp mnggu ktiga mei,,
tp bpe ari bulan sbnr nye???
spe yg tau.bley tlong bgtau
Mahirah,
Tarikh yang tepat belum diumumkan tetapi untuk program ke Jepun dan Perancis sudah boleh disemak mulai 18 April 2009.
nak tanya, kalau interview mara die akan tanya universiti mane yg kte nk gi x?
kalo ye, universiti UK mane yg bagus dlm bidang perubatan?
lg satu, mara ade x second intake nyer panggilan utk temuduga?
TO: sayfull Said
yup2 kekadg intervwers tu tnye specific u ne kte nk g..
begantung..
kalu nk tau u ne d best kat uk kene wat search la..
tu x bape nk tau sgt..
2nd intake nye pnggilan temuduge x sure la..
sowi..
korg…
skg xde chance g kew ntok aply pape biasiswa ar??
huhu
spe2 yg tw gtw ler akue,,
huhu
Saya ingin membuat rayuan pinjaman perubatan jpa untuk anak saya yang sedang belajar di universiti Tanta,Mesir.Saya tidak bekerja dan saya mempunyai tiga orang anak yang belajar di ipta dan ipts.harap permohonan ini dapat perhatian daripada tuan/puan..sekian terima kasih.
Aleen,
Setiap tahun JPA dan MARA memang ada menawarkan biasiswa ini. Sila rujuk laman web JPA dan MARA ataupun di ePutra untuk maklumat mengenainya. Tawaran biasanya dibuka selepas keputusan SPM diumumkan.
Farafarihah,
Sila hubungi terus JPA berkenaan Program Pinjaman Khas Perubatan, dengan menghubungi pegawai yang berkenaan di talian 03 8885 3406. Di samping itu anda mungkin boleh layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.
salam,sye nk tye sket..
sye skrg bru form 4..
tp sye bercita2 nk mlnjutkn pljrn di luar ngra..
soalan sye:
klu sye x brpe aktif dlm koko,adkh peluang untk lyk mndpt biasiswa ini tipis?
Nur,
Salam… Perkara utama yang dilihat adalah pencapaian akademik anda, manakala penglibatan kokurikulum akan membantu meningkatkan merit. Oleh itu dengan mencapai keputusan yang cemerlang mencerahkan peluang untuk mendapat biasiswa ke luar negara walaupun kokurikulum anda hanya sederhana.
Walaupun begitu jika ada dua orang yang mempunyai merit akademik yang sama maka pemohon yang mempunyai merit kokurikulum yang lebih baik akan terpilih.
nilam, adakah biasiswa ini, keutamaan diberikan kepada pelajar stream sains tulen?
ada biaskah untuk pelajar sekolah teknik memohon biasiswa ini?
Thy,
Tidak juga sebab biasiswa bagi program pengajian untuk pelajar aliran lain ada juga cuma memang untuk pelajar sains tulin lebih banyak.
saya mendapat 8a 1b+. B tersebut ialah agama. namun demikian, saya mendapat 2 A+ dlm mata pelajaran BM dan BI. A = sejarah, add maths, maths, chemistry. A- = bio dan physic. adakah saya layak untuk memohon biasiswa MARA/JPA untuk ijazah ke luar negara dalam bidang kejuruteraan?
saya perlukan jawapan a.s.a.p. terima kasih!
Alam1612,
Anda perlu mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 8 mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam, sila rujuk Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009.
to bambang, mnta kebenaran nk share post ni ke fb, utk adik sy, thnx ye…..