Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia.
Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan.
SETARA ’09 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah).
Senarai Tahap Universiti SETARA ‘09
Berikut merupakan senarai penuh keputusan SETARA ‘09, mengikut susunan abjad:
Tier 6 : Terbilang
Tiada
Tier 5 : Cemerlang
IPTA
- International Islamic University Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam
IPTS
- Curtin University of Technology Sarawak Campus
- International Medical University
- Management and Science University
- Monash University Sunway Campus
- Sunway University College
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- Taylor’s University College
- The University of Nottingham Malaysia Campus
- Universiti Kuala Lumpur
- Universiti Multimedia
- Universiti Teknologi Petronas
Tier 4 : Sangat Baik
IPTA
- Universiti Darul Iman (kini Universiti Sultan Zainal Abidin)
- Universiti Malaysia Pahang
- Universiti Malaysia Perlis
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Utara Malaysia
IPTS
- Aimst University
- Asia Pacific University College of Technology and Innovation
- Cyberjaya University College of Medical Sciences
- Help University College
- Inti University College (kini Inti International University)
- Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
- LimKokWing University of Creative Technology
- Nilai University College
- UCSI University
- Universiti Industri Selangor
- Universiti Tenaga Nasional
- Universiti Tunku Abdul Rahman
- Universiti Tun Abdul Razak
Tier 3 : Baik
IPTS
- Binary University College of Management & Entrepreneurship
- International University College of Technology TwinTech
- Kolej Universiti Insaniah
- Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur
Tier 2 : Memuaskan
Tiada
Tier 1 : Lemah
Tiada
Institusi yang menyertai SETARA ‘09 tetapi tidak diberikan penarafan
Berikut merupakan U & KU yang menyertai SETARA ‘09 tetapi tidak diberikan penarafan kerana mereka:
- Merupakan institusi pengajian tinggi yang baru;
- Tiada pelajar tahun akhir dan belum menghasilkan graduan;
- Tidak menawarkan program Ijazah Pertama; atau
- Merupakan U & KU yang bukan konvensional seperti Universiti Terbuka.
IPTA
- Universiti Malaysia Kelantan
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
IPTS
- Al-Madinah International University
- Berjaya University College of Hospitality
- International Centre for Education In Islamic Finance
- Kolej Universiti Tati
- Malaysia University of Science and Technology
- Masterskill University College of Health Sciences
- Open University Malaysia
- Segi Universiti College
- Wawasan Open University
Jawatankuasa SETARA ‘09
SETARA ‘09 telah dilaksanakan oleh satu jawatankuasa yang dilantik oleh MQA, yang terdiri daripada:
- Muhamad Jantan Universiti Sains Malaysia (Pengerusi)
- Robin Pollard Monash University Sunway Campus
- Vincent Pang Universiti Malaysia Sabah
- Nabishah Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ahmad Murad Merican Universiti Teknologi PETRONAS
- Sharifah Norul Akmar Syed Zamri Universiti Malaya
- Arfah Salleh Universiti Putra Malaysia.
Jawatankuasa Verifikasi SETARA ‘09
Satu Jawatankuasa Verifikasi bebas telah ditubuhkan untuk SETARA ‘09 bagi meneliti instrumen dan proses penarafan yang digunakan serta kesahihan data yang dikemukakan oleh universiti dan kolej universiti.
Maklumat
Struktur keseluruhan instrumen dan maklumat lain yang berkaitan boleh diakses di http://www.mqa.gov.my/SETARA09.
[…] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam. ePutra Nilam said: ePutra – Senarai Tahap Universiti Berdasarkan SETARA 2009: Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Mal… http://bit.ly/9Aq09q […]
agar biar ramai lah minda kelas pertama..
[…] refer Senarai Tahap Universiti Berdasarkan SETARA 2009 for detail listing. addthis_url = 'http%3A%2F%2Fwarkah.com%2Fsetara-2009-rating%2F'; addthis_title […]
ala UUM terima je la….hahaha…next year try the best k…bertuah ak budah unikl dpt tiers 5..hehehe