Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Ambilan Kedua 2013

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2013 boleh disemak mulai hari ini 29 Januari 2013.

Mereka yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di SBP Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada bulan Disember dahulu boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.

Semakan Panggilan Kedua SBP

Keputusan Permohonan SBP

  • Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Ambilan Kedua ini boleh dibuat mulai 29 Januari 2013.
  • Keputusan e-Rayuan dan ambilan kedua SBP boleh disemak di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2013 Ambilan Kedua.
  • Keputusan e-Rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran semasa pengambilan pertama.

Surat Tawaran

  • Pelajar yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
  • Surat Tawaran dan lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

36 thoughts on “Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Ambilan Kedua 2013

  1. tahniah kepada yg berjaya mendapat tawaran sbp ambilan kedua.

  2. tahniah kepada pemohon yg berjaya mendapat tawaran ke sbp 2013

  3. ibu yg bsyukur says:

    Tahniah kpd yg berjaya…

  4. ibu yang mengharap says:

    camna nak merayu lagi utk sbp? Dlm banyak sbp yang ada takkan tak ada yg sangkut?

    • SBP mmg byk tapi pelajar2 yg dapat 5A lagiiiiii banyak. Akan tetapi Puan jangan putus asa, teruskan buat rayuan. Rayuan selepas ini hanya satu cara aja.. .buat resume anak if belum lagi, pergi ke KPM bahagian SBP, hand over the resume and tell the officer anak you punya strong points.

  5. ibu yang mengharap says:

    Tolong bantu anak saya!

  6. Ni yang buat saya HOT !!! Lepas ni mesti TUKAR !!!!

    • Ratusan ribu anak-anak di seluruh negara yang tak dapat masuk sbp lebih mengundang kepada banyak kekecewaan dan impak negatif berbanding dengan sebilangan kecil yang berjaya diterima. Akibatnya anak-anak yang tak berjaya tadi itu akan mengambil sikap mudah untuk tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran seterusnya kerana keputusan cemerlang pun tidak menjanjikan apa-apa tapi hanya kekecewaan dan kehampaan. Perlu dikaji semula samaada sbp itu patut diterhadkan kemasukannya mengikut negeri masing-masing dimana murid bermastautin atau mansuhkan saja kesemuanya dan seragamkan jadi sekolah harian. Mungkin lebih ramai akan berpuas hati dan tidak lagi timbul perebutan masuk sbp.

      • PAGE Supporter says:

        Saya rasa ..lebih baik diketatkan markah utk mendapat A. Sekarang 80-100 dapat A.
        Apakata diketatkan hingga 90-100 baru dapat A. Jumlah yg dapat 5A pun rasanya boleh dikurangkan separuh.
        Takdelah banyak sangat yg kecewa. Takde lah sampai ratusan ribu…setiap tahun antara 40 ribu hingga 50 ribu je.

        Kualiti pelajaran sekolah harian patut dipertingkatkan. Semua harus sokong PAGE.

        • Tidak perlu perketatkan markah untuk dapat “A”. Kesian murid tertekan untuk peluang nak dapatkan “A”. Akan datang lain pula cerita sebab tiada lagi UPSR & PMR. Bagaimana pula syaratnya kalau nak masuk sbp. Difahamkan 110,000 buat permohonan untuk masuk sbp tingkatan 1 2013 & hanya 8,000 berjaya. Apa cara bagus nak pujuk bagi mereka yang tidak berjaya

        • saya setuju skrg ni ramai sgt 5a nya..naikkan sikit tahap utk dapat A tu..baru la semua yang dapat 5a tak kan kecewa sbb mereka memang betul2 patut dapat punya..ni dapat 5a tp masuk sekolah kampung harian biasa gak

          • ADik ipar sy skrg jadi doktor govt datang dari sekolah menegah agama jer..lps tuh sambung ke USM….takde pun perlu SBP/Mrsm..! Kalu budak tuh dh ada target dan tau apa dia nk jadi lps gred U plus support dari parents dan doa dan usaha anything is possible..! apa2 pun future hidup bebudak nih cerah atau gelap berrgantung hubungan ibubapa dgn Tuhanya..!

          • Dhialiyana Aina says:

            Saya lah tu. Saya telah mendapat 5A dlm UPSR pada thn 2012 tetapi saya hanya dapat belajar di sekolah kampung sahaja kerana SBP n MRSM saya x dpt 🙁

  7. rusli setapa says:

    sila bantu saya untuk anak yg akan masuk tingkatan 3 pada 2014, dan ingin masukkan dia di asrama harian atau mana2 sekolah yg ada asrama di selangor atau kuala lumpur. boleh ke tolong bantu saya untuk proses dan cara yang mana harus saya buat?

    • kenapa nak masukkan anak ke asrama masa form 3? Pada pandangan saya, parents jangan hanya nak hantar anak ke mana2 asrama. Parents harus kaji how good satu2 asrama itu. If anak ada masalah pembelajaran, sememangnya menghantar anak ke mana2 asrama sek harian adalah langkah yg kurang baik.

  8. bapa tunggal says:

    jika ada cara yang harus minta dan uruskan anak saya untuk dapat kan disekolah yang ada asrama.

  9. ANAK SAYA MENDAPAT KEPUTUSAN PEMERIKSAAN 2012 5A DALAM UPSR DAN SEKOLAH AGAMA KAFA UPKK 6-A 2-B , MANAKALA PSRA MENDAPAT MUMTAZ TAPI SEMUA PERMOHONAN SBP , MRSM , INTERGASI SEMUA GAGAL TERMASUK RAYUAN . SAYA TIDAK TAHU DIMANA SILAPNYA.

  10. halimah jongos says:

    kisah lapuk..adik aku pun 5A gak upsr thn lepas mintak sbp/mrsm termasuk merayu mcm pengemis pun tak dapat sebab kami ni tak kenal orang dalam dan bukan orang berpengaruh..so adik aku hanya sekolah di sekolah menengah harian biasa jer dan tengok prestasi nya dah menurun disebabkan sedih dan putus asa tak dapat masuk sbp yang diidam2kan tu..baik tutup jer sbp ni..jadikan sekolah harian biar semua sekolah sama gred..tak der la budak sbp dilayan warga kelas pertama dan sekolah harian biasa jadi warga kelas ketiga..it is not fair at all.. geram tul

  11. “…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [2:216]

  12. alhamdulillah…sye tlh berjaye mndpt 5A dlm upsr 2013…sye tlh memohon sbpi gopeng,sys dan smka slim river…sye x tahu dmane kslpn sye,ketiga tiga pemohonan sye x gagal…sye berase amat kecewa…ape yg lbh mengecewakn,saye lnsg x dpggl untuk temuduge ke sbp…:(
    ambilan kedua juge sye tlh ggl…saye juge ade mmhn mrsm UA k.batas..jawapannye msh same…saye berase sprti mahu bpts ase krne kwn2 sye yg lain tlh brjye…namun sye tlh mmbuat permohon ke sbp,rk,smka n mrsm ua….sye berhrp rayuan sye dllskn…soalannye,bilakh keputusan rayuan ke rk dan sbp akn kluar???

  13. alhamdullilah … adik sya telah mendapat 5A dlm upsr 2012 yg lps .. tp adik sya kecewa sbb tidak berjaya masuk ke sbp .. dia dah mohon ke tunaz , pun x berjaya .. dia mohon ke sm sains kuching pun x berjaya .. dan dia langsung tidak ditawarkn ke mana2 sbp … mcm x adil pulak …

  14. Musykil??? says:

    Macam manakah pemilihan dibuat hinggakan anak-anak warga Indonesia pun senang wenang dapat masuk sbp?

  15. ALlah swt lebih Mengetahui apa yg ditakdirkan…

  16. adlin (upsr 2012) says:

    Macam mana nak buat rayuan tingkatan 1 2013 ambilan 3 ..

    Dan bile tarikh nye …terima kasih

  17. As salam. Nak tanya sikit, ada ke ambilan ke 3 untuk tingkatan 1 2013.

    • Tiada ambilan ke 3, tapi kalau kes kuat dengan ada bukti-bukti kukuh, bolehlah pergi buat rayuan jumpa sendiri pegawai Bhg Pengurusan SBP Kem Pelajaran di Putrajaya atau telefon mereka di talian 03-8321 7400 utk keterangan lebih lanjut

  18. insyalaah masuk mrsm

  19. Bila Ambilan Kedua Untuk Form4

  20. sekolah harian pon hebat jugak.kawan2 sbp saya pon rsult spm x straight A pon.bangga sekolah harian biasa.lg2 sekolah agama.

  21. kenapa saya dapat tawaran tapi surat nya tak sampai ke rumah ?jadi saya dah terlepas.

  22. tolong la saye says:

    saya dapat tawaran ke SBP tapi saya tidak dapat surat melalui pos, jadi saya sudah terlepas daripada tarikh pendaftaran itu.

  23. saya mendapat 4b 1c.saya aktif dlm kokurikulum dan sukan,saya merupakan olahragawati sekolah,ada tak peluang saya untuk ke sbp,atau sekolah kecermelangan kerana saya fikir sukan dan aktif dlm kokurikulum dpt membantu saya ke sbp walaupun tawaran rayuan kedua ataupun ketiga.bila agaknya tarikh tawaran rayuan kedua dan ketiga keluar……..please!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>