Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2011

Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang memperoleh 9A+ dan ke atas.

Pelajar-pelajar cemerlang lepasan  SPM 2011 akan ditawarkan secara automatik Bursary di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.

Syarat-Syarat Umum

  • Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2011;
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2011.

Syarat-Syarat Khusus

Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2011

  • Mengikuti salah satu program persediaan berikut:
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
    2. Matrikulasi
    3. Asasi
    4. International Baccalaureate (IB)
    5. A-Level
  • Mengikuti pengajian peringkat persediaan di kolej-kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan.

Program Persediaan Bursary KPM

Bagi kesemua program persediaan yang tersenarai di bawah, penawaran Bursary KPM tertakluk kepada pelajar yang telah ditawarkan atau ditempatkan di pusat persediaan yang telah ditetapkan.

Program persediaan yang ditawarkan Bursary KPM adalah berikut:

1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana-mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.

Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.

2. Matrikulasi

Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.

Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program matrikulasi di institusi berikut:

  1. Kolej Matrikulasi Melaka
  2. Kolej Matrikulasi Labuan
  3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  4. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  5. Kolej Matrikulasi Perlis
  6. Kolej Matrikulasi Johor
  7. Kolej Matrikulasi Perak
  8. Kolej Matrikulasi Kedah
  9. Kolej Matrikulasi Pahang
  10. Kolej Matrikulasi Selangor
  11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
  12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

3. Asasi

Program persediaan Asasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus persediaan seperti Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sastera. Program ini adalah menjurus kepada kemasukan pengajian ijazah pertama di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program asasi di institusi berikut:

  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  4. Universiti Malaya Kuala Lumpur/Universiti Malaya Nilam Puri
  5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

4. International Baccalaureate (IB)

Kursus persediaan IB merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.

Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA kelayakan IB hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi).

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program IB di institusi berikut:

  1. Sri KDU International School (KDU)
  2. Taylor’s University College

5. A-Level

Kursus persediaan A-Level ini merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 12 hingga 24 bulan.

Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA dalam negara kelayakan A-Level hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi).

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program A-Level di institusi berikut:

  1. Taylor’s University College
  2. UCSI University
  3. Kolej Damansara Utama (KDU)
  4. Cempaka International School (CIS)
  5. Kolej Bandar Utama (KBU)
  6. International Islamic School
  7. Sunway University College
  8. INTI International University
  9. HELP University College
  10. SEGI University College
  11. Stamford College
  12. Methodist College KL

Kemudahan Dan Elaun

  • Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan;
  • Elaun Sara Hidup mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi setiap program;
  • Lain-lain kemudahan elaun berkaitan seperti bayaran yuran peperiksaan SAT/ IB/ A-level/ International English Language Testing System (IELTS)/ Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan sebagainya.

Semakan Dan Pengemaskini

Semakan dan pengemaskinian profil pelajar Bursary KPM boleh dibuat mulai 16 April 2012 di Portal Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2011.

Penerimaan Tawaran

Pelajar-pelajar yang layak di bawah Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM tahun 2011 KPM hendaklah memilih dan mendapatkan tempat bagi mengikuti program persediaan di salah satu institusi yang telah ditetapkan serta membuat pengesahan penerimaan tawaran Bursary KPM selewat-lewatnya pada tarikh di jadual berikut : –

Program Persediaan Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran Tarikh Kemasukan Program
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia – STPM 2 Mei 2012 8 Mei 2012
Matrikulasi 7 Mei 2012 21 – 28 Mei 2012
Asasi 13 Mei 2012 27 Mei 2012
A-Level 15 Jun 2012 Minggu pertama Julai
International Baccalaureate – IB 15 Jun 2012 Minggu pertama Julai

 

Pelajar dinasihatkan membuat keputusan pemilihan program persediaan dan mendapatkan tempat di institusi persediaan yang tersenarai sebelum membuat pengesahan penerimaan tawaran.

Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat sebelum atau pada tarikh di atas di Portal Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2011.

Surat Tawaran Bersyarat akan dikemukakan kepada pelajar berdasarkan maklumat pengesahan penerimaan tawaran serta semakan dengan pihak institusi bahawa pelajar telah ditawarkan tempat.

Kegagalan mematuhi perkara-perkara di atas dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran ini terbatal.

Panduan Pengisian

Panduan Pengisian Aplikasi Maklumat Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM Tahun 2011 adalah seperti berikut:

  1. Pelajar yang memenuhi syarat dikehendaki mendaftar dan membuat semakan samada nama pelajar tersenarai di bawah Bursary KPM.
  2. Pelajar yang tersenarai di bawah Bursary KPM dikehendaki mengemaskini profil pelajar Bursary KPM dengan maklumat terkini.
  3. Pelajar hendaklah mencetak slip pengesahan maklumat Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM Tahun 2011 sebagai bukti pendaftaran dan pengemaskinian.
  4. Pelajar hendaklah mendapatkan tempat untuk mengikuti salah satu program persediaan di institusi yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar sedang mengikuti program persediaan atau telah mendapat tawaran untuk mengikuti program persediaan, pelajar dikehendaki membuat pengesahan penerimaan / penolakan tawaran Bursary KPM sebelum atau pada 30 Jun 2012. Kegagalan membuat pengesahan berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran ini terbatal.
  5. Pelajar hendaklah mencetak slip pengesahan penerimaan atau penolakan Bursary KPM sebagai bukti pengesahan.

Ijazah Pertama

Pelajar lepasan Bursary KPM akan ditawarkan penajaan peringkat ijazah pertama di dalam atau luar negara mulai tahun 2014 di bawah anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 

Maklumat

3 thoughts on “Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2011

  1. […] Sila rujuk Program Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2011 […]

  2. adakah penerima bursary hny akan melanjutkan pelajaran dibawah tajaan jpa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.