Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010

Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pertengahan 2010 sudah boleh menyemak keputusan mereka mulai 8 Julai 2010.

Cara Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010 boleh diperolehi dengan 3 cara;

  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Seramai 81,731 calon menduduki MUET Pertengahan Tahun ini di 872 buah pusat ujian di seluruh negara.

MUET Akhir Tahun 2010

Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Pertengahan Tahun 2010 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET pada ujian akhir tahun 2010.

Mereka yang berminat menduduki MUET Akhir Tahun 2010 dikehendaki membuat pendaftaran di Jabatan Pelajaran Negeri atau di Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 22 Julai ini.

Sumber : BERNAMA

Related posts:

  1. Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2009
  2. Keputusan MUET Akhir Tahun 2009
  3. Semakan Keputusan Penempatan Ke Program Matrikulasi Dua Tahun Sesi 2010
  4. Tarikh Peperiksaan Awam 2010
  5. Keputusan Rayuan Matrikulasi Dan Ambilan Kedua Program Satu Tahun Sesi 2009/2010

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 485 articles by

2 Comments

  1. jfook says:

    I still remember I was 2 marks from Band 5 sob sob.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives