Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganjurkan satu Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN). KPTN yang dipanggil juga JOM MASUK U merupakan program tahunan KPT dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2005.
Tagline “JOM MASUK U” digunakan bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
MATLAMAT
Di antara matlamat Karnival Pengajian Tinggi ini adalah
- Menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
- Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online).
- Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
- Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.
- Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2009/2010.
PENGUNJUNG
Mereka yang patut hadir ke pameran pendidikan ini ialah pelajar-pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar, pelajar Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain, serta guru,kaunselor, ibu bapa malah sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat mengenai IPTA.
AKTIVITI
Di antara aktiviti yang akan diadakan adalah
- Forum
- Forum Hala Tuju Lepasan SPM/STPM ke IPTA
- Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah dalam pelbagai forum lain. - Ceramah
oleh wakil IPTA, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia(MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Tinggi. - Karnival dan Pameran
oleh IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, IPTS, Lain–lain institusi yang menawarkan peluang pendidikan tinggi.
Risalah disediakan untuk program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain. - Khidmat Kaunseling dan Kerjaya
oleh kaunselor daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM dan Politeknik termasuk kaunselor dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). - Cabutan bertuah dan kuiz.
LOKASI
Karnival Pendidikan Tinggi Negara atau Jom Masuk U akan diadakan seperti berikut;
|
Tarikh |
Lokasi |
|---|---|
|
17 - 18 Jan 2009 |
PWTC, Kuala Lumpur |
|
31 Jan - 1 Feb 2009 |
Dewan 2020, Kangar, Perlis |
|
14 - 15 Feb 2009 |
1 Borneo Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah |
|
28 Feb - 1 Mac 2009 |
Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang |
|
14 - 15 Mac 2009 |
MITC, Ayer Keroh, Melaka |
|
22 - 23 Mac 2009 |
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang |
|
28 - 29 Mac 2009 |
Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, Sarawak |
|
4 - 5 April 2009 |
Plaza Angsana, Johor Bharu |
Semua pihak yang berkenaan sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini bagi mendapatkan maklumat mengenai kemasukan ke IPTA dan perkara yang berkaitan.
Sumber : Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA
Popularity: 15% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Related posts
Sponsors
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=0bf8625c-fd41-4580-af55-1380e139d886)










To Whom It May Concern,
Dear Sir,
Re: U-Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009
Refering to above matter, i am working for one of IPTS in the country just want to inquiry if this U-Karnival is open to any IPTS who want to join as a exhibitor. If is it open for us how do we enrol or join it.Please guide us in this matter.
Your co-operation is highly appreciated.
Thank you.
Regards,
Cecelia Medan